EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Jul 17, 2011
Berkongsi Ilmu 21: Kursus Pengurusan Tatatertib MPK
Pada 23-25 Jun 2011, bertempat di Nilai Springs Resort, Nilai, Negeri Sembilan, saya menjalankan ceramah/kursus "Perundangan Pengurusan Tatatertib Untuk Ketua Jabatan dan Pegawai Majlis Perbandaran Klang" untuk seramai lebih 30 orang. Sambutan amat menggalakkan dan ada perbincangan hangat yang dikemukakan. Alhamdulillah...
Orang Beri...
Pepatah ada menyebut...
"ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA
ORANG MEMBERI, KITA MERASA"
Tepat la tu...
Pada pagi jumaat 15 Julai 2011, Profesor Ir Dr Mahayuddin Ramli, Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM menyampaikan kepada saya SIJIL PENGHARGAAN PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010. Terima kasih kepada Penilai Pertama (Dr Abdul Hamid) dan Penilai Kedua (Prof Ir Dr Mahayuddin).... Terima kasih daun keladi.....he he he...

Dan, hadiah iringannya adalah sebuah jam tangan....
Alhamdulillah...rezeki la tu.. Sebenarnya saya baru berkira-kira nak membeli jam baru, bagi menggantikan jam yang sedang dipakai sekarang, yang juga dihadiahkan oleh USM pada tahun 2005 (juga saya pakai bagi menggantikan sebuah jam tangan yang dihadiahkan oleh Kesedar Perkilangan Sdn Bhd pada tahun 1997). Asyik pakai jam free jer... Rezeki jangan ditolak, kan? Tahun 2009 pun saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang USM, tetapi tak ler pulak dapat hadiah jam...emm, kalau dapat, tentu saya berjam-jam memilih jam untuk memakai jam.....he he he..
Dalam tahun 2010 pun saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (bagi perkhidmatan tahun 2009), USM... Selain Sijil, ada juga hadiah iringan....he he.. Alhamdulillah...
Dalam tahun 2005 pun saya mendapat Hadiah Sanggar Sanjung USM.... Pun ada hadiah iringan..ehemmm
Dalam tahun 2002 pun saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (bagi perkhidmatan tahun 2001) USM. Ha, yang ni saya mendapat banyak hadiah iringan, termasuk hadiah wang bersamaan sebulan gaji, sijil simpanan premium, jam tangan, piala, pergerakan gaji melintang... Alhamdulillah...
Terima kasih USM. Ini membuatkan saya sayang USM (walaupun pernah "dipinang" oleh universiti lain, dan saya menolak dengan baik), dan "segan" dan "takut" jika mutu perkhidmatan saya menurun...
"Ya Allah, semoga kamu membantukan mempermudahkan urusan ku dan memberikan ku ilmu yang banyak dan berguna, dan mempermudahkan dalam melaksanakan amanah yang USM berikan kepada ku, dan aku dilindungi daripada sifat bongkak, riak dan takabbur. Ya Allah, semoga rezeki ku melimpah ruah, dan daripada sumber yang halal dan dapat dijustifikasikan. Aaamiin...."
Ops, lupa nak rakamkan terima kasih saya kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), sebuah agensi Kerajaan Persekutuan (kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar), terutama kepada Tuan Haji Mohamad Nor Abdullah dan juga Pengurus Besar pada masa tersebut (iaitu Tuan Haji Abdullah Haji Hassan) kerana saya di anugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2005 (bagi perkhidmatan tahun 1984). Terima kasih KESEDAR (walaupun saya telah berhijrah ke USM)
"Adil dan Saksama" Dalam Menghukum Penjawat/Kakitangan
Pembelaan:
Faktor-faktor yang Boleh Memberatkan Hukuman:
Faktor-faktor Yang Boleh Meringankan Hukuman
Faktor-faktor Yang Tidak Boleh Diambil Kira
Adakah Majikan Yang Mencetuskan Kejadian Salah Laku?
Majikan Yang Cuai!
Hukuman Tatatertib Sebagai Instrumen Terakhir:
Muridku bernama MUHAMMAD RIDHWAN...
Salah seorang murid saya bernama Muhammad Ridhwan bin Jamal Abd Nasir. Saya mengenalinya semenjak saya mula mengajar beliau dalam matapelajaran Undang-undang dalam tahun 2007 semasa beliau dalam tahun 2 peringkat ijazah pertama. Beliau seorang yang baik--rajin hadir kuliah, rajin membuat tugasan, dan berakhir dengan mendapat Gred Purata Kumulatif yang tinggi bagi ijazah pertamanya. Selepas itu beliau datang berjumpa saya meminta nasihat untuk menyambung belajar diperingkat sarjana (MSc Pengurusan Projek). Setelah itu, saya juga yang menjadi salah seorang Penyokongnya (bagi disertakan dengan Borang Permohonan menyambung pelajaran). Setelah itu, beliau dapat menyambung pelajaran diperingkat sarjana. Saya juga yang kemudiannya menjadi salah seorang pensyarahnya dalam bidang undang-undang (Legal Environment, Case Study 1 dan 2), dan saya jugalah yang beliau cari untuk menyelia tesisnya.
