Mar 10, 2014

HIKMAH "KEMARAU"

Apabila berhadapan musim kemarau, maka kebanyakan kita, dalam kebanyakan masa, dalam kebanyakan hal dan perkara, akan melihat KEMARAU MENDATANGKAN SERIBU MASAALAH. Kita pun mula merungut..membantah..meluahkan rasa tak puas hati..gelisah, risau.... Namun, PERCAYALAH DAN YAKINLAH bahawa setiap yang Allah (s.w.t.) jadikan MEMPUNYAI HIKMAHNYA yang tersendiri. Musim kemarau juga mempunyai kebaikan-kebaikannya yang tersendiri. Diantaranya adalah seperti berikut:



Pada musim  kemarau, beberapa jenis haiwan akan “bertapa” di dalam tanah demi kelangsungan hidup mereka, dan ini merupakan putaran kehidupan yang mereka perlukan.

Manusia dan kebanyakan makhluk lain akan lebih mudah bergerak dengan selamatnya (berbanding pada musim hujan atau banjir).

Kerja-kerja tanah (projek membina jalan, tapak perumahan) termasuk kerja pembinaan laluan air, empangan, kerja bawah tanah, perlombongan/penggalian bawah tanah yang lebih sesuai dilaksanakan pada musim kemarau.

Beberapa penyakit berkaitan alahan juga akan berkurangan/hilang apabila tibanya musim kemarau.

Pakar pertanian menyatakan bahawa beberapa jenis kajian berkaitan tanaman amat sesuai dilakukan pada musim kemarau.

Kajian di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati apabila tiba musim kemarau, kadar jenayah akan menurun.

Apabila kolam, empangan atau sungai hampir kering akibat kemarau, rezeki dari sumber air (ikan dan sebagainya) akan mudah diperolehi.

Ahli pertanian menyatakan bahawa banyak jenis penyakit berkaitan tanah yang membahayakan tanaman dan manusia serta haiwan akan hilang (terhapus) apabila tanah menjadi kering kontang akibat kemarau. Dengan itu penanaman pada musim berikutnya menjadi lebih baik dan lebih produktif.

Pakar kesihatan (berkaitan manusia, haiwan, tumbuhan) menyatakan bahawa beberapa jenis kajian pengawalan penyakit amat sesuai dilakukan pada musim kemarau.

Rezeki penjual air, aiskrim, cendol, air kelapa, nira, air tebu, dan seumpamanya akan meningkat.

Aktiviti pengeringan (kelapa, daunan  seperti tembakau, herba) dan makanan (ikan dan makanan laut yang lain) akan lebih mudah, cepat dan menjimatkan, serta lebih bagus hasilnya jika dilakukan pada musim kemarau.
 
Musim kemarau memaksa kita pandai menghargai air dan keperluan berjimat. Dengan itu dapat memberikan keinsafan dan rasa syukur betapa pentingnya air.

Musim kemarau juga "memaksa" pokok-pokok tertentu untuk berbunga, dan apabila tiba musim hujan, maka terhasillah buahan (misalnya durian, dokong dan sebagainya)...



 Gambar-gambar di atas dirakam pada awal pagi 10 Mac 2014 (sekitar sebulan kemarau) di dalam kebun di belakang rumah saya. Pokok-pokok kelihatan sedang mengeluarkan bunga dengan lebatnya... Alhamdulillah... petanda awal bahawa tahun ini akan dapat hasil buah-buahan yang banyak (insyaAllah..)

