Feb 26, 2013

Kuah Dal

Salah satu makanan kegemaran saya adalah coti canai (kosong atau bertelor)(bukan roti canai tu bertelor, yakni mengeluarkan telor, tapi roti canai tu dimasukkan telor semasa hujung sesi pencanaiannya sebelum digoreng).....
Salah satu kuah yang saya amat minat semasa makan roti canai adalah kuah dal (dhal)(bukan dhab, he he he..). Kalau nak makan roti canai, kena la pergi ke kedai/warung roti canai, kan? Tapi, kalau malas nak pergi, boleh juga beli roti canai segera dan masak/goreng sendiri.
Masaalahnya, macam mana nak dapatkan kuah kegemaran, kacang dal???? Tak kan nak pergi ke kedai roti canai dan,..."Nak beli kuah dal, boleh, mamak?"
Jadi, macam mana nak selesaikan masaalah ni? Emm, buat sendiri la wey...
Semalam, 25 Februari 2013, saya belajar buat kuah dal sendiri daripada seorang "Mami"... Ha, ni la resepinya...

Bahan-bahan dan caranya:
Kacang dal (dibasuh) dan direbus dengan sedikit serbuk kari ikan dan kunyit.
Bawang merah (dimayang halus), bawang putih (dimayang halus), halba campur, dan daun kari ditumis dengan sedikit minyak. Boleh juga dimasukkan cili kering yang dipotong besar. Kemudian masukkan bahan tumis ini ke dalam rebusan dal tadi. Masukkan sedikit gula dan garam.
Boleh ditambah dengan ubi kentang, terung dan lobak merah.

Saya dah buatnya malam tadi. Emmm...sedaaap...
Anakanda abah dengan gelaran "Abang Cik" yang suka memasak tu, nak cuba?

Ni gambarnya...

Feb 24, 2013

Ada apa di sebaliknya?

Cuba perhatikan 2 gambar berikut, dan perkataan-perkataan yang digunakan... Saya rakamkan 2 gambar tersebut di sebuah sekolah menengah di Kedah. Apa yang anda faham? Tentu ada sesuatu yang nak disampaikan, kan?


Kenduri Kahwin

Pada 23 Februari 2013, saya menghadiri kenduri perkahwinan anak seorang sahabat saya, seorang pensyarah USM, sdra Roslan Talib di Kg Kota Aur, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Emm, meriah juga kenduri ni.... Maklum la, diadakan di kampung, kan? Best sangat nampak suasana kenduri tu.., TAHNIAH....



Feb 22, 2013

Berkongsi Ilmu 57: Kursus/Bengkel PENYELIAAN EFEKTIF

Pada 20 November 2012, saya mengendalikan kursus/bengkel "PENYELIAAN EFEKTIF" untuk sekumpulan panjawat USM. Alhamdulillah kursus/bengkel ini berjalan lancar dan peserta memberikan respon yang amat mengalakkkan. Semoga "Majilis Ilmu" pada hari tersebut dapat disebarluas dan dimanfaatkan dalam urusan rasmi dan famili. Jumpa lagi....




 



Dec 31, 2012

Sambungan kandungan blog

Salam kepada semua

Blog ini telah disambung ke 

edukasi2

http://azizlaw2.blogspot.com 

Bersua di sana....

Nov 26, 2012

TIDAK SETIA Kepada Allah (s.w.t)?



Perlu diketengahkan bahawa dalam undang-undang Islam, ketidaksetiaan yang paling serius kesannya adalah orang Islam yang tidak setia kepada Allah (s.w.t.), yang akan tergolong ke dalam kelompok murtad — dimana dia akan hilang kehidupan sejahtera di akhirat yang kekal. Allah (s.w.t.) berfirman, yang maksudnya,
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Baqarah: 217)
Ayat ini menunjukkan bahawa amal orang murtad dihapus di dunia dan di akhirat. Seterusnya Allah (s.w.t.) juga ada berfirman, yang bermaksud,
Bagaimana Allah akan menunjukkan kepada suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahwa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keterangan-keterangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak akan menunjukkan orang-orang yang zalim.
(Ali Imran:  86)

Nov 25, 2012

Ajaran Songsang...

Pada suatu petang minggu terakhir bagi tahun 1433 Hijrah, seorang "hamba Allah" telah berkata seperti berikut kepada saya...
Kita nie kena hidup berprinsip...
Prinsip pertama, BUAT BAIK BERPADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI...
Prinsip kedua, ALANG-ALANG MENYELUK PENGKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.

Saya pun bertanya, yang pertama tu, apa maksudnya?
Dia menghuraikan, KALAU NAK BUAT BAIK TU BERPADA JER LA...JANGAN TERLALU BANYAK.. TAPI KALU NAK BUAT JAHAT, JANGAN SEKALI JER..KENA BANYAK KALI...
Saya menjawab: Oooo...macam tu ka????
Yang kedua tu pulak?
Dia menghuraikan, KALAU NAK MENYELUK PENGKASAM, MAKSUDNYA TEMPAT YANG MENGGATALKAN TANGAN, SELUK LA SAMPAI HABIS KE HUJUNGNYA. MAKSUDNYA, KALAU DAH BUAT BENDA TAK ELOK, BUAT SAMPAI HABIS...
Saya menjawab: Oooo..macam tu ka????

Kat mana kamu belajar ni? Siapa guru kamu?
Dia menjawab, REKA SENDIRI...
Ha, tu la, belajar tanpa berguru. Tu dah jadi "ilmu salah"!!!!

KAMU NI DAH MEMASUKI AJARAN SONGSANG, tau!!!!
HATI-HATI YER JIKA MENTAFSIR PERIBAHASA, PEPATAH DAN SEGALA MACAM...
MACAM MANA LA PULAK KAMU NAK TAFSIR AYAT AL-QUR'AN.....

Dia cuma tersengiiih jer...sselamba...dan berlalu...

Eh, betul ker otak fikiran orang nih????, "semacaaaammm" jer.....