Pada 13 Disember 2014, saya menghadiri majlis kenduri perkahwinan bekas pelajar saya di HBP, USM, iaitu Nur Ahmad Jazlan Mohamad, dengan pasanganya, Nabila, di Batu 1, Jalan Ngulang, Kangar, Perlis. Ramai sungguh saudara mara yang datang...walaupun masa saya sampai dah pun jam 4.30 petang...
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Dec 15, 2014
Dec 12, 2014
Para Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Binaan
Berikut gambar yang saya rakam pada 12 Disember 2014 semasa para pelajar Sarjana Muda Pengurusan Binaan USM menjalani projek studio di bawah kelolaan saya, iaitu RMS303: TASK 4- Law Segment. Wah, nampak ceria, gembira dan santai jer... Mereka ni bagus dan mudah bekerjasama.
Dec 11, 2014
Nasib Penghuni Bergelar "SETINGGAN"
Perkara ini ada dibincangkan dan diputuskan
dalam Sidek bin Mohamad & 461 yang
lain lwn. Kerajaan Negeri Perak dan yang lain [(1982] 1 MLJ 313. Mahkamah
Persekutuan. Rayuan Sivil No 115 tahun 1981. 1 Februari 1982]. Dalam kes
tersebut, Perayu-perayu telah meneroka suatu kawasan yang luas di dalam satu
kawasan hutan. Mereka adalah setinggan, yang kemudiannya sekumpulan setinggan
yang lain turut serta. Terdapat perbincangan diantara setinggan tersebut dan
pegawai Kerajaan Negeri Perak dimana dikatakan bahawa Pengarah Tanah dan Galian
Negeri Perak menyatakan pada awalnya bahawa setiap setinggan tersebut akan
diberikan 5 ekar tanah. Artikel dalam akhbar Utusan Melayu, yang memetik sumber
BERNAMA (Berita Nasional Malaysia), menyatakan bahawa Kerajaan Negeri bersedia
membuka sekitar 10,000 ekar tanah untuk dimajukan oleh setinggan. Kemudiannya
sebahagian setinggan diberikan 3 ekar tanah seorang, namun perayu dan yang lain
tidak berjaya memperolehinya. Perayu-perayu diberikan notis memberhentikan
kerja dan mengosongkan tanah yang dikerjakan. Perayu-perayu mengambil tindakan
undang-undang untuk satu perisytiharan bahawa mereka berhak di bawah ekuiti
sebagai pemilik lot masing-masing yang diterokai, dibuka dan didiami oleh
mereka. Responden memohon untuk
menggugurkan tindakan perayu atas alasan Perayu-perayu adalah setinggan
dan adalah budibicara Kerajaan Negeri sepenuhnya untuk untuk memberimilik
tanah. Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan oleh responden, dan
Perayu-perayu telah mengemukakan merayu.
Dalam menolak permohonan Perayu-perayu, hakim Raja Azlan Shah menyatakan,
antaranya, seperti berikut: Adalah jelas perayu tiada kausa tindakan terhadap
responden dan mereka tidak akan berjaya disebabkan mereka adalah setinggan.
Setinggan tiada hak sama ada di sisi undang-undang atau di bawah ekuiti [Beliau
merujuk keputusan McPhail lwn. Persons Unknown CA [1973] 1 Ch 447, 456] dan
peruntukan seksyen 48 Kanun Tanah Negara 1965. Seterusnya mahkamah turut
menekankan bahawa pendudukan secara haram tanah Negeri adalah suatu kesalahan
di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara, dimana telah termaktub bahawa mahkamah
ekuiti tidak akan sama sekali membantu setinggan untuk menentang suatu arahan
pengambilan yang pemerolehaan itu dibuat secara menyalahi undang-undang [Mahkamah
merujuk keputusan Grafton lwn. Griffin 39 ER 130].
NOTA: Di atas adalah cabutan daripada buku, ABDUL AZIZ HUSSIN. 1996. Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 6-7. Edisi baru buku tersebut akan menyusul dalam tahun 2015, insyaAllah....
Dec 9, 2014
Mi Udang (Udang Mi?) Pulau Sayak, Kedah
Berikut beberapa foto yang saya rakam pada petang sabtu, 6 Disember 2014 di kawasan pelancongan (kawasan berjamu selera dengan menu utamanya Mi Udang (Udang Mi? Kerana banyak sangat udang berbanding mi..he he he..), di Pulau Sayak, Kedah:
Emmm, sedaaaap... Udangnya pun banyak dan segar...
