Pada sabtu 8 April 2017 (9 Rejab 1438), bertempat di FRIM, Kepong, diadakan Majlis Walimatulurus anak bungsu sdra Mohd. Zulkifly Zainal Abidin, sahabat sekuliah saya semasa belajar Diploma di ITM Shah Alam. Semoga pasangan berkenaan kekal aman damai, murah rezeki dan diberkati Allah SWT.
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Apr 11, 2017
Apr 4, 2017
Menentang makhluk halus bernama Qarin (termasuk ummu sibyan)
Berikut
adalah penerangan oleh (Allahyarham) Dr Haron Din mengenai makhluk halus
bernama qarin dan
yang berkaitan dengannya. Qarin daripada ungkapan Arab yang bermaksud "rakan". Ungkapan qarin bermaksud roh-roh jahat dari kalangan
makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin
adalah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang
jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa
berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan
kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia
mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim. Dalam surah al-An'am:
112 Allah s.w.t. berfirman (bermaksud): Dan
demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin,
sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah
untuk menipu. Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud): Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan
dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang
kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai
Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya
daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.
Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq: Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar
dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan)
terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya
lakukan. Baginda bertanya: Apakah yang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa
halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau?
Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab:
Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya
lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka saya pun
bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya
tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripada tipu dayanya.
Dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud): Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya. Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud):
Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

Feb 24, 2017
Khasiat Buah Tunjuk Langit
BUAH TUNJUK LANGIT
Buah Tunjuk
Langit (Sky Fruit)(buah Swietenia macrophylla) telah mendapat perhatian dunia
sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi dijalankan telah
menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperoleh daripada Buah Tunjuk Langit
tersebut.
Pada tahun 1996 , satu pasukan biokimia Amerika terkenal mempunyai penemuan
kejayaan besar dalam kajian mereka bahawa terdapat banyak Flavonoids dan
Saponins di dalam Buah Tunjuk Langit. Pengenalan Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai
“buah tunjuk langit”, kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok.
Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan
dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat
seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Buah Tunjuk Langit (Swietenia
macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan
sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.Swietenia macrophylla,
Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal
dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini
tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap
terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji,
Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau
Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak
beratus tahun yang lalu. pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.
Swietenia atau pun dipanggil Buah Tunjuk Langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria – Belanda Gerard van Swieten (1700-1772). Buah Tunjuk Langit mengandungi Protein, Vitamin B1, Iron, Vitamin D, Folic Acid, Carbohydrate, Vitamin A, Dietary Fiber, Potassium, Vitamin E, Calcium, Vitamin B6, Magnesium, Sodium, Vitamin B3. Khasiat Buah Tunjuk Langit ini sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, khasiat Buah Tunjuk Langit juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya: Flavonoids daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan. Saponins adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax. Bitter Alkaloids di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Langit boleh
membantu:
- menurunkan paras kolestrol
- gout
- sakit dan lemah jantung
- sakit sendi
- darah tinggi
- melancarkan perjalanan darah
- melambatkan pembekuan darah
- meningkatkan kecergasan badan
Antara
Penyakit yang boleh dirawat, InsyaAllah.
- Kencing Manis;
- Darah Tinggi;
- Kolestrol Tinggi;
- Gout;
- Darah Tercemar;
- Strok Awal;
- Batu Karang;
- Buasir;
- Resdung;
- Jerawat/Sopak;
- Masalah Ereksik;
- Asma;
- Sakit Sendi;
- Senggugut;
- Masalah Haid;
- Alahan Darah;
- Kencing tak puas;
- Angin;
- Obesiti;
- Alahan kulit;
- Sakit Urat;
- Ejakulasi;
- Kebas-kebas; dan
- Malaria denggi
Siapa yang Perlukan Buah Tunjuk Langit?
• Individu sihat yang ingin
mengimbangi pengambilan gula berlebihan dan mencegah penyakit kencing manis.
