Aug 24, 2014

Para Sahabat Sekolah Menengah Teknik, Kuantan Tahun 1972/73

Berikut adalah gambat terkini tahun 2014 (dan beberapa gambar lama) Para Sahabat Sekolah Menengah Teknik, Kuantan Tahun 1972/73. Jika ada maklum balas, harap hubungi saya...
Semoga sahabat semua sihat sejahtera, dipermudahkan Allah dalam segala perkara dan dirahmatiNya:





























Dua gambar di atasL Kiri: Yusof Khadidi dan tengah, Hanafi. Gambar dirakan pada 3 Mac 2015 di Ipoh


Aug 23, 2014

Kursus/Bengkel PEMANTAPAN KEUPAYAAN DIRI

Pada 20-22 Ogos 2014, saya mengendalikan kursus/bengkel PEMANTAPAN KEUPAYAAN DIRI anjuran Peratuan Badan-badan Berkanun Malaysia, bertempat di Hotel Wira, Kuala Lumpur.
 Alhamdulillah kursus/bengkel berjalan dengan amat memuaskan.
Kandungan kursus/bengkel ini termasuklah:


·         Pengenalan, isu, dan keperluan dalam pengurusan diri yang efektif
·         Elemen pengurusan yang lazim dan terkecuali
·         Elemen 4M dengan mengambilkira “tujuan”
·  Aplikasi konsep 4W+1H+1W dalam pengurusan yang relevan dengan undang-undang
·         Aplikasi “masa” dan “tempoh”
·         Had-had bagi tempoh dan bidangkuasa mengurus
·         Penurunan dan perwakilan kuasa mengurus
·         Pengurusan dokumen (penandatanganan, penyimpanan dan kerahsiaan)
·         Elemen “makan diri”
·         Munasabah & Budibicara

Berikut gambar-gambar sekitar kursus/bengkel tersebut:








 

Jul 30, 2014

Memijak Ayat-ayat Suci Al-Qur'an?

Berikut gambar dan video sekeping sejadah panjang yang dihampar pada saf pertama di Masjid Bandar Baru Gua Musang (Masjid Tengku Faris Putra), Kelantan. Cuba perhatikan betul-betul, dan perasankah terdapat tulisan jawi yang banyak pada dua jalur (atas dan bawah)? Saya dapat membaca beberapa daripadanya yang mengandungi kalimah "Allah". Jika ini benar, maka ramai makmum dan imam yang memijak-mijaknya setiap waktu solat....
Sesuatu perlu dilakukan oleh seseorang/badan bagi menangani perkara di atas.




Berhari Raya Puasa Di Gua Musang

Berikut gambar-gambar kemeriahan 1 Syawal 1435 Hijrah ((28 Julai 2014) di rumah saya di Gua Musang, Kelantan. Ahli keluarga saya pun dah bertambah lagi 2 orang (dapat dua menantu perempuan). Maka raya pun makin meriah...