May 11, 2014

KUAH, LANGKAWI: FERI PENUMPANG HILANG... IDENTITI PENUMPANG TIDAK DAPAT DIKENALPASTI...!!!!

Tajuk di atas hanyalah gimik sahaja... Namun ia mungkin menjadi kejadian sebenar atas beberapa faktor:
1. Tiada senarai penumpang feri yang disediakan, sama ada di Kuah, atau di Kuala Perlis;
2. Tiada pemeriksaan keselamatan barangan dan penumpang yang akan menaiki feri. Yang ada cuma pemeriksaan kastam (itu pun bagi sebahagian penumpang dari Kuah); dan
3. Terdapat feri yang tiada CCTV di dalam feri (kecuali sebuah dua).
Perhatikan gambar-gambar berikut yang saya ambil pada pagi 12 April 2014 di Kuah, Langkawi dan di atas feri...












May 9, 2014

Kenangan Hampir Tamat Sesi Pengajian

Pada khamis 8 Mei 2014, semasa memulakan sesi kuiz, saya sempat bergambar kenangan dengan sebahagian pelajar saya yang mengambil kursus Undang-undang Binaan... Hujung bulan Mei ni, tamatlah sesi pengajaran saya bersama mereka... Selamat maju jaya...




May 5, 2014

Suatu Pagi, Seekor Burung, Satu Kenangan Kehidupan...

Pada awal pagi, sekitar jam 7.15, 22 April 2014 (22 Jamadil Akhir 1435), saya menuju ke pintu pejabat saya... dan saya ternampak seekor burung berada berhampiran pintu itu..


Selepas saya keluar dari bilik pejabat saya sekitar jam 9.30 pagi, ia masih berada di situ.
Sekitar jam 12 tengah hari, selepas tamat kuliah, saya dapati burung itu masih berada di situ... "Mungkin dia ni tak tahu jalan keluar la kuit...". Bisik hati saya. Saya pun menangkapnya, mengambil gambar ketika ianya berada di dalam genggaman saya. Kemudiannya saya membawanya turun ke luar, ke kawasan lapang di tingkat bawah, dan membuka genggaman saya dan memberitahunya, "Pergi la...ni dunia mu yang sebenar..." Burung ini tidaklah pula terus terbang, tetapi dia merenung muka (menelek) saya seketika, dan setelah berbunyi nyuit nyuit, dia terbang pergi... Dan saya berkata dalam hati, "Selamat jalan..."



Apr 13, 2014

Kursus/Bengkel PERSEDIAAN PERSARAAN

Pada 7-9 April 2014, saya melaksanakan ceramah dan bengkel berjodol PERSEDIAAN PERSARAAN, di Hotel Seaview, Langkawi.
Kursus dianjurkan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia, dan dihadiri oleh para penjawat badan-badan berkanun pelbagai peringkat daripada MKM, KETENGAH, FINAS, TOURISM MALAYSIA, LTAT dan MATRADE.

Modul kursus ini termasuklah yang berikut:
KEPERLUAN "BERSEDIA" SEBAGAI BERSARA 
STIGMA ORANG BERSARA
MENEROKA DIRI
MENEROKA MELALUI 4M DAN 4W1H
MENMANFAATKAN "MASA" YANG BERBAKI
PENGURUSAN KESIHATAN DAN KEWANGAN
BERTINDAK DENGAN MUNASABAH
PENGURUSAN DOKUMEN PERSARAAN DAN DIRI
PESANAN-PESANAN KHUSUS APABILA BERSARA




  






Mar 10, 2014

HIKMAH "KEMARAU"

Apabila berhadapan musim kemarau, maka kebanyakan kita, dalam kebanyakan masa, dalam kebanyakan hal dan perkara, akan melihat KEMARAU MENDATANGKAN SERIBU MASAALAH. Kita pun mula merungut..membantah..meluahkan rasa tak puas hati..gelisah, risau.... Namun, PERCAYALAH DAN YAKINLAH bahawa setiap yang Allah (s.w.t.) jadikan MEMPUNYAI HIKMAHNYA yang tersendiri. Musim kemarau juga mempunyai kebaikan-kebaikannya yang tersendiri. Diantaranya adalah seperti berikut:



Pada musim  kemarau, beberapa jenis haiwan akan “bertapa” di dalam tanah demi kelangsungan hidup mereka, dan ini merupakan putaran kehidupan yang mereka perlukan.

Manusia dan kebanyakan makhluk lain akan lebih mudah bergerak dengan selamatnya (berbanding pada musim hujan atau banjir).

Kerja-kerja tanah (projek membina jalan, tapak perumahan) termasuk kerja pembinaan laluan air, empangan, kerja bawah tanah, perlombongan/penggalian bawah tanah yang lebih sesuai dilaksanakan pada musim kemarau.

