Berikut gambar-gambar sebahagian pelajar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM yang mendapat Anugerah "Sijil Dekan" atas kecemerlangan akademik (mendapat GPK 3.50 ke atas) pada petang 16 Disember 2013:
TAHNIAH kepada semua mereka. (TAHNIAH juga kepada Kak Lang, Nur Izzatul Asyqem, anak abah tu, yang setakat ni, setiap semester mendapat Anugerah yang serupa, he he he...)
Apapun, seperti nasihat Dekan, Prof Madya Dr Aldrin Abdullah, "...kita juga mesti cemerlang dalam sahsiah diri, kemahiran perhubungan sesama dan antara manusia, dan lain-lain..."
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Dec 17, 2013
Dec 16, 2013
Abang Ngah Kahwin...
Pada jumaat, malam sabtu 13 Disember 2013 (10 Safar 1435) berlangsung Majlis Akad Nikah anak lelaki saya (Abang Ngah)(Luqman Nulhaqem) dengan Norhasliza Ramli, di Jengka 24, Pahang. Alhamdulillah akad nikah tu lancar (sekali sebut jer lafaznya..), he he he..
a. Rombongan pengantin lelaki
c. Ahli keluarga pengantin perempuan
PESAN ABAH:
SETELAH BERGELAR SUAMI-ISTERI TU, KENA BANYAK SABAR, KENA BANYAK BERUNDING, KERAPKAN SOLAT BERJEMAAH (Abang Ngah menjadi imam), SAMA-SAMA BERUSAHA GIGIH DAN TABAH MENCARI REZEKI YANG HALAL. BERDOALAH SETIAP MASA AGAR MENJADI KELUARGA YANG TERBAIK (DUNIA DAN AKHIRAT). Aamiiin....
a. Rombongan pengantin lelaki
b. Urusan Akad nikahnya
c. Ahli keluarga pengantin perempuan
PESAN ABAH:
SETELAH BERGELAR SUAMI-ISTERI TU, KENA BANYAK SABAR, KENA BANYAK BERUNDING, KERAPKAN SOLAT BERJEMAAH (Abang Ngah menjadi imam), SAMA-SAMA BERUSAHA GIGIH DAN TABAH MENCARI REZEKI YANG HALAL. BERDOALAH SETIAP MASA AGAR MENJADI KELUARGA YANG TERBAIK (DUNIA DAN AKHIRAT). Aamiiin....
Dec 13, 2013
Ceramah Anjuran Setiausaha Kerajaan Kelantan: "Kemiskinan Bandar"
Berikut gambar-gambar Seminar Pembangunan Tanah anjuran Pejabat SUK Kelantan dan Persatuan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kelantan yang diadakan pada 9 Disember 2013 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Saya menyampaikan ceramah dan diskusi,
"KEMISKINAN
& PEMBANGUNAN BANDAR: PERSPEKTIF
PEMILIKAN HARTA"
Dec 12, 2013
Kenduri Kerana Berkhatan
Gambar ini diambil pada 8 Disember 2013 di sebuah Kampung Bintung, dekat Kangar, Perlis. Musim cuti sekolah ni, ramai la budak lelaki yang kena "sembelih", ops, dikhatankan..he he he.. Mesti "kena" la acara tu seorang sekali (pssst, termasuk saya)... Tapi, ada pula la dibuat kenduri... (walaupun yang makan kenduri tu tak ler termasuk budak yang dikhatankan...)
Tandas VIP?
Berikut adalah gambar menunjukkan satu tandas di satu masjid yang dikunci, yang dikhaskan untuk VIP. Dengan melihat keadaan tandas, VIP mana yang sudi masuk ke tandas dan kemudian menggunakan tandas tersebut? Atau....perkataan "VIP" tu, bermaksud apa?
Dec 3, 2013
Di Sempadan Kelantan-Thailand
Gambar-gambar berikut saya ambil pada 6 November 2013 di beberapa lokasi sempadan Kelantan-Thailand. Gambar-gambar ini menceritakan, mempunyai versi, terdapat kesan, dan perlukan tindakan, dalam banyak perkara. Tafsirkan sendiri...
YANG MANA SATU?
Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga
Bagai Melepaskan Batok Di Tangga
Bagai Melepaskan Betok Di Tangga
“Betuk” adalah nama lain bagi ikan puyu (anabas testudineus).
“Batuk” adalah mengeluarkan nafas dari para-paru dengan
keras dan bising bunyinya (Kamus DBP).
“Batok” pula adalah sejenis perkakas penceduk yang diperbuat daripada
tempurung kelapa. Pada dahulu kala, menurut adat orang Melayu, sebelum seseorang
naik ke atas rumah, orang berkenaan akan membasuh kaki dulu menggunakan air
dari satu bekas bernama tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari
tempayan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