1/5 masyarakat belia berumur 20-30 tahun menghadapi risiko kencing manis, darah
tinggi dan kolestrol tinggi berdasarkan amalan pemakanan hari ini ( Rujuk: NADI
Institut)
• Pesakit darah tinggi,
sakit sendi, urat dan kekejangan otot;
• Pesakit kencing manis,
gangguan metabolism dan gastrik;
• Pesakit stroke, lebihan
lemak pada perut dan obesiti;
• Pesakit asma, redung,
jangkitan demam denggi dan malaria;
• Pesakit gout, arthritis,
lutut, pinggang dan keletihan melampau;
• Pesakit alahan kulit,
gatal-gatal, sopak, buasir dan keracunan makanan;
• Pesakit lemah tenaga
batin, mati pucuk, ejakulasi pramatang; dan
• Pesakit batu karang,
kencing tak puas, kencing kerap, prostate dan kegagalan ginjal.
Berikut adalah Tunjuk Langit serbuk yang telah dimasukkan ke dalam kapsul (yang mudah dimakan dan tidak pahit), yang diusahakan (dihasilkan) oleh seorang pengusaha menggunakan buah tunjuk langit yang diperolehi di sekitar kampus sebuah universiti penyelidikan di Malaysia:
Feb 21, 2017
Bahaya HUTANG
Ada seorang sahabat mengirimkan saya artikel pendek di bawah. Tidak diketahui siapa penulis asalnya, namun isinya amat baik. Saya kongsikan dengan pembaca (kredit kepada penulis asal, semoga Allah memberikan pahala dan rahmatNya kepada anda):
Semoga
Allah Ta’ala melindungi kita semua dari bahaya berhutang di dunia dan
akhirat. Dan semoga Allah melimpahkan kpd kita rezeki yg lapang, halal
dan berkat
BAHAYA BERHUTANG SAMPAI MATI:
Meskipun
berhutang itu boleh, hanya saja Islam menyuruh umatnya agar menghindari
hutang semaksima mungkin jika ia mampu membeli dengan tunai atau tidak
dalam keadaan kesempitan ekonomi. Karena menurut Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam, hutang itu dapat menimbulkan pengaruh buruk dan
bencana bagi pelakunya di dunia dan akhirat. Diantaranya:
1. Hutang merupakan penyebab kesedihan di malam hari, dan kehinaan di siang hari.
2.
Hutang dapat membahayakan akhlaq. Maksudnya dapat menimbulkan perilaku
yang buruk bagi orang yang suka (hobi) berhutang, seperti suka berdusta
dan ingkar janji.
» Hal
ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam (yg
artinya): “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering
berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (HR.
Al-Bukhari).
3.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah menolak mensolatkan
jenazah seseorang yang diketahui masih memiliki hutang dan tidak
meninggalkan harta untuk melunasinya.
4. Tanggungan Hutang Yang Dibawa Mati Tidak Akan Diampuni Oleh Allah Pada Hari Kiamat.
» Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:
يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ
“Semua
dosa orang yang mati syahid Akan diampuni (oleh Allah), kecuali
hutangnya.” (HR. Muslim III/1502no.1886, dari jalan Abdullah bin ‘Amr
bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu).
»
Dan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Qatadah
radhiyallahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah SAW pernah berdiri di
tengah-tengah para sahabat, lalu Beliau mengingatkan mereka bahawa Jihad
di jalan Allah dan iman kepada-Nya adalah amalan yang paling afdhol
(utama). Kemudian berdirilah seorang sahabat, lalu bertanya, “Wahai
Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku gugur di jalan Allah, apakah
dosa-dosaku akan terhapus dariku?” Maka jawab Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam kepadanya: “Ya, jika engkau gugur di jalan Allah dalam
keadaan sabar mengharapkan pahala, maju pantang melarikan diri.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Kecuali hutang (tidak akan
diampuni/dihapuskan oleh Allah, pent), karena sesungguhnya Jibril
’alaihissalam menyampaikan hal itu kepadaku.” (HR. Muslim III/1501 no:
1885, At-Tirmidzi IV/412 no:1712, dan an-Nasa’i VI: 34 no.3157. dan
di-shahih-kan oleh syaikh Al-Albani dalam Irwa-ul Ghalil no: 1197).
