May 25, 2015

Bunga angsana



Pohon angsana atau nama saitifiknya pterocarpus indicus juga dikenali di Indonesia dengan nama asan, hason, langsano, babaksana, nara, lana, dan linggua. Negara Perancis menyebutnya sebagai santal rouge, amboine, Filipina menamakannya apalit, Thailand dengan nama pradu, Laos menyebutnya chan dĂȘng, Myanmar memanggionya padauk, sena, ansanah, dan nama Inggerisnya adalah Malay padauk, red sandalwood, amboyna.  
Namun apa yang saya hendak bangkitkan di sini hanya berkaitan bunga angsana sahaja.
Ini bunga semasa ia baru luruh:

Nampak cantik, menghampar bumi, ibarat sekeping permaidani.
Namun, apabila ia kering, ia menjadi seperti berikut:



Ia menjadi hitam, mereput, dan jika kena hujan ia menjadi seperti satu lapisan krim atau gris atau lumut. Ia amat membahayakan kenderaan yang memijaknya, terutama di selekoh (dan lebih la memberhaya jika dipandu secara gopoh dan laju). Jika dibiarkan di bangku, maka ia amat mengotorkan pakaian...
Jadi, keputusan kita: nak biarkan ia menebari bumi selepas berguguran? Atau nak dibersihkan ia? Mana yang lebih banyak: kebaikan atau keburukan?
APAKAH DILEMA KEWUJUDAN BUNGA ANGSANA INI JUGA MERUPAKAN SATU LAGI MANIFESTASI KEWUJUDAN SEBAHAGIAN INSAN BERGELAR "MANUSIA"?

May 15, 2015

Majlis Sambutan Menantu Azizah & Masoud

Berikut suasana Majlis Sambutan pengantin baru, anak perempuan pasangan sahabat saya iaitu Azizah Nordin (sahabat semasa di ITM) dan suaminya Masoud, yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Pulau Pinang:










Apr 28, 2015

Persembahan Kerja Berpasukan RMS304

Salah satu kursus yang akan dilalui oleh para pelajar yang mengambil pengajian Ijazah Sarjana Muda (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) (Pengurusan Binaan) USM adalah Studio RMS304 (untuk tahun 3). Salah satu komponen RMS 304 ini adalah Segmen Undang-undang.
        Bagi segemen ini, pada sesi ini, yang melibatkan 53 pelajar, para pelajar dibahagikan kepada 4 pasukan (teams) dengan setiap pasukan diberikan tajuk dan arahan pelaksanaan tugasan. Mereka akan diperkenalkan dengan konsep dan aplikasi "melaksanakan tugas secara berpasukan," termasuk peranan positif setiap ahli, sikap positif setiap ahli dan kaedah melaksanakan tugas dengan jayanya (mencapai objektif).
        Pelajar juga diperkenalkan dengan aplikasi 4M dan 4W+1H, dan membuat cadangan dengan memberikan justifikasi (1W). Kaedah mengendalikan mesyuarat dan penulisan Minit Mesyuarat juga turut ditekankan. Semua perkara tersebut dilaksanakan melalui peringkat tertentu dan dalam batasan waktu tertentu (agar mereka memahami erti pentingnya mengurus masa dengan baik dan bermanfaat). Ini termasuklah penekanan tentang kedatangan mereka yang perlu tepat pada waktunya. Ini diharapkan dapat menyemai rasa pentingnya kerja berpasukan yang bersandarkan beberapa nilai positif.
      Diterapkan juga elemen lain, dimana termasuklah agar mereka melaksanakan arahan dengan suasana ceria (semangat sukarela dan bukan dengan terpaksa dan tertekan).
       Dalam masa yang sama mereka didedahkan dengan 4 tajuk khusus bidang undang-undang pembinaan dengan dua versi pelaksanaan projek, iaitu swasta (Borang standard PAM) dan Kerajaan/badan berkanun (Borang standard JKR). Ini termasuklah menganalisis fasal-fasal perjanjian, mendalami maknanya, dan merujuk-silang dengan fasal-fasal lain yang relevan, dan ditambah pula dengan kajian tambahan lain. Pelajar juga diarahkan untuk mengkaji semua dokumen kerja yang dipakai dalam industri pembinaan (misalnya Bon-bon sebenar, Polisi Insurans sebenar, dll).
       Mereka juga diajarkan cara menyediakan Laporan Akhir yang menepati kaedah sebenar penyediaan laporan yang baik (termasuk pembahagian Laporan dan Lampiran).
       Pada peringkat seterusnya, mereka akan membuat persembahan secara berpasukan. Diantara tujuannya adalak membiasakan mereka dengan suasana berhadapan dengan khalayak dengan berani dan yakin diri, disamping dapat menerima teguran/kritikan membina dengan terbuka (dan bersedia mengubahnya, jika perlu)

DIHARAPKAN KOMBINASI KAEDAH INI DAPAT MENYEMAIKAN SEMANGAT KERJA YANG POSITIF, BERDISIPLIN TINGGI DAN MENGAPLIKASI BEBERAPA ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS).