Feb 23, 2014

Hanya Terdapat Di Malaysia

1. Hari cuti perayaan yang terbanyak di dunia, antaranya, di Malaysia;
2. Hanya orang Malaysia yang makan "tahi": Tahi itik (tapi tu sejenis kueh), tahi minyak (pati daripada proses membuat minyak kelapa);
3. Di Malaysia, perayaan yang paling banyak orang main mercun adalah musim Raya Puasa, dan bukan musim Raya Cina, malah musim dalam bulan puasa sebulan pun mereka dah mula main mercun, walhal mercun ni asalnya dari Negara China;
4. Kita biasa minum air bandung. Ia cuma terdapat di Malaysia, dan tidak pun terdapat di Bandung, Indonesia;
5. Di Malaysia, kita ada ORANG ASLI (aborigines), ORANG ASAL (NATIVES), dan pendatang. Hanya di Malaysia yang terdapat komposisi sedemikian;
6. Hanya orang Malaysia yang memandu/menunggang lebih laju jika orang lebih ramai (kerana nak eksyen, menunjuk-nunjuk);
7. Hanya orang Malaysia yang menyebut "Ringgit Malaysia RM10" (dll). Di negara lain, tak ada yang mengulangi sebutan sedemikian;
8. Aiskrim goreng yang sejuk dan dimakan panas, hanya terdapat di Malaysia;
9. Iklan di televisyen yang menwar-warkan jemputan untuk hadir (Pesta, Acara dll) yang sudah pun berlalu, hanya terdapat di Malaysia;
10. Selipar Jepun cuma terdapat di Malaysia;
11.  Hanya di Malaysia yang paling banyak terdapat spesis AYAM: Ayam Belanda, anak ayam, "bapa ayam"," ibu ayam", cakar ayam,  tidur ayam, dan sebagainya, selain pelbagai jenis masakan, termasuk ayam percik;
12. Hanya di televisyen Malaysia, yang pernah ditayangkan SERENTAK di 2 saluran berlainan yang melibatkan seorang individu penting (VIP) dan dinyatakan "SIARAN LANGSUNG", tetapi VIP tersebut memakai baju yang berlainan;
13. Hanya di Malaysia (Semenanjung) yang satu bangsa ni (Melayu) akan pulang beramai-ramai ke kampung, tanpa mengira sama ada Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, Raya Krismas, Vesak, Deepavali...



Feb 18, 2014

Santai selepas akad nikah

Selepas selesai akad nikah Abang Cik (Mustaqem) dengan Ika (Nur Afiqah) pada petang 14 Februari 2014, maka semua yang hadir meraikan detik tersebut dengan acara santai-santai...






Bersedia nak pergi ke rumah Ika, bagi upacara akad nikah...

Berikut gelagat ahli keluarga saya dan sahabat handai yang berhimpun di rumah inapan untuk bertolak ramai-ramai ke tempat upacara pernikahan Abang Cik pada petang jumaat 14 Februari 2014:





Majlis Persandingan Abang Cik & Ika

Pada petang sabtu, 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1435) berlangsung Majlis Persandingan sempena perkahwinan Abang Cik (Mustaqem) dengan Nur Afiqah Zolkarnain di pihak pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor. Alhamdulillah majlis berjalan meriah...










Majlis Akad Nikah Abang Cik

Pada petang, selepas solat asar, jumaat 14 Februari 2014 (14 Rabiul Akhir 1435) berlangsung Majlis Akad Nikah Abang Cik (Mustaqem) dengan Ika (Nur Afiqah Zolkarnain) di rumah pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor. Alhamdulillah majlis akad nikah tersebut berjalan lancar...

Terima kasih kepada semua yang dapat hadir memeriahkan majlis akad nikah tersebut. Ini gambar-gambar detik-detik bersejarah tersebut:

Berdebar menunggu kedatangan Imam...



Nasihat dan "khutbah" oleh Imam...

Jangan panic Abang Cik... Tenang..Sabar... Dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan..


Membacakan Taqlik oleh Abang Cik yang menghadap Ika...

Sebahagian daripada barangan hantaran...
ABAH DOAKAN SEMOGA ABANG CIK DAN IKA BAHAGIA SELAMANYA, MENDAPAT ZURIAT YANG TERBAIK, MENDAPAT REZEKI YANG MELIMPAH, DAN DILINDUNGI ALLAH DALAM SETIAP URUSAN DAN SETIAP MASA. 

JANGAN LUPA UNTUK KERAPKAN SOLAT BERJEMAAH (ABANG CIK JADI IMAM, IKA JADI MAKMUM)

Jan 28, 2014

Sotong Masak Serai

Ni satu lagi lauk mudah untuk kita. Saya kongsikan cara menyadiakannya.

10 ekor sotong (kalau boleh yang ada telor)(dibersihkan)
Sebatang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar
3 biji cili kering.
10 biji cili hijau
Sedikit garam
Sedikit gula melaka
Secubit lada hitam
Sekeping asam gelugor (boleh juga diganti dengan sedikit asam jawa)
Secawan/segelas air

Caranya:
Bawang putih, cili, bawang merah dan serai dikisar lumat.
Masukkan semua bahan dan sotong ke dalam periuk (kuali pun boleh..), dan masaklah sampai empuk, dan setelah hampir diangkat, masukkan bawang besar yang telah dipotong.