Aug 23, 2014

Kursus/Bengkel PEMANTAPAN KEUPAYAAN DIRI

Pada 20-22 Ogos 2014, saya mengendalikan kursus/bengkel PEMANTAPAN KEUPAYAAN DIRI anjuran Peratuan Badan-badan Berkanun Malaysia, bertempat di Hotel Wira, Kuala Lumpur.
 Alhamdulillah kursus/bengkel berjalan dengan amat memuaskan.
Kandungan kursus/bengkel ini termasuklah:


·         Pengenalan, isu, dan keperluan dalam pengurusan diri yang efektif
·         Elemen pengurusan yang lazim dan terkecuali
·         Elemen 4M dengan mengambilkira “tujuan”
·  Aplikasi konsep 4W+1H+1W dalam pengurusan yang relevan dengan undang-undang
·         Aplikasi “masa” dan “tempoh”
·         Had-had bagi tempoh dan bidangkuasa mengurus
·         Penurunan dan perwakilan kuasa mengurus
·         Pengurusan dokumen (penandatanganan, penyimpanan dan kerahsiaan)
·         Elemen “makan diri”
·         Munasabah & Budibicara

Berikut gambar-gambar sekitar kursus/bengkel tersebut:








 

Jul 30, 2014

Memijak Ayat-ayat Suci Al-Qur'an?

Berikut gambar dan video sekeping sejadah panjang yang dihampar pada saf pertama di Masjid Bandar Baru Gua Musang (Masjid Tengku Faris Putra), Kelantan. Cuba perhatikan betul-betul, dan perasankah terdapat tulisan jawi yang banyak pada dua jalur (atas dan bawah)? Saya dapat membaca beberapa daripadanya yang mengandungi kalimah "Allah". Jika ini benar, maka ramai makmum dan imam yang memijak-mijaknya setiap waktu solat....
Sesuatu perlu dilakukan oleh seseorang/badan bagi menangani perkara di atas.




Berhari Raya Puasa Di Gua Musang

Berikut gambar-gambar kemeriahan 1 Syawal 1435 Hijrah ((28 Julai 2014) di rumah saya di Gua Musang, Kelantan. Ahli keluarga saya pun dah bertambah lagi 2 orang (dapat dua menantu perempuan). Maka raya pun makin meriah...











Jun 24, 2014

Selamat Berjaya.. TQ

Pada jam 5 petang 23 Jun 2014, para pelajar Sarjana Sains Pembanguna Pelancongan PBP USM mengadakan jamuan petang perpisahan dan meraikan sesama mereka dan mengucapkan terima kasih kepada para guru. Namun cuma 4 pensyarah dan 10 pelajar yang dapat hadir... Apapun "Selamat Berjaya, dan Terima Kasih..."





Jun 12, 2014

Kenduri Perkahwinan di Bandar Gua Musang

Semasa pulang ke Gua Musang, pada 7 Jun 2014, sempat juga saya memenuhi jemputan walimatul urus perkahwinan salah seorang anak bekas anak buah saya. Bagus dan nampak rasmi la yer majlis ni, yang diadakan disebuah resort di Bandar Lama Gua Musang.



May 29, 2014

Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik 2014

Pada 28 Mei 2014, bertempat di Hotel Traders, Pulau Pinang, pihak Agensi Nuklear Malaysia mengadakan Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik 2014. Saya diminta menyampai satu slot ceramah berjodol "MEMBANGUNKAN BUKU". Sekitar 70 peserta pelabagai agensi dan taraf jawatan menghadiri Seminar ini. Alhamdulillah"MajlisIlmu" yang saya kendalikan berjalan amat baik.






May 24, 2014

Mahkamah Makanan????

Mahkamah Makanan...

F

FOOD COURT = MAHKAMAH MAKANAN.
Betul la tuuuu... Tafsiran harafiah, tanpa roh bahasa...
Oh Malaysia ku....