Jul 21, 2011

Nasi Dagang

Ada peminat minta saya muatkan cara nak buat nasi dagang. Saya suka nasi dagang yang dibuat oleh ibu saya, iaitu menggunakan beras pulut putih (kalau boleh, pulut susu, yang bijinya besar dan lebih putih dan lebih wangi berbanding beras pulut biasa)

Berasnya:
1 cawan beras pulut
1 atau 2 cawan beras biasa (beras lembut lagi elok)
Kedua-dua jenis beras tadi dicampurkan, basuh bersih dan rendam selama sekitar 1 jam, dan toskan

Bahan-bahan:
1 cawan santan
1 sudu besar halba
1 batang serai
1 sudu gula
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sm halia
1 sudu kecil garam
Semua bahan di atas dikisar halus. Kemudiannya ditapis. Selepas itu dimasak sehingga sebati (sekali mendidih).

Caranya:
Beras tadi dicampurkan dengan semua bahan di atas. Kemudiannya bolehlah dikukus, atau dimasak dalam periuk seperti memasak nasi (lagi mudah, kan?)(saya buat cara ni jer)
Tunggu sehingga beras masak
Kemudian..., tunggu apa lagi???? Ops, tunggu lauk la kan? Cari jer gulai ikan tongkol atau kari ayam....
Boleh juga dimakan dengan sambal kelapa goreng dan acar campur, sebagai penambah lagi selera.

Jul 20, 2011

Minuman Jus NEKUR

Jus NEKUR adalah kombinasi buah NEnas masak dan KURma.

Bahan-bahannya:
Secawan buah nenas yang dipotong halus
10 biji buah kurma yang dibuang biji
1 gelas air

Caranya:
Campur semua bahan di atas, dan dikisar lumat-lumat-lumat.....dan masukkan ke dalam bekas air minum, dan lepas tu...di nguk ngguk nguuk la wey... Ops, tungguuuu... Kalu nak sejuk, pergi la ke Kutub Utara atau Kutub Selatan, atau naik la gunung, cari ais, dan masukkan ke dalam bekas tadi...he he he...

Kacang Bendi Bakar

Ada orang ajarkan saya, kalau nak buat cicah kacang bendi dengan air asam garam belacan, cincaluk, atau budu, maka lebih sedap jika kacang bendi tu dibakar terlebih dahulu (hingga sedikit terbakar jer, bukan bakar hingga hitam arang la wey).

Ni la kacang bendi tu... Gambar ni saya ambil di belakang rumah saya di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan.

Benih kacang bendi ni diberikan kepada saya oleh seorang aci (tukang sapu wanita berbangsa India yang sudah lanjut umur, di kampus USM PPinang. Kini dia dah berhenti kerja kerana uzur bercampur sakit tua...)

Jul 19, 2011

Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan

Merujuk penulisan Tyler, N.[1], maka perlulah ditekankan bahawa sebenarnya terdapat empat bentuk utama aktiviti atau cara kerja berkaitan pemuliharaan atau pemeliharaan itu sendiri, iaitu sama ada dengan cara membaik pulih, pemeliharaan, pembinaan semula, dan pemuliharaan.
Menurut Howe, B.J. et al[2], aktiviti atau kerja “membaik pulih” adalah merujuk kepada perbuatan atau proses mengembalikan bentuk dan perincian asal secara sebenarnya bagi sesuatu bangunan atau harta dan kedudukannya seperti kepada rupa asalnya pada masa dahulu dengan cara menanggalkan apa-apa penambahan dan pengubahsuaian yang telah dibuat kepada yang asal itu, atau dengan cara menggantikan bahagian yang hilang dengan yang serupa.
................................................................................................................................................................
......................................................


