Jul 1, 2015

Nafiu Abdullahi: Suasana Bulan Ramadhan Dan Hari Raya Di Nigeria, Dapat anak

Berikut adalah suasana bulan ramadhan 1436 Hijrah di Nigeria, yang dikirimkan oleh pelajar PhD saya, Abdullahi Nafiu Zadawa, yang pulang sekitar sebulan lebih untuk berpuasa bersama famili, sambil melaksanakan pengumpulan data lapangan::








Berikut pula adalah sambutan Eidul Fitri 1436 (2015)





Setelah Nafiu kembali semula ke USM pada 21 September 2015, beliau membawakan saya daging lembu salai, khas dari Nigeria...
Emmm, sedap la juga..rasa sedikit wangi, masin dan pedas. TQ Nafiu...

Berikut gambar Nafiu dan isterinya menghadiri Majlis Kenduri perkahwinan anak lelaki Prof  Dr Abu Hasan, HBP, USM, pada sabtu 16 Julai 2016:


Pada 13 Oktober 2016, Nafiu Abdullahi mendapat cahayamata, lelaki, yang dinamakan ABDULLAH. Alhamdulillah...




Selanjutnya, beberapa hari kemudian, Nafiu mendapat khabar, beliau mendapat kenaikan pangkat di Universitinya. Alhamdulillah..

Ini gambar Abdullah, yang diambil pada 1 April 2017:


Pada 20 Oktober 2018, Nafiu mengirimkan gambarnya diterima sebagai Ahli Institut Ukur bahan Nigeria. Tahniah




Pada 2 Ogos 2019, Nafiu megirimkan gambar berikut kepada saya:




Jun 18, 2015

Bantuan Mangsa Banjir Dan Miskin Pusingan Ke-2

Pada 13-15 Jun 2015, saya dan isteri menyusur beberapa petempatan sekitar Bandar Lama Gua Musang, Kelantan, bagi menyampaikan wang zakat dan derma serta buah kurma yang merupakan amanah daripada beberapa pensyarah USM Pulau Pinang. Petempatan yang dikunjungi adalah Kampung Baru Kundur, Batu Papan, RPT Sungai Terah, Jalan Kesedar Inn, Kampung Kerinting, Taman Wangi dan Kampung Melayu. Sasarannya adalah keluarga yang masih daif yang merupakan mangsa banjir akhir tahun 2014 dan juga keluarga daif miskin. Diharapkan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit dan menceriakan mereka dalam menyambut Ramadan dan Hari Raya nanti. Ini merupakan pusingan kedua oleh saya dalam melaksanakan aktiviti yang serupa pada tahun ini.






May 25, 2015

Bunga angsana



Pohon angsana atau nama saitifiknya pterocarpus indicus juga dikenali di Indonesia dengan nama asan, hason, langsano, babaksana, nara, lana, dan linggua. Negara Perancis menyebutnya sebagai santal rouge, amboine, Filipina menamakannya apalit, Thailand dengan nama pradu, Laos menyebutnya chan dêng, Myanmar memanggionya padauk, sena, ansanah, dan nama Inggerisnya adalah Malay padauk, red sandalwood, amboyna.  
Namun apa yang saya hendak bangkitkan di sini hanya berkaitan bunga angsana sahaja.
Ini bunga semasa ia baru luruh:

Nampak cantik, menghampar bumi, ibarat sekeping permaidani.
Namun, apabila ia kering, ia menjadi seperti berikut:



Ia menjadi hitam, mereput, dan jika kena hujan ia menjadi seperti satu lapisan krim atau gris atau lumut. Ia amat membahayakan kenderaan yang memijaknya, terutama di selekoh (dan lebih la memberhaya jika dipandu secara gopoh dan laju). Jika dibiarkan di bangku, maka ia amat mengotorkan pakaian...
Jadi, keputusan kita: nak biarkan ia menebari bumi selepas berguguran? Atau nak dibersihkan ia? Mana yang lebih banyak: kebaikan atau keburukan?
APAKAH DILEMA KEWUJUDAN BUNGA ANGSANA INI JUGA MERUPAKAN SATU LAGI MANIFESTASI KEWUJUDAN SEBAHAGIAN INSAN BERGELAR "MANUSIA"?