5. Orang Yang Mati Dalam Keadaan Memiliki Hutang Akan Terhalang Dan Tertunda Dari Masuk Surga.
»
Hal ini berdasarkan hadits shohih yang diriwayatkan dari Tsauban,
mantan budak Rasulullah SAW, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
bersabda:
« مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِىءٌ مِنْ ثَلاَثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنَ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ »
“Barangsiapa
yang rohnya berpisah dari jasadnya (baca: meninggal dunia)dalam keadaan
terbebas dari tiga hal, niscaya ia akan masuk surga, yaitu:
(1) Bebas dari sombong,
(2) Bebas dari khianat, dan
(3)
Bebas dari tanggungan HUTANG.” (HR. Ibnu Majah II/806 no: 2412, dan
At-Tirmidzi IV/138 no: 1573. Dan di-shahih-kan oleh syaikh Al-Albani).
»
Dan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
bersabda:
« نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ »
“Jiwa
orang mukmin bergantung pada hutangnya hingga dilunasi.” (HR. Ibnu
Majah II/806 no.2413, dan At-Tirmidzi III/389 no.1078. dan di-shahih-kan
oleh syaikh Al-Albani).
6. Pahala Kebaikan Orang Yang Mati Dalam Keadaan Berhutang Akan Menjadi Tebusan Bagi Hutangnya Pada Hari Kiamat.
»
Hal ini berdasarkan hadits shohih yang diriwayatkan dari Ibnu Umar
radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
bersabda:
« مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ »
Artinya:
“Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan menanggung hutang satu Dinar
atau satu Dirham, maka dibayarilah (dengan diambilkan) dari
kebaikannya; karena di sana tidak ada lagi Dinar dan tidak (pula)
Dirham.”. (HR. Ibnu Majah II/807 no: 2414. dan di-shahih-kan oleh syaikh
Al-Albani).
Demikianlah beberapa pengaruh buruk dan bahaya berhutang yang akan menimpa pelakunya di dunia dan akhirat.
Dan
bahaya berhutang akan semakin dahsyat apabila terkandung di dalamnya
unsur riba (baca: bunga) meskipun hanya sedikit, 0,1 %. Atau bilamana
seseorang ketika berhutang kpd orang lain, di dalam hatinya ia telah
berniat tidak akan melunasi hutangnya, atau bersengaja mengulur-ulur
pelunasan hutangnya yg telah jatuh tempo. Karena perbuatan semacam ini
adalah bentuk kezholiman kepada orang lain yg akan membinasakan
pelakunya dan menjadi kegelapan baginya pada hari Kiamat.
Feb 20, 2017
Perhimpunan Dataran Merbuk 18 Februari 2017
Berikut rakaman berita dan gambar (kredit kepada sahabat yang mengirimkannya kepada saya) berkaitan Perhimpunan Dataran Merbuk, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2017, yang menyokong Rang Undang-undang pindaan Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah:
Feb 16, 2017
Jawatankuasa Pemasaran KUSMB
Pada pagi 15 Februari 2017, telah diadakan Jawatankuasa Pemasaran Koperasi USM Bhd (KUSMB). Perhatikan betapa serius dan khusuknya setiap ahli membincangkan isu semasa berkaitan KUSMB. Semoga KUSMB berjaya cemerlang.
Jan 11, 2017
Fatimah Azzahra: Ahli Keluarga Baru
Pada sekitar jam 4.38 petang 8 Januari 2016 (9 Rabiul Akhir 1438) (Ahad), telah wujud di alam dunia ini seorang lagi ahli keluarga baru saya, iaitu cucu. Namanya FATIMAH AZZAHRA (bin Mustaqem, dan ibunya Nur Afiqah), seberat 2.94kg setinggi 47 sm. Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan yang terbaik kepadanya sebagai seorang Muslimah sejati. InsyaAllah...
Berikut, rakaman kunjungan atok (saya la tuuu) untuk bertemu Azzahra di Semenyih pada 14 Januari 2017:
Berikut, rakaman kunjungan atok (saya la tuuu) untuk bertemu Azzahra di Semenyih pada 14 Januari 2017:
Subscribe to:
Posts (Atom)