Pemuliharaan dan pemeliharaan juga dikaitkan dengan lain-lain objek, benda, bahan, dan juga tapak sejarah atau warisan, dan dalam banyak hal, ianya dikaitkan dengan tujuan pengekalan sejarah dan juga pembangunan pelancongan. Seperti ditekankan di dalam perenggan 18.94, Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-2005)[7],
“… bagi mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam memulihara monumen bersejarah, usaha akan diteruskan bagi memastikan aktiviti pemuliharaan dijalankan mengikut garispanduan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) bagi Pemuliharaan Monumen Bersejarah. Bagi membolehkan tindakan yang lebih bersepadu dan tersusun terhadap pemuliharaan ini, kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri khusus kepentingan sejarah khas seperti bangunan dan monumen, akan dikenalpasti dan dikhaskan menjadi zon bersejarah. Zon ini akan dibangunkan untuk menyediakan kemudahan yang perlu sebagai destinasi pelancongan. Di samping itu, bagi meningkatkan imej negara, usaha akan dijalankan untuk memelihara warisan senibina Malaysia dalam bentuk asal atau dipamerkan dalam bangunan awam”.


[1] Tyler, N. 2000. Historic Preservation: An Introduction to its History, Principles, and Practice. W.W. Norton & Company, m.s. 85. Lihat juga Murtagh, W. J. 1988. Keeping Time: The History and Theory of Preservation in America. The
Main Street
Press, m.s. 128.

[2] Menurut Howe, B.J. et al. 1997. Houses and Homes: Exploring Their History. Lanham, MD 20706: AltaMira Press, m.s. 3-4.
 ..............................
.............................



Jul 17, 2011

Berkongsi Ilmu 21: Kursus Pengurusan Tatatertib MPK

Pada 23-25 Jun 2011, bertempat di Nilai Springs Resort, Nilai, Negeri Sembilan, saya menjalankan ceramah/kursus "Perundangan Pengurusan Tatatertib Untuk Ketua Jabatan dan Pegawai Majlis Perbandaran Klang" untuk seramai lebih 30 orang. Sambutan amat menggalakkan dan ada perbincangan hangat yang dikemukakan. Alhamdulillah...






Orang Beri...

Pepatah ada menyebut...
"ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA
ORANG MEMBERI, KITA MERASA"

Tepat la tu...
Pada pagi jumaat 15 Julai 2011, Profesor Ir Dr Mahayuddin Ramli, Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM menyampaikan kepada saya SIJIL PENGHARGAAN PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010. Terima kasih kepada Penilai Pertama (Dr Abdul Hamid) dan Penilai Kedua (Prof Ir Dr Mahayuddin).... Terima kasih daun keladi.....he he he...

Dan, hadiah iringannya adalah sebuah jam tangan....

Alhamdulillah...rezeki la tu.. Sebenarnya saya baru berkira-kira nak membeli jam baru, bagi menggantikan jam yang sedang dipakai sekarang, yang juga dihadiahkan oleh USM pada tahun 2005 (juga saya pakai bagi menggantikan sebuah jam tangan yang dihadiahkan oleh Kesedar Perkilangan Sdn Bhd pada tahun 1997). Asyik pakai jam free jer... Rezeki jangan ditolak, kan? Tahun 2009 pun saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang USM, tetapi tak ler pulak dapat hadiah jam...emm, kalau dapat, tentu saya berjam-jam memilih jam untuk memakai jam.....he he he..

Dalam tahun 2010 pun saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (bagi perkhidmatan tahun 2009), USM... Selain Sijil, ada juga hadiah iringan....he he.. Alhamdulillah...

Dalam tahun 2005 pun saya mendapat Hadiah Sanggar Sanjung USM.... Pun ada hadiah iringan..ehemmm



Dalam tahun 2002 pun saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (bagi perkhidmatan tahun 2001) USM. Ha, yang ni saya mendapat banyak hadiah iringan, termasuk hadiah wang bersamaan sebulan gaji, sijil simpanan premium, jam tangan, piala, pergerakan gaji melintang... Alhamdulillah...

Terima kasih USM. Ini membuatkan saya sayang USM (walaupun pernah "dipinang" oleh universiti lain, dan saya menolak dengan baik), dan "segan" dan "takut" jika mutu perkhidmatan saya menurun...

"Ya Allah, semoga kamu membantukan mempermudahkan urusan ku dan memberikan ku ilmu yang banyak dan berguna, dan mempermudahkan dalam melaksanakan amanah yang USM berikan kepada ku, dan aku dilindungi daripada sifat bongkak, riak dan takabbur. Ya Allah, semoga rezeki ku melimpah ruah, dan daripada sumber yang halal dan dapat dijustifikasikan. Aaamiin...."