Di belakang adalah Pulau Sayak
Salah satu tempat makan utama di kawasan tepi pantai tersebut
Namun....apa pula yang di bawah ini???????
NOTA:
Harap semua pihak berkaitan, iaitu PENGUSAHA RESTORAN, PENGENDALI TEMPAT REKREASI, PIHAK BERKUASA TEMPATAN, PENGUNJUNG DSB. SEPATUTNYA PRIHATIN DAN BERDISIPLIN DALAM MENJAGA KEBERSIHAN. Ini kerana ia akan berhubungkait dengan penyakit berkaitan sampah, seperti tikus dan lalat. AMAT BERBAHAYA, kan?????
Emmm, sedaaaap... Udangnya pun banyak dan segar...
Di belakang adalah Pulau Sayak
Namun....apa pula yang di bawah ini???????
NOTA:
Harap semua pihak berkaitan, iaitu PENGUSAHA RESTORAN, PENGENDALI TEMPAT REKREASI, PIHAK BERKUASA TEMPATAN, PENGUNJUNG DSB. SEPATUTNYA PRIHATIN DAN BERDISIPLIN DALAM MENJAGA KEBERSIHAN. Ini kerana ia akan berhubungkait dengan penyakit berkaitan sampah, seperti tikus dan lalat. AMAT BERBAHAYA, kan?????
Dec 3, 2014
ISSUES OF INDEMNITY IN ISSUING PERFORMANCE BOND
ISSUES OF INDEMNITY IN ISSUING PERFORMANCE BOND:
Aziz Abdul Hussin, Universiti Sains Malaysia, Penang
Abstract
The exixtence of peformance bond in the construction contact is a must. But, before issuing the said bond, the issuing party (the bank or insurance company) need to be indemnified. There are several issues on this type of indemnity that needs to be highlighted, clarified and resolved. This article discusses the said matters in Malaysian legal perspective and practises.Suggested Citation
Aziz Abdul Hussin. 2009. "ISSUES OF INDEMNITY IN ISSUING PERFORMANCE BOND:" ExpressOAvailable at: http://works.bepress.com/aziz_hussin/1
Dec 2, 2014
Kursus KECEMERLANGAN SEORANG PENJAWAT
Pada 29 Nov hingga 1 Disember 2014, saya mengendalikan satu kursus berjodol KECEMERLANGAN SEORANG PENJAWAT. Kursus ini anjuran Yayasan Berkanun Malaysia (Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia) yang diadakan di Hotel Seaviaw, Kuah, Langkawi. Seramai 11 peserta yang hadir yang tersiri daripada FINAS, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, UPNM, Universiti Malaysia Pahang, dan NSR (National Specialist Register)
Tujuan kursus ini adalah:
Kandungan kursus ini adalah seperti berikut:
Tujuan kursus ini adalah:
- Memahirkan peserta dengan gaya dan teknik pengurusan mantap untuk dirinya dan organisasinya
- Meningkatkan kesedaran betapa pentingnya aspek kecemerlangan dan kewibawaan pada diri dan kesan positif daripadanya kepada organisasi dan Meningkatkan kemahiran dalam beberapa aspek praktis dan teknik mengurus diri dan organisasi yang cemerlang.
Kandungan kursus ini adalah seperti berikut:
· Taklimat Objektif, Keperluan pemantapan keterampilan
diri dan organisasi
· Keperluan Komunikasi Efektif
· Aplikasi Konsep PENTERA
· Aplikasi “Betul masa dan tempat”
· Praktis “munasabah dan budibicara”
· Meneroka ”Tanggapan”
· Plan B
· Analisis ”Logik”
· Analogi dan penanda aras
Berikut gambar-gambar aktiviti kursus:
OBE Baru PPPBP USM
Pada 26-27 November 2017, para pensyarah PP PBP USM melaksanakan penyediaan OBE beberapa kursus baru dan diperbaharui bagi 3 Program baru dan ditambahbaik. Berikut gambar aktiviti tersebut:
Subscribe to:
Posts (Atom)












