Feb 3, 2012

Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 4

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar SANTAI-SANTAI BERSAMA AHLI KELUARGA saya yang kebanyakannya daripada Selatan Thailand. Saya ada 2 kakak di sana, dan kebanyakan orang yang kelihatan di dalam gambar-gambar ini adalah sama ada kakak, abang ipar, anak-anak saudara, cucu-cucu saudara, dan ada yang dah bertaraf  "cicit saudara", he he he.. Mesra dan meriah sungguh hari tu.. Maklum la, lama kami tak bersua muka...










Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 3

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar PENGANTIN (MEMPELAI), SET PERSANDINGAN dan DULANG HADIAH. Semoga anak saudara saya (yang perempuan) dan pasangannya ini kekal berkeluarga, mendapat anak-anak yang baik-baik, murah rezeki, dan rukun damai...




Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 2

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar MAKAN KENDURI.. Lauk, ulam, sambal dan sayur banyak jenis, sedap-sedap pulak tu... Best....








Kenduri Kahwin Di Kg Temesu, Weng, Thailand 1

Pada sabtu 28 Januari 2012, kami sekeluarga pergi makan kenduri perkahwinan anak saudara saya (anak kakak saya) di Kg Temesu, Weng, Selatan Thailand.

Di bawah ini gambar-gambar PERSEDIAAN KENDURI yang dibuat secara gotong royong sepenuhnya. Penglibatan jiran, saudara-mara amatlah baik.





Tanggungjawab sebagai Penjawat/pekerja

Kita sebagai penjawat (kerajaan/badan berkanun) atau staf swasta, mempunyai tanggungjawab MEMBERIKAN PERKHIDMATAN/MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BAIK DAN PENUH SETIA KEPADA MAJIKAN



Feb 2, 2012

Di Selatan Thailand

Pada sabtu 28 Januari 2012, saya dan ahli keluarga telah ke selatan Thailand, dengan kenderaan sendiri, menggunakan laluan Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, dan Buketa, Weng, Thailand. Gambar-gambar berikut mempunyai ceritanya yang tersendiri...







Kenduri Kahwin

Pada 23 Januari 2012, satu keluarga di Taman Perumahan JPN 1, Bandar Baru Gua Musang, Kelantan, mengadakan jamuan walimatul urus (kenduri perkahwinan). Saya kagum dengan situasi yang santai, tak ada nampak rasmi, tanpa kasta (sebab ada kenduri yang pernah saya hadiri yang "memisahkan" meja VIP dan meja  kumpulan marhain, dan waktu yang berbeza, menu makanan pun berbeza...terguris hati, kan?), dan mesra antara semua hadirin. Dapat juga bertemu rakan lama.