Ini gambar yang sempat say rakam semasa dalam perjalanan menyusur jalan utama Kota Tebing Tinggi-Kota Permatang Siantar, Sumatera Utara. Indonesia, pada pagi 25 April 2013. Apapun, kita sama-samalah berdoa agar kemalangan yang serupa tidak berlaku kepada kita (walaupun kemalangan yang hampir serupa telah saya alami sendiri semasa berumur 18 dahulu, tetapi alhamdulillah kami semua selamt, kecuali kakak ipar saya kehilangan rantai leher yang diragut seseorang semasa ramai orang datang "melihat" kami...)
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Apr 28, 2013
Solat Jumaat 26 April 2013 Di Masjid Taqwa Parapat
Ini saya bergambar bersama 3 sahabat di hadapan Masjid Taqwa di parapat, Danao Toba, Indonesia. Saya dan beberapa sahabat sempat bersolat Jumaat pada 26 April 2013 di masjid ini. Masjidnya tidak la besar, dan saya agak ia cuma dapat memuatkan sekitar tak lebih 500 jemaah di ruang utamanya.
Nak dijadikan cerita, saya berada di saf kedua. Semasa semua jemaah berdiri untuk memulakan solat, saya perasan terdapat ruang kosong di kiri saya, dan oleh kerana memikirkan lebih afdhal makmum "memberatkan" ke kanan saf, maka saya memegang perlahan pergelangan tangan makmum di kiri saya untuk merapatkan saf,... tetapi saya terkejut juga kerana dia pula yang kemudiannya memegang kiri saya dengan agak kuat dan menarik saya supaya berada di sisnya....
Apapun, saya maafkan dia atas "kekesarannya" itu..... Itu cuma sedikit pengalaman bermusafir.... Banyak lagi dugaan yang lebih besar, kan? Yang penting, ingatkan diri sendiri dan para sahabat kita agar jangan tinggalkan solat, walau di mana kita berada, dan pohonlah pertolongan Allah setiap masa....

Mar 27, 2013
Tak reti BAHASA
Untuk makluman, biasanya setiap kali sebelum khutbah jumaat di suatu institusi, akan ada pemberitahuan bahawa, antaranya, "....kawasan.... ini adalah bebas tembakau. Jadi LARANGAN MEROKOK TELAH DIKUATKUASAKAN. SESIAPA YANG INGKAR, AKAN DIAMBIL TINDAKAN..."
Pada 13 Mac 2013, sekitar jam 1.50 petang, saya rakam gambar ini di sebuah tempat makan yang terletak di dalam kawsan larangan merokok tersebut... dan saya pun "mengambil tindakan" iaitu dengan merakam gambar berikut....
NOTA:
"Orang" ini sedang menghisap paip... Perhatikan asap paip berkepul-kepul keluar, dan terdapat tanda LARANGAN MEROKOK YANG TERPAPAR DI HADAPANNYA . ADAKAH DIA NI TAK RETI BAHASA, ATAU DIA TERLEBIH RETI BAHASA KERANA DIA TAK MENGHISAP ROKOK, TAPI MENGHISAP PAIP????