Ops, lupa nak rakamkan terima kasih saya kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), sebuah agensi Kerajaan Persekutuan (kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar), terutama kepada Tuan Haji Mohamad Nor Abdullah dan juga Pengurus Besar pada masa tersebut (iaitu Tuan Haji Abdullah Haji Hassan) kerana saya di anugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2005 (bagi perkhidmatan tahun 1984). Terima kasih KESEDAR (walaupun saya telah berhijrah ke USM)

"Adil dan Saksama" Dalam Menghukum Penjawat/Kakitangan


Pembelaan:

Faktor-faktor yang Boleh Memberatkan Hukuman:

Faktor-faktor Yang Boleh Meringankan Hukuman

Faktor-faktor Yang Tidak Boleh Diambil Kira

Adakah Majikan Yang Mencetuskan Kejadian Salah Laku?

Majikan Yang Cuai!



Hukuman Tatatertib Sebagai Instrumen Terakhir:


Muridku bernama MUHAMMAD RIDHWAN...

Salah seorang murid saya bernama Muhammad Ridhwan bin Jamal Abd Nasir. Saya mengenalinya semenjak saya mula mengajar beliau dalam matapelajaran Undang-undang dalam tahun 2007 semasa beliau dalam tahun 2 peringkat ijazah pertama. Beliau seorang yang baik--rajin hadir kuliah, rajin membuat tugasan, dan berakhir dengan mendapat Gred Purata Kumulatif  yang tinggi bagi ijazah pertamanya. Selepas itu beliau datang berjumpa saya meminta nasihat untuk menyambung belajar diperingkat sarjana (MSc Pengurusan Projek). Setelah itu, saya juga yang menjadi salah seorang Penyokongnya (bagi disertakan dengan Borang Permohonan menyambung pelajaran). Setelah itu, beliau dapat menyambung pelajaran diperingkat sarjana. Saya juga yang kemudiannya menjadi salah seorang pensyarahnya dalam bidang undang-undang (Legal Environment, Case Study 1 dan 2), dan saya jugalah yang beliau cari untuk menyelia tesisnya.
Dia seorang yang rajin dan patuh--apabila ada sesuatu masaalah dalam pengajiannya, beliau akan menghubungi saya, atau datang berjumpa. Dia rajin dalam melaksanakan pelajarannya, termasuk menyiapkan tesis seperti yang saya cadangankan (daripada aspek isi dan kemajuannya). Apabila saya mengarahkannya berjumpa untuk membincangkan tesis (atau menetapkan bersama tarikh perjumpaan), beliau akan muncul seperti tarikh dan jam yang dijanjikan, termasuklah jika hari itu adalah hari minggu. Jika beliau tidak dapat datang kerana sebab-sebab tertentu, termasuk tidak sihat atau kerana bekerja (dia bekerja sambilan, sambil belajar), dia akan menghubungi saya memohon maaf, dan tarikh baru akan ditetapkan.
Saya masih ingat tentang sifat beliau menghormati saya sebagai gurunya. Setiap kali datang berjumpa saya, dia akan mengetuk pintu, kemudian memberikan salam dan kemudian akan berdiri sekejap dan kemudian baru duduk, dan bersedia dengan bahan yang akan dibincangkan. Apabila semuanya selesai, beliau akan menghulurkan tangan dan bersalaman dengan saya (sambil membongkokkan badan dan mencium tangan saya)(Seingatan saya, saya sendiri melakukan begitu cuma apabila bersalaman dengan ibu saya, dan semasa kecil dahulu semasa bersalaman dengan guru mengajar al-Qur'an). Bahasa yang digunakan oleh Ridhwan ini juga santun, lembut dan bersifat "meraikan". Dia seorang murid yang saya selalu ingat, dan menganggap beliau seperti anak sendiri. Namun mengikut salah seorang kawannya, kadangkala dia memandu/menunggang laju...he he...(saya sendiri pun, masa muda dahulu, memandu laju, tetapi tidak la sampai, "laju macam pelesit"). Setelah tamat pelaksanaan tesisnya, saya dan Penyemak Kedua tesis tersebut memperakukan beliau mendapat markah "A". Mengikut jadual, beliau akan berkonvokesyen menerima Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Projek) USM pada September 2011.
Pada 12 Julai 2011, jam 11:55:54 malam, satu sms sampai ke telefon saya. Pada masa itu saya sudahpun terlelap, keletihan, sebab sudah 2 hari (pagi dan petang) saya berdiri memberikan ceramah di kampus USM Cawangan Kelantan, di Kubang Keriaan, Kelantan. Saya membuka kotak mesej, dan tertulis seperti berikut:

