Nov 27, 2024

Syirik terbahagi kepada 2 jenis:

 Syirik terbahagi kepada 2 jenis:


1-Syirik Besar (الشِّرْكُ الْأَكْبَرُ)
Perbuatan dosa kufur dan syirik nyata yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam secara total (jadi kafir).
Contoh: Menganggap ada pencipta atau sembahan selain Allah, sujud dan ruku’ kepada selain Allah, berdoa kepada sembahan-sembahan orang kafir.

2-Syirik Kecil (الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ)
Perbuatan menghampiri/menuju ke arah syirik besar yang menyebabkan seseorang Muslim berdosa besar dan dihukum sebagai fasiq. Tidak mengeluarkan pelakunya daripada Islam.
Contoh: Riya’ yang sedikit, bersumpah dengan nama selain Allah, menisbahkan hujan kepada gerakan bintang-bintang dan lain-lain.

(rujukan: Maktabahalbakri)

Nov 10, 2024

Eksplorasi Tempat Baru Sambil Rekreasi Kecergasan

 Pada pagi sabtu 9 November 2024, saya meneroka satu tempat rekreasi di pinggiran Bandar Sungai Petani, Kedah (sambil melaksanakan riadah). Aduiiii memenatkan....jauh juga mendakinya...fuuuh...tercungap-cungap. Alhamdulillaah dapat saya selesaikan tanpa apa-apa masaalah.












13 RUKUN SOLAT

 

Dr. ABDUL AZIZ Hussin abdaziz2002@gmail.com

Nov 5, 2024, 5:28 AM (5 days ago)
to abdaziz2002

Saya terbaca artikel pendek ini yang diposkan dalam Whatsapp saya, namu saya tidak tahu penulis asalnya.. Indah dan benar tulisannya. (Penghargaan kepada penulis asalnya: semoga beliau memperoleh kebekatan. Aamiiin.

"13 RUKUN SOLAT"

Ramai yang solat tetapi ramai juga yang solat ikut ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.

Rukun solat ada 13:
1 - Niat
2 - Berdiri dengan betul
3 - Takbiratul ihram
4 - Membaca Al Fatihah
5 - Rukuk
6 - I’tidal
7 - Sujud
8 - Duduk antara 2 sujud
9 - Bacaan tahiyat akhir
10 - Duduk tahiyat akhir
11 - Selawat dalam tahiyat akhir
12 - Salam
13 - Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian:
1 - Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
2 - Rukun Fi’li iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
3 - Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’li dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat.

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati.

Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli Yang Selalu Kita Langgar Di Dalam Solat:
1 - Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir
2 - Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz
3 - Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz
4 - Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir
5 - Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz?
Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri. 

Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat:
1 - Semasa Takbiratul Ihram
2 - Semasa membaca Al Fatihah
3 - Semasa Tahiyat Akhir
4 - Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir
5 - Semasa lafaz salam

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:
1 - Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulangi lagi kesalahan yang sama
2 - Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

Alhamdulillah ♥️

*Bersifat Jujur dan Jauhi Dusta

 

Dr. ABDUL AZIZ Hussin abdaziz2002@gmail.com

Tue, Nov 5, 2:16 PM (5 days ago)
to abdaziz2002
Saya terbaca artikel pendek ini yang diposkan dalam Whatsapp saya, namu saya tidak tahu penulis asalnya.. Indah dan benar tulisannya. (Penghargaan kepada penulis asalnya: semoga beliau memperoleh kebekatan. Aamiiin.


*Bersifat Jujur dan Jauhi Dusta*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Daripada Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari No: 5629) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut memiliki sifat kejujuran dalam setiap amal dan perbuatan.

2. Orang yang jujur akan sentiasa melakukan kebaikan dan amal soleh.

3. Sifat jujur yang dimiliki secara berterusan akan menjadi tabiat kebiasaan yang akhirnya membentuk akhlak kepada seseorang

4. Sifat jujur akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang Muslim di dunia menjadi orang yang soleh dan menuju ke syurga.

5. Sifat dusta dan berbohong yang dimiliki akan mendorong seseorang kepada kejahatan.

6. Sifat dusta dan bohong yang menjadi kebiasaan secara berterusan kepada seseorang, akhirnya akan membentuk tabiat dan akhlak yang buruk.