Berikut gambar-gambar semasa mereka melaksanakan tugasan:











Berikut pula adalah persembahan mereka pada 27 April 2015
 







Mar 25, 2015

Kuliah "Law & Housing"

Berikut suasana kulaih pagi ini, 25 Mac 2015, bagi kursus "Law and Housing" bagi program Sarjana Sains Perumahan dan Senibina Part II:





Mar 19, 2015

Kemalangan PELIK

Sekitar jam 12.30 petang, 18 Mac 2015, di tol Hutan Kampung, Kedah, menghala utara..
Kejadian: Sebuah motosikal berkuasa tinggi merempuh penghadang keselamatan  tol dan belakang sebuah kereta di lorong smart tag... Penunggangnya tercedera... (harapnya tak la parah...)
Eh, motosikal guna laluan smart tag? Pelik!!!!

Petugas lebuhraya dan pemandu kereta yang dilanggar motosikal besar berkenaan sedang membantu penunggang motosikal tersebut

Mar 13, 2015

Dia Tukang Cuci...Yang Saya Hargai

Sekitar jam 9 pagi, 12 Mac 2015, di perkarangan kompleks Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, saya sedang berjalan dari ofis saya untuk ke Pejabat Am. Saya terserempak dengan seorang tukan cuci kawasan. Saya namakan dia, Samy (bukan nama sebenar). Tidak seperti lazimnya yang agak ceria, namun pagi itu dia nampak sugul (sedih). Lalu saya menyapanya:
Saya: Eiiii, Samy, kenapa nampak soooo sad niii?
Samy: Bos, ada ka patut, tadak pasai pasai baru sekejap tadi saya kena marah itu Supervisor
Saya: Kenapa dia marah?
Samy: Dia kata saya malas bekerja. Ponteng kerja.
Saya: Kenapa  dia cakap itu macam?
Samy: Tadi, jam 8.30, saya rehat makan, minum la..Tapi itu waktu, orang lain yang kerja macam saya sedang kerja la...
Saya: Ooooo..pasai makan jam 8.30 la... Samy tarak cakap ka, Samy mula kerja, jam 7... Dan banyak kali  saya lihat Samy sudah mula menyapu ini tempat jam 6.45 pagi.
Samy: Apa mau cakap....Dia sudah marah... Bos tahu, saya tinggal Bayan Baru, awal-awal pagi saya sudah naik bas mari sini. Itu macam dia tarak paham...
Wajah Samy nampak amat sayu. Saya boleh bayangkan cara Penyelianya (yang saya tahu agak garang) memarahi  Samy.

Nak tahu hal kerja Samy? Samy ini saya lihat mula "wujud" bekerja di kompleks ini semenjak pertengahan tahun 2014. Saya lihat dia ini amat rajin, dan mutu kerjanya amat baik (iaitu jalan dan tempat letak kereta disapu bersih daripada sampah, daun dll). Dia bekerja setiap isnin-sabtu. Kebanyakan awal pagi, saya lihat dia mula bekerja menyapu/membersih sebelum jam 7 pagi, dan banyak kali juga saya lihat dia mula menyapu jam 6.45 pagi (Saya tahu hal itu sebab, jika saya tidak ke mana-mana tugasan luar, maka kelaziman saya pada awal pagi, selepas solat subuh di Masjid USM, saya akan terus ke pejabat, iaitu sekitar jam 6.40 pagi).

NOTA: Kenapa kita (termasuk Penyelianya) begitu cepat "menghukum" orang, atas sekilas fakta sahaja? Jika kita silap membuat keputusan, yang boleh pula menjejaskan orang lain (termasuk maruah dan sensitiviti Samy dalam kes ini), maka pada saya: INI ADALAH SATU PENGANIAYAAN: PENGANIAYAAN YANG TERJADI KERANA KECUAIAN KITA SEBAGAI KETUA.

Ini gambar Samy sedang bekerja yang saya rakam awal pagi ini, sekitar jam 7.05 pagi, 13 Mac 2015:

Nampak tak, daun-daun kering sudah pun siap Samy sapu dan kumpulkan?

Ini pula gambar Samy sedang bekerja yang saya rakam awal pagi ini, sekitar jam 6.50 pagi, 4 September 2015:

Nampak tak, gambar Samy sedang menyapu dekat pokok?