May 15, 2015

Majlis Sambutan Menantu Azizah & Masoud

Berikut suasana Majlis Sambutan pengantin baru, anak perempuan pasangan sahabat saya iaitu Azizah Nordin (sahabat semasa di ITM) dan suaminya Masoud, yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Pulau Pinang:










Apr 28, 2015

Persembahan Kerja Berpasukan RMS304

Salah satu kursus yang akan dilalui oleh para pelajar yang mengambil pengajian Ijazah Sarjana Muda (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) (Pengurusan Binaan) USM adalah Studio RMS304 (untuk tahun 3). Salah satu komponen RMS 304 ini adalah Segmen Undang-undang.
        Bagi segemen ini, pada sesi ini, yang melibatkan 53 pelajar, para pelajar dibahagikan kepada 4 pasukan (teams) dengan setiap pasukan diberikan tajuk dan arahan pelaksanaan tugasan. Mereka akan diperkenalkan dengan konsep dan aplikasi "melaksanakan tugas secara berpasukan," termasuk peranan positif setiap ahli, sikap positif setiap ahli dan kaedah melaksanakan tugas dengan jayanya (mencapai objektif).
        Pelajar juga diperkenalkan dengan aplikasi 4M dan 4W+1H, dan membuat cadangan dengan memberikan justifikasi (1W). Kaedah mengendalikan mesyuarat dan penulisan Minit Mesyuarat juga turut ditekankan. Semua perkara tersebut dilaksanakan melalui peringkat tertentu dan dalam batasan waktu tertentu (agar mereka memahami erti pentingnya mengurus masa dengan baik dan bermanfaat). Ini termasuklah penekanan tentang kedatangan mereka yang perlu tepat pada waktunya. Ini diharapkan dapat menyemai rasa pentingnya kerja berpasukan yang bersandarkan beberapa nilai positif.
      Diterapkan juga elemen lain, dimana termasuklah agar mereka melaksanakan arahan dengan suasana ceria (semangat sukarela dan bukan dengan terpaksa dan tertekan).
       Dalam masa yang sama mereka didedahkan dengan 4 tajuk khusus bidang undang-undang pembinaan dengan dua versi pelaksanaan projek, iaitu swasta (Borang standard PAM) dan Kerajaan/badan berkanun (Borang standard JKR). Ini termasuklah menganalisis fasal-fasal perjanjian, mendalami maknanya, dan merujuk-silang dengan fasal-fasal lain yang relevan, dan ditambah pula dengan kajian tambahan lain. Pelajar juga diarahkan untuk mengkaji semua dokumen kerja yang dipakai dalam industri pembinaan (misalnya Bon-bon sebenar, Polisi Insurans sebenar, dll).
       Mereka juga diajarkan cara menyediakan Laporan Akhir yang menepati kaedah sebenar penyediaan laporan yang baik (termasuk pembahagian Laporan dan Lampiran).
       Pada peringkat seterusnya, mereka akan membuat persembahan secara berpasukan. Diantara tujuannya adalak membiasakan mereka dengan suasana berhadapan dengan khalayak dengan berani dan yakin diri, disamping dapat menerima teguran/kritikan membina dengan terbuka (dan bersedia mengubahnya, jika perlu)

DIHARAPKAN KOMBINASI KAEDAH INI DAPAT MENYEMAIKAN SEMANGAT KERJA YANG POSITIF, BERDISIPLIN TINGGI DAN MENGAPLIKASI BEBERAPA ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS).

Berikut gambar-gambar semasa mereka melaksanakan tugasan:











Berikut pula adalah persembahan mereka pada 27 April 2015