7. Sifat dusta akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang ke neraka. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepda orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta (Mukmin: 28).

Berusahalah memiliki sifat jujur dan jauhilah dusta dan bohong.

Nov 4, 2024

Ziarah Sahabat

 Pada rabu 30 Oktober 2024, saya menziarahi sahabat baik saya, Abang Fauzi Che Teh, di Pondoknya di Padang Wat, Alor Setar. Semoga beliau cepat sebuh





Nov 2, 2024

Jangan Bakhil@lupa@enggan@kedekut Untuk Bersedekah

 Assalaamualaikum. Ada seseorang, selepas solat subuh berjemaah di satu masjid, telah melontarkan isu berikut:


*KITA DATANG MASJID, TERUS KE TANDAS, KEMUDIAN KOLAH/PAIP, DAN AMIK WUDUK. KEMUDIAN KITA TERUS KE RUANG SOLAT DAN BUKA KIPAS, WALHAL AIRCOND DAH PASANG. MASJID PUN NAMPAK BERSIH. KITA SOLAT SUNAT DAN SOLAT FARDHU, DAN WIRID, DAN DENGAR TAZKIRAH YANG DISAMPAIKAN OLEH SEORANG USTAZ. KEMUDIAN KITA TERUS KELUAR, DENGAN DETIKAN DALAM HATI, "Alhamdulillaah aku dapat mengutip banyak pahala hari ini...."*

PERSOALANNYA: BIL ELEKTRIK, AIR, KOS PEMBERSIHAN, KOS MENJEMPUT USTAZ TAZKIRAH, KOS IMAM, BILAL, SIAK, SIAPA TANGGUNG? 

TERGAMAKKAH KITA TERUS BERLALU MENINGGALKAN MESJID TANPA MENYUMBANG SEDIKIT WANG, WALAUPUN SEKADAR *Aku dah bayar apa yang aku guna tadi*

Oct 28, 2024

Ke Penjara Simpang Renggam la kita...

 Pada 14-18 Oktober 2024, saya dan pasukan Lembaga Penasihat dan para pentadbirnya, termasuk Penterjemah dan Urusetia Lembaga, "berkampung" di Bangunan Kompleks Lembaga Penasihat, Penjara Simpang Renggam Johor

Di Simpang Renggam, saya suka menginap di Deraisya Vila & Hall, Kampung Melayu, sebab ia terletak berhadapan dengan Surau Kampung Melayu.


Malam tu saya dapat merasa Mihun Sup Johor. Sedap juga laaa


Ini sebahagian daripada Kompleks Lembaga Penasihat, yang terletak di dalam Kompleks Penjara Simpang Renggam


Acara tugas resmi pun bermula..tapi, apa-apa pun, makan pagi la dulu, dan kemudia baru kerja, he he he he he








Kenduri Anak Sulung Afendi dan Maizun Di Shah Alam 12 Oktober 2024

 Pada 12 Oktober 2024, saya mengunjungi kenduri walimatul urus sdauda Afendi & Maizun di Shah Alam Selangor. Majlis meriah meriuh sungguh...










Oct 10, 2024

Ziarah Sahabat dan Saudara Mara

Sempena ke ReUnion pada 5 Oktober 2024 di Bachok, saya mengeambil kesempatan menziarahi ahli keluarga dan sahabat handai

1. Jumpa Haji Zahari, Hj Bashir dan Hj Sudin di Tawang, Bachok



Ziarah rumah anak sepupu Salilah Che Hamid, Kampung Banggol Pauh, Jelawat, Bachok, Kelantan




SEMOGA MEREKA SEMUA SIHAT SEJAHTERA DAN MURAH REZEKI. Aamiinn

 

 

Persidangan Tahunan Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri di Pulau Pinang Pada 1-3 Oktober 2024

 Persidangan Tahunan Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun 2024 telah diadakan di Pulau Pinang Pada 1-3 Oktober 2024

Berikut dirakamkan suasananya, dimana termasuk 

Sesi Ceramah Kesihatan

Bengkel

Jamuan Makan Tahunan