Pada 22 Disember 2016, telah diadakan perbincangan di antara 2 pegawai kanan SPAD Academy dengan beberapa pensyarah HBP, USM. Tujuannya untuk merangka kursus untuk SPAD Academy tersebut dalam bentuk kolaborasi dengan USM
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Jan 5, 2017
Kad Pengenalan Pemimpin-pemimpin Malaysia
Oct 8, 2016
Berita Fitnah: SAMBAL NASI KERABU DARIPADA ULAR
Secara logik, mana nak cari ular banyak2, untuk buat *sambal ular* nasi kerabu? Tapi tanpa berfikiran waras, keyboard worriors terus foward dan foward dan foward
Fitnah tentang perkara tersebut, sebelum ini telah tersebar luas, akibat jari yg men"foward"kannya.
*Ya Allah, lindungi kami daripada melakukan dosa FITNAH*Berikut 4 gambar, yang saya dapat daripada seorang sahabat, yang berkaitan proses membuat produk berkenaan.
Sep 26, 2016
Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355)
AKTA 355
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965
Tajuk panjang & Mukadimah.
Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang
ditubuhkan di bawah mana-mana undang - undang Negeri bagi maksud membicarakan
kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.
[1hb April 1965]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan
Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa
daripadanya, seperti berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan
pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa
Jenayah) 1965.
(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung
Malaysia.
Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah
Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana
undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang
yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut
satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan
kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan
dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang
yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan
berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh
melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi
enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
Seksyen 3. Pengesahan.
Segala kesalahan di bawah hukum Syarak yang sebelum mula
berkuatkuasanya Akta ini berhubungan dengan Negeri-Negeri di Semenanjung
Malaysia dan yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang
kuasa Jenayah) (Pindaan dan Perluasan) 1989 berhubungan dengan Negeri-Negeri
Sabah dan Sarawak telah dibicarakan oleh mana-mana Mahkamah yang disebut
terdahulu hendaklah disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang
kuasa yang berkenaan dengannya telah diberi kepada Mahkamah-Mahkamah tersebut
oleh undang-undang Persekutuan.
SENARAI
PINDAAN
|
||||||||||||||||||||||||
Butir-butir di bawah seksyen 7(ii) dan (iii) Akta
Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 (AKTA 1)
|
Kini Akta 355 berkenaan dicadangkan
dipinda:
Sep 5, 2016
ReUnion Pelajar DPA ITM 1975-1978
Pada 19 Ogos 2016, seramai 17 bekas pelajar Diploma Pentadbiran Awam< Institut teknologi Mara sesi 1975-1978 (dan beberapa orang datang bersama ahli keluarga) telah mengadakan re-union pertama, yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Aktiviti bermula jam 11 hingga 4.30 petang, dengan masing-amsing bertanya kabar, mencerita kisah lama, dan berkelakar mengusik, sambil menjamu selera. Alhamdulillah acara berjalan amat baik.
Sahabat-sahabat yang hadir adalah:
Ibrahim Ahmad
Zaki Mahmud
Suhana Mohd Salleh
Hamidah Kusnan
Azizah Nordin
Fatimah Abdul Rahman
Rauf Puteh
Abdul Aziz Hussin
Saufi Daud
Halim Daud
Mohd Fuzi Mohd Tabot
Fauziah Ismail
Sabariah Roslan
Rosnani Asmat
Norizan Mohd Sham
Khalilah Mohd Yasin
Mohd Arif Ahmad Tarmizi
Dirakamkan sebahagian aktiviti tersebut:
Sahabat-sahabat yang hadir adalah:
Ibrahim Ahmad
Zaki Mahmud
Suhana Mohd Salleh
Hamidah Kusnan
Azizah Nordin
Fatimah Abdul Rahman
Rauf Puteh
Abdul Aziz Hussin
Saufi Daud
Halim Daud
Mohd Fuzi Mohd Tabot
Fauziah Ismail
Sabariah Roslan
Rosnani Asmat
Norizan Mohd Sham
Khalilah Mohd Yasin
Mohd Arif Ahmad Tarmizi
Dirakamkan sebahagian aktiviti tersebut:
Membantu Rumah Anak Yatim, Sik
Pada sabtu 3 September 2016, saya dan Abang Azizan (NGO dari Sungai Petani) mengunjungi Rumah Anak Yatim Islam, Kg. Banggol Derdap, Sik, Kedah bagi menyampaikan sumbangan derma orang ramai dalam bentuk kewangan, makanan dan bahan-bahan bacaan untuk Pusat Sumber mereka (sumbangan Penerbit USM, kedai Koperasi USM, dan orang-orang perseorangan), dan pakaian.
Berikut beberapa rakaman aktiviti berkaitan:
Berikut beberapa rakaman aktiviti berkaitan:
Sep 4, 2016
Gelagat Staf Keselamatan
Gambar di bawah saya rakam pada jam 10.29 malam, jumaat 19 Ogos 2016 di Stesyen KLIA Express di KL Sentral.
Apa tanggapan anda terhadap gelagat staf keselamatan tersebut?
Apa tanggapan anda terhadap gelagat staf keselamatan tersebut?
Subscribe to:
Posts (Atom)





