Dia seorang yang rajin dan patuh--apabila ada sesuatu masaalah dalam pengajiannya, beliau akan menghubungi saya, atau datang berjumpa. Dia rajin dalam melaksanakan pelajarannya, termasuk menyiapkan tesis seperti yang saya cadangankan (daripada aspek isi dan kemajuannya). Apabila saya mengarahkannya berjumpa untuk membincangkan tesis (atau menetapkan bersama tarikh perjumpaan), beliau akan muncul seperti tarikh dan jam yang dijanjikan, termasuklah jika hari itu adalah hari minggu. Jika beliau tidak dapat datang kerana sebab-sebab tertentu, termasuk tidak sihat atau kerana bekerja (dia bekerja sambilan, sambil belajar), dia akan menghubungi saya memohon maaf, dan tarikh baru akan ditetapkan.
Saya masih ingat tentang sifat beliau menghormati saya sebagai gurunya. Setiap kali datang berjumpa saya, dia akan mengetuk pintu, kemudian memberikan salam dan kemudian akan berdiri sekejap dan kemudian baru duduk, dan bersedia dengan bahan yang akan dibincangkan. Apabila semuanya selesai, beliau akan menghulurkan tangan dan bersalaman dengan saya (sambil membongkokkan badan dan mencium tangan saya)(Seingatan saya, saya sendiri melakukan begitu cuma apabila bersalaman dengan ibu saya, dan semasa kecil dahulu semasa bersalaman dengan guru mengajar al-Qur'an). Bahasa yang digunakan oleh Ridhwan ini juga santun, lembut dan bersifat "meraikan". Dia seorang murid yang saya selalu ingat, dan menganggap beliau seperti anak sendiri. Namun mengikut salah seorang kawannya, kadangkala dia memandu/menunggang laju...he he...(saya sendiri pun, masa muda dahulu, memandu laju, tetapi tidak la sampai, "laju macam pelesit"). Setelah tamat pelaksanaan tesisnya, saya dan Penyemak Kedua tesis tersebut memperakukan beliau mendapat markah "A". Mengikut jadual, beliau akan berkonvokesyen menerima Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Projek) USM pada September 2011.
Pada 12 Julai 2011, jam 11:55:54 malam, satu sms sampai ke telefon saya. Pada masa itu saya sudahpun terlelap, keletihan, sebab sudah 2 hari (pagi dan petang) saya berdiri memberikan ceramah di kampus USM Cawangan Kelantan, di Kubang Keriaan, Kelantan. Saya membuka kotak mesej, dan tertulis seperti berikut:
"Salam pm..bekas pelajar master pm,muhamad ridwan dah meninggal krn kemalangan..takziah kepada keluarganya dan al-fatihah kpd arwah.. "
Saya mengucapkan., Innalillahiwa inna ilaihirooji'uun.......dan terus menalipon Mohd Zuhaidi (sahabat karib Ridhwan, yang juga murid saya). Zu mengesahkan berita di dalam sms yang dikirimkannya, dan katanya kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.15 pagi, isnin 11 Julai 2011, di persimpangan susur keluar Bertam, Pulau Pinang, semaa Ridhwan pulang daripada bertemu keluarga tunangnya di Perak, dan dia bergegas pulang ke rumahnya di Bertam Perdana, sebab pada pagi isnin itu dia kena pula ke tempat kerjanya. Zu juga berkata, Ridhwan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah apabila beliau yang sedang menunggang motosikal telah terlangar belakang sebuah lori.
Terdiam saya sekitar satu jam, dan dalam air mata yang tergenang, saya berkata,
"Ridwan, saya halalkan Ridhwan atas ilmu yang saya berikan dan segala yang saya berikan, dan saya memaafkan segalanya... Kamu anak yang baik... Semoga Allah memberikan perlindungan yang terbaik untukmu... Aamiin...."
Begitulah, "Tiada Yang Kekal", melainkan Allah...

Jul 15, 2011
Berkongsi Ilmu 20: Ustaz Azhar
Ini adalah potret Ustaz Azahar Hashim (saya ambil daripada kaca tv pada 17 Mei 2011) yang memberikan kuliahnya dalam siri TURATH ULAMA pada Selasa 17 Mei 2011 di TV1 jam 6-6.30 petang. Saya amat mengkagumi beliau yang tinggi ilmunya, amat wara', sentiasa tersenyum dan tenang semasa menyampaikan ilmu agama, termasuk menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau. Semoga Allah (swt) memberkati hidup beliau, damai hatinya dan diberikan setinggi-tinggi kesejahteraan dunia dan akhiran. Aamiiin....
Semoga nyanyian-nyanyian berikut sedikit sebanyak menginsyafi dan meningatkan kita kepda Allah SWT
Berkongsi Ilmu 19: Kursus Perundangan Pengurusan, USM
Pada 11-12 Julai 2011, bertempat di Dewan Persidangan Utama, Kampus USM cawangan Kelantan, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, saya menjalankan ceramah/kursus "Perundangan Dalam Pengurusan" untuk seramai 30 pegawai USM semua cawangan. Sambutan amat memuaslan dan banyak perbincangan yang dikemukakan. Alhamdulillah...
Jul 7, 2011
Berkongsi Ilmu 18: Retreat Tatatertib MPOB 1
Pada 28-29 Jun 2011, bertempat di bertempat di Dewan Sawit, Ibupejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bangi, Selangor Darul Ehsan, saya menjalankan ceramah/kursus "retreat" Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 Siri 1, untuk pegawai-pegawai kanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Sambutan amat menggalakkan dan banyak perbincangan berlaku, dan mereka ini semuanya ramah, berhemah dan intelektual. Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)