Beberapa penyakit berkaitan alahan juga akan berkurangan/hilang apabila tibanya musim kemarau.

Pakar pertanian menyatakan bahawa beberapa jenis kajian berkaitan tanaman amat sesuai dilakukan pada musim kemarau.

Kajian di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati apabila tiba musim kemarau, kadar jenayah akan menurun.

Apabila kolam, empangan atau sungai hampir kering akibat kemarau, rezeki dari sumber air (ikan dan sebagainya) akan mudah diperolehi.

Ahli pertanian menyatakan bahawa banyak jenis penyakit berkaitan tanah yang membahayakan tanaman dan manusia serta haiwan akan hilang (terhapus) apabila tanah menjadi kering kontang akibat kemarau. Dengan itu penanaman pada musim berikutnya menjadi lebih baik dan lebih produktif.

Pakar kesihatan (berkaitan manusia, haiwan, tumbuhan) menyatakan bahawa beberapa jenis kajian pengawalan penyakit amat sesuai dilakukan pada musim kemarau.

Rezeki penjual air, aiskrim, cendol, air kelapa, nira, air tebu, dan seumpamanya akan meningkat.

Aktiviti pengeringan (kelapa, daunan  seperti tembakau, herba) dan makanan (ikan dan makanan laut yang lain) akan lebih mudah, cepat dan menjimatkan, serta lebih bagus hasilnya jika dilakukan pada musim kemarau.
 
Musim kemarau memaksa kita pandai menghargai air dan keperluan berjimat. Dengan itu dapat memberikan keinsafan dan rasa syukur betapa pentingnya air.

Musim kemarau juga "memaksa" pokok-pokok tertentu untuk berbunga, dan apabila tiba musim hujan, maka terhasillah buahan (misalnya durian, dokong dan sebagainya)...



 Gambar-gambar di atas dirakam pada awal pagi 10 Mac 2014 (sekitar sebulan kemarau) di dalam kebun di belakang rumah saya. Pokok-pokok kelihatan sedang mengeluarkan bunga dengan lebatnya... Alhamdulillah... petanda awal bahawa tahun ini akan dapat hasil buah-buahan yang banyak (insyaAllah..)

Feb 23, 2014

Hanya Terdapat Di Malaysia

1. Hari cuti perayaan yang terbanyak di dunia, antaranya, di Malaysia;
2. Hanya orang Malaysia yang makan "tahi": Tahi itik (tapi tu sejenis kueh), tahi minyak (pati daripada proses membuat minyak kelapa);
3. Di Malaysia, perayaan yang paling banyak orang main mercun adalah musim Raya Puasa, dan bukan musim Raya Cina, malah musim dalam bulan puasa sebulan pun mereka dah mula main mercun, walhal mercun ni asalnya dari Negara China;
4. Kita biasa minum air bandung. Ia cuma terdapat di Malaysia, dan tidak pun terdapat di Bandung, Indonesia;
5. Di Malaysia, kita ada ORANG ASLI (aborigines), ORANG ASAL (NATIVES), dan pendatang. Hanya di Malaysia yang terdapat komposisi sedemikian;
6. Hanya orang Malaysia yang memandu/menunggang lebih laju jika orang lebih ramai (kerana nak eksyen, menunjuk-nunjuk);
7. Hanya orang Malaysia yang menyebut "Ringgit Malaysia RM10" (dll). Di negara lain, tak ada yang mengulangi sebutan sedemikian;
8. Aiskrim goreng yang sejuk dan dimakan panas, hanya terdapat di Malaysia;
9. Iklan di televisyen yang menwar-warkan jemputan untuk hadir (Pesta, Acara dll) yang sudah pun berlalu, hanya terdapat di Malaysia;
10. Selipar Jepun cuma terdapat di Malaysia;
11.  Hanya di Malaysia yang paling banyak terdapat spesis AYAM: Ayam Belanda, anak ayam, "bapa ayam"," ibu ayam", cakar ayam,  tidur ayam, dan sebagainya, selain pelbagai jenis masakan, termasuk ayam percik;
12. Hanya di televisyen Malaysia, yang pernah ditayangkan SERENTAK di 2 saluran berlainan yang melibatkan seorang individu penting (VIP) dan dinyatakan "SIARAN LANGSUNG", tetapi VIP tersebut memakai baju yang berlainan;
13. Hanya di Malaysia (Semenanjung) yang satu bangsa ni (Melayu) akan pulang beramai-ramai ke kampung, tanpa mengira sama ada Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, Raya Krismas, Vesak, Deepavali...



Feb 18, 2014

Santai selepas akad nikah

Selepas selesai akad nikah Abang Cik (Mustaqem) dengan Ika (Nur Afiqah) pada petang 14 Februari 2014, maka semua yang hadir meraikan detik tersebut dengan acara santai-santai...