Pada pagi 18 Disember 2015, bertempat di Muzium & Galeri Tungku Fauziah, USM, Pulau Pinang, diadakan Majlis Pelancaran Buku Terbitan Penerbit USM 2015. Salah satunya, buku saya berjodol, "Bon Pelaksanaan Dalam Kontrak Pembinaan". Alhamdulillah,,,
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Dec 18, 2015
Dec 17, 2015
KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan
menanggung perihnya kebodohan."
"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam
kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun."
"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di
kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang."
"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau
Allah saja ia tinggalkan, apa lagi kamu."
"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah,
hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia."
"Doa di saat tahajud
adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi
manfaat.”
"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya
4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan."
"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka
ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia
sebenarnya menghinamu.''
"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan
kematian di pelupuk matamu."
Tetamu Baru Dan Istimewa
Pada
13 Disember 2015, sekitar 4.50 pagi, seekor tapir (tenuk) telah
mengunjungi laman pondok kami. Ianya amat jinak, tanpa sikap agresif dan
mudah disekati.
Tapir (tenuk) (nama binomialnya tapirus
indicus)(juga dikenali sebagai tenuk asia), sudah dua kali datang bersama
anaknya ke kawasan Pondok Al-Huda ini untuk mencari makanan.
Menurut kajian Mohd Khan bin Momin
Khan, "Status and Action Plan of the Malayan Tapir (Tapirus indicus),"
Tapirs: Status Survey and Conservation
Action Plan, IUCN Tapir Specialist Group, 1997, hlm. 1, tenuk adalah haiwan
vegetarian, dengan hidupnya memakan pucuk-pucuk serta daun kayu. Ia haiwan yang
bergerak perlahan. Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu
berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga akan bertindak agresif mempertahankan
dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia
berkomunikasi melalui decitan dan siulan.
Nota:
Dalam hubungan di antara haiwan dan manusia, diperturunkan di bawah ini
beberapa perkara berkaitannya daripada perspektif Islam:
Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu
Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang
wanita dimasukan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak
memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi."
Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari,
"Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga
mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu
mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."
Sebuah
hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, “Seorang pelacur dari Bani
Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati
dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan
mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu.”
“Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu
yang bernyawa sebagai sasaran (yakni sasaran untuk memanah atau menembak untuk
suka-suka).” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
“Pada
setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat
baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.
“Kasihanilah
siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada
di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.
Jabatan
Mufti Negeri Perak. 2013. “Pemeliharaan Dan Penjagaan Haiwan Mengikut
Perspektif Islam” memberikan pandangan berikut: http://mufti.perak.gov.my/arkib/26-artikel-fatwa/56-pemeliharaan-dan-penjagaan-haiwan-mengikut-perspektif-islam.html
“Haiwan
mempunyai peranan yang penting di dalam menyambung kitaran hidup alam ini.
Haiwan di dalam alamnya yang tersendiri mempunyai perasaan, terasa bila
disakiti dan mempunyai bahasa pertuturannya yang tersendiri serta bertasbih
namun kita tidak memahaminya.”
Al-Qur’an: Surah al-Isra’: 44 ada menyatakan bahawa, “Langit yang tujuh
dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi
Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi
kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha Penyabar, lagi
Maha Pengampun.”
Hadis
riwayat Buhkari dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sedang seorang
Nabi telah berteduh di bawah sepohon pokok, ia digigit oleh seekor semut.
Baginda memerintahkan agar mengemas barangan dan mengarahkan agar seluruh
sarang semut itu dibakar. Allah SWT menegur perbuatan itu lantaran berfirman :
Bukankah yang menggigit kamu itu hanya seekor semut!”
Hadis
hasan, dari Mas’ud bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda, “Kasihanilah makhluk di bumi, nescaya anda dikasihani makhluk di langit.”
Orang Islam dilarang
membunuh atau menyeksa binatang (kecuali gagak, helang, tikus dan anjing gila
kerana ia boleh mendatangkan memudaratkan).
Satu hadis hasan, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa
yang membunuh seekor burung secara sia-sia, maka burung itu akan mengadu kepada
Allah pada hari kiamat, dan berkata: Wahai Tuhan ku si fulan membunuh ku secara
sia-sia tanpa berdasarkan menafaat tertentu.”
NOTA: Entri di atas adalah sama seperti pada entri pada blog berikut: http://mujahadah2012.blogspot.my/2015/12/tetamu-baru.html,
di mana ia juga ditulis oleh saya (Abdul Aziz Hussin) pada 16 Disember 2015, atas kapasiti sebagai Penasihat Undang-undang Yayasan Kebajikan Mahfatim, Terengganu.
Ops, ni ada satu lagi makhluk yang masuk ke mini kebun saya di TSI, Sungai Petani pada Disember 2023
di mana ia juga ditulis oleh saya (Abdul Aziz Hussin) pada 16 Disember 2015, atas kapasiti sebagai Penasihat Undang-undang Yayasan Kebajikan Mahfatim, Terengganu.
Dec 13, 2015
Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian)
Berikut adalah war-war di akgbar berkaitan Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian):
Gelagat Pelajar Semasa Sesi Pengajaran
Berikut rakaman gelagat para pelajar saya (yang saya rakam dalam beberapa sesi kuliah) yang mengambil kursus RMK 350: Undang-undang Pentadbiran pada sesi 2015:
Lawatan Pembelajaran Ke Kawasan "Warisan Pulau Pinang"
Pada 3 Disember 2015, saya dan para pelajar Sarjana Sains Pembangunan Pelancongan (MSc Tourism Development) mengadakan lawatan pembelajaran ke kawasan Warisan Pulau Pinang, di Georgetown. Gambar berikut dapat memberikan gambarannya:
Majlis Pelancaran Buku Terbitan ISDEV-DBP
Pada Rabu 9 Disember 2015, bertempat di Dewan Persidangan Universiti, USM, Pulau Pinang, diadakan upacara Majlis Pelancaran Buku terbitan bersama ISDEV dengan pihak DBP. Satu buku saya berjodol "PELANCONG DAN PELANCONGAN ISLAM" adalah salah satu daripada 15 jodol yang terlibat. Alhamdulilllah...semoga ia menambah koleksi "ilmu yang bermanfaat", InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)












