"Salam pm..bekas pelajar master pm,muhamad ridwan dah meninggal krn kemalangan..takziah kepada keluarganya dan al-fatihah kpd arwah.. "

Saya mengucapkan., Innalillahiwa inna ilaihirooji'uun.......dan terus menalipon Mohd Zuhaidi (sahabat karib Ridhwan, yang juga murid saya). Zu mengesahkan berita di dalam sms yang dikirimkannya, dan katanya kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.15 pagi, isnin 11 Julai 2011, di persimpangan susur keluar Bertam, Pulau Pinang, semaa Ridhwan pulang daripada bertemu keluarga tunangnya di Perak, dan dia bergegas pulang ke rumahnya di Bertam Perdana, sebab pada pagi isnin itu dia kena pula ke tempat kerjanya. Zu juga berkata, Ridhwan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah apabila beliau yang sedang menunggang motosikal telah terlangar belakang sebuah lori.
Terdiam saya sekitar satu jam, dan dalam air mata yang tergenang, saya berkata,

"Ridwan, saya halalkan Ridhwan atas ilmu yang saya berikan dan segala yang saya berikan, dan saya memaafkan segalanya... Kamu anak yang baik... Semoga Allah memberikan perlindungan yang terbaik untukmu... Aamiin...."

Begitulah, "Tiada Yang Kekal", melainkan Allah...


Jul 15, 2011

Berkongsi Ilmu 20: Ustaz Azhar

Ini adalah potret Ustaz Azahar Hashim (saya ambil daripada kaca tv pada 17 Mei 2011) yang memberikan kuliahnya dalam siri TURATH ULAMA pada Selasa 17 Mei 2011 di TV1 jam 6-6.30 petang. Saya amat mengkagumi beliau yang tinggi ilmunya, amat wara', sentiasa tersenyum dan tenang semasa menyampaikan ilmu agama, termasuk menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau. Semoga Allah (swt) memberkati hidup beliau, damai hatinya dan diberikan setinggi-tinggi kesejahteraan dunia dan akhiran. Aamiiin....


Semoga nyanyian-nyanyian berikut sedikit sebanyak menginsyafi dan meningatkan kita kepda Allah SWT

Berkongsi Ilmu 19: Kursus Perundangan Pengurusan, USM

Pada 11-12 Julai 2011, bertempat di Dewan Persidangan Utama, Kampus USM cawangan Kelantan, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, saya menjalankan ceramah/kursus "Perundangan Dalam Pengurusan" untuk seramai 30 pegawai USM semua cawangan. Sambutan amat memuaslan dan banyak perbincangan yang dikemukakan. Alhamdulillah...








Jul 7, 2011

Berkongsi Ilmu 18: Retreat Tatatertib MPOB 1

Pada 28-29 Jun 2011, bertempat di bertempat di Dewan Sawit, Ibupejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bangi, Selangor Darul Ehsan, saya menjalankan ceramah/kursus "retreat" Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 Siri 1, untuk pegawai-pegawai kanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Sambutan amat menggalakkan dan banyak perbincangan berlaku, dan mereka ini semuanya ramah, berhemah dan intelektual. Alhamdulillah...





Mentadak

Semasa saya nak ambil gambar buah bendi (di kebun mini di sisi rumah saya) yang panjaaaang saiznya (bijinya diberikan kepada saya oleh seorang Aci tukang sapu yang tua tapi rajin, ramah, di pejabat saya di USM), saya tertarik dengan adegan mentadak Mantis, atau praying mantis) ni, yang tak bergerak-gerak walaupun saya ambil gambarnya dari jarak amat dekat dengannya. Namun, tak lama kemudian, dia menyentap ngap seekor lebah, dan menyiat-nyiat tubuh lebah tersebut sambil memakannya. Ganas juga mentadak ni yer....


Mengikut Wikipedia (2011), Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai

Ada juga orang memanggilnya "Sudu Senu".