BAHAGIAN
lV
LARANGAN MENGENAI
MEROKOK
Tempat dilarang
merokok
11. (1) Tiada seorang
pun boleh merokok—
(a) di dalam mana-mana
pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau
kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam;
(b) di dalam mana-mana
hospital atau klinik;
(c) di dalam mana-mana
lif atau tandas awam;
(d) di dalam mana-mana
tempat makan atau kedai berhawa dingin;
(e) di dalam mana-mana
kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam;
(f) dibatalkan (P.U. (A) 64/2012) ;
(g) di dalam mana-mana
lapangan terbang;
(h) di dalam mana-mana premis kerajaan;
(i) di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti
perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian;
(j) di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan
tinggi;
(k) di mana-mana kawasan
di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak;
(l) di dalam mana-mana
bas sekolah;
(m) di mana-mana tingkat
yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua;
(n) di dalam mana-mana
kompleks membeli-belah;
(o) di mana-mana kawasan
di dalam suatu stesyen minyak;
(p) di mana-mana kawasan
di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium;
(q) di dalam mana-mana
bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan;
(r) di mana-mana kawasan
di dalam suatu perpustakaan; atau
(s) di mana-mana kawasan di
dalam suatu kafe internet.
(2) Walau apapun
subperaturan (1), Menteri boleh, apabila permohonan dibuat, meluluskan
mana-mana kawasan sama ada secara tetap atau bagi tempoh yang ditentukan
olehnya sebagai kawasan merokok.
(3) Mana-mana orang
yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Peraturan 2
“merokok” ertinya
menyedut dan menghembus asap apa-apa hasil tembakau
dan termasuklah
memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa hasil
tembakau yang
bernyala
“premis kerajaan”
ertinya mana-mana premis yang dimiliki atau dihuni oleh
Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri
Feb 26, 2013
Kuah Dal
Salah satu makanan kegemaran saya adalah coti canai (kosong atau bertelor)(bukan roti canai tu bertelor, yakni mengeluarkan telor, tapi roti canai tu dimasukkan telor semasa hujung sesi pencanaiannya sebelum digoreng).....
Salah satu kuah yang saya amat minat semasa makan roti canai adalah kuah dal (dhal)(bukan dhab, he he he..). Kalau nak makan roti canai, kena la pergi ke kedai/warung roti canai, kan? Tapi, kalau malas nak pergi, boleh juga beli roti canai segera dan masak/goreng sendiri.
Masaalahnya, macam mana nak dapatkan kuah kegemaran, kacang dal???? Tak kan nak pergi ke kedai roti canai dan,..."Nak beli kuah dal, boleh, mamak?"
Jadi, macam mana nak selesaikan masaalah ni? Emm, buat sendiri la wey...
Semalam, 25 Februari 2013, saya belajar buat kuah dal sendiri daripada seorang "Mami"... Ha, ni la resepinya...
Bahan-bahan dan caranya:
Kacang dal (dibasuh) dan direbus dengan sedikit serbuk kari ikan dan kunyit.
Bawang merah (dimayang halus), bawang putih (dimayang halus), halba campur, dan daun kari ditumis dengan sedikit minyak. Boleh juga dimasukkan cili kering yang dipotong besar. Kemudian masukkan bahan tumis ini ke dalam rebusan dal tadi. Masukkan sedikit gula dan garam.
Boleh ditambah dengan ubi kentang, terung dan lobak merah.
Saya dah buatnya malam tadi. Emmm...sedaaap...
Anakanda abah dengan gelaran "Abang Cik" yang suka memasak tu, nak cuba?
Ni gambarnya...

Feb 24, 2013
Ada apa di sebaliknya?
Cuba perhatikan 2 gambar berikut, dan perkataan-perkataan yang digunakan... Saya rakamkan 2 gambar tersebut di sebuah sekolah menengah di Kedah. Apa yang anda faham? Tentu ada sesuatu yang nak disampaikan, kan?
Kenduri Kahwin
Pada 23 Februari 2013, saya menghadiri kenduri perkahwinan anak seorang sahabat saya, seorang pensyarah USM, sdra Roslan Talib di Kg Kota Aur, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Emm, meriah juga kenduri ni.... Maklum la, diadakan di kampung, kan? Best sangat nampak suasana kenduri tu.., TAHNIAH....
Feb 22, 2013
Berkongsi Ilmu 57: Kursus/Bengkel PENYELIAAN EFEKTIF
Pada 20 November 2012, saya mengendalikan kursus/bengkel "PENYELIAAN EFEKTIF" untuk sekumpulan panjawat USM. Alhamdulillah kursus/bengkel ini berjalan lancar dan peserta memberikan respon yang amat mengalakkkan. Semoga "Majilis Ilmu" pada hari tersebut dapat disebarluas dan dimanfaatkan dalam urusan rasmi dan famili. Jumpa lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)