Apr 8, 2011

"Mesyuarat"?

Seperti dinyatakan oleh Mahkamah India dalam D. D. Didolkar lwn. Nagpur University[1], perkataan  “mesyuarat “ membawa maksud perhimpunan orang-orang bagi sesuatu maksud tertentu, dan sebagai intipatinya, ianya suatu himpunan orang-orang dengan suatu tujuan yang khusus.
Adakah ini “mesyuarat” atau cuma satu “pertemuan”?



[1] [1976] A. I. R. Bom.276, m.s.279

Nota:
Di atas adalah cabutan daripada buku, Abdul Aziz Hussin. 2009. Undang-undang dan Pengurusan Mesyuarat. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 5

Air Bandung

Satu botol (1.5 liter) air aiskrim soda
2 sudu besar sirap ros
1 cawan susu pekat
2 sudu besar biji selasih (basuh, toskan, dan kemudian rendam selama setengah jam untuk betul-betul kembang)

Caranya:
Masukkan semua bahan di ats ke dalam bekas air (ke dalam periuk, baldi pun boleh...). Masukkan ketulan ais secukupnya (mengikut kehendak peminumnya). Dan....boleh la nak ngup, nguuup...

Nota:
Naper dipanggil air bandung? Kalau nak dikatakan berasal dari Bandung, Indonesia, rasanya, saya tak pernah jumpa air sedemikian di sana.... (Psssssssst........., kat Bandung tu mungkin kita pakat-pakat perkenalkan "Air Baling", atau "Air Gua Musang", boleh?)

Apr 7, 2011

Penyengat

Sekitar jam 7.40 pagi 7 April 2011, seperti biasa saya meletakkan kereta di tepi pejabat/ofis/kantor saya. Ia terletak berhampiran satu perdu pokok bunga tudung periuk (ixora atau siantan atau jejarum). Selepas keluar dari kereta, saya terpandang satu sarang kecil penyengat (peringat). Ia sejenis lebah, tetapi sifatnya ia tidak menyerang kita (tidak juga boleh menyebabkan kematian manusia), tetapi bersedia menyerang untuk mempertahankan diri, atau dengan kata lain, penyengat ni berprinsip: "JANGAN KACAU KAMI, SEBAB KAMI TAK KACAU KAMU. TETAPI JIKA KAMU KACAU KAMI, KAMI AKAN KACAU-KACAUKAN KAMU!"
Ini la gambarnya...


Dikalangan manusia pun, kita biasa bertemu dengan yang berprinsip seperti di atas...

Nota:
Kalau nak bunuh penyengat ni, mudah jer (kalau diizikan Allah swt) iaitu dengan memukul sarangnya, membakar atau menyembur bahan kimia pembunuh serangga, TETAPI, kenapa kita beria-ia mahu meghapuskannya? Dia juga makhluk Allah (swt) yang berhak untuk mendiami alam ini dan menikmati kehidupan alam. Lagipun mereka bukan musuh kita.

Lepat Ubi Bertelor Dadar

4 biji kueh lepat ubi kayu (buang kulit daun pisangnya, dan potong lepat tu 3 atau 4 potongan setiap biji lepat)
Sebiji telor (telor ayam)(pecahkan dan ambil kulitnya, ops silap, ambil isinya la wey)(dan kacau rata-rata)
Sesudu majerin

Cara:
Panaskan kuali, masukkan majerin, dan masukkan lepat tadi, letak jangan rapat-rapat antara satu sama lain, dan kemudian siramkan telor tadi ke setiap lepat tu. Tunggu hingga garing sedikit, dan angkat. Boleh la kalu nak ngap...

Apr 6, 2011

SLIDES on "Force Majeure Clause" (and Frustration)










Force majeure: Definition
Elements
Relations
Frustration
Impossibility to perform
Examples of frustration
Results
In Agreement

Singgang Bendi

10 biji bendi (bukan brendi la wey...)
1 keping asam gelugor
2 sm lengkuas (kalau boleh, yang muda)(dimayang halus)
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
5 ulas bawang putih (dimayang halus)
Garam (secukup rasa)

Caranya:
Masukkan semua tadi ke dalam periuk, masukkan segelas air. Tunggu sehingga masak (jangan terlalu lama sebab kacang bendi akan terlalu layu, tak sedap). Boleh juga dimasukkan satu sudu budu.