Reference: The spectrum
The Check-list of Actions to be Taken
Is "arbitration Clause" void?
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Mar 23, 2011
PEMBINAAN RUMAH RASULULLAH S.A.W.
Setelah Rasulullah s.a.w. dan rombongan Baginda tiba di Madinah salah seorang kaum Ansar yang bernama Abu Ayyub Khalid Bin Zaid al-Khazraji al-Ansari1, telah menawarkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk tinggal di rumahnya, sementara menunggu rumah baginda siap dibina.
Setelah Masjid Nabawi siap dibina, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda bergotong-royong pula membina rumah kediaman masing-masing di kawasan sekitar Masjid Nabawi. Terdapat sembilan buah rumah yang dibina ketika itu dan dua daripadanya untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w.. Antaranya ialah Siti Aishah yang mendiami rumah pertama yang siap dibina. Pintu rumah tersebut menghadap Masjid Nabawi.2
Berhampiran Babu Uthman pula, Rasulullah s.a.w. membina rumah kedua untuk kediaman seorang lagi isteri Baginda yang bernama Saudah binti Zam’ah. Kedua-dua rumah tersebut (iaitu rumah Siti Aishah dan Saudah) terletak di sebelah timur (di sisi hadapan kiri) Masjid Nabawi.
Seperti bahan-bahan binaan Masjid Nabawi, rumah-rumah tersebut juga dibina dengan menggunakan tiang daripada batang kurma, atap daripada pelepah, dan daunnya yang ditampal lumpur manakala dindingnya daripada susunan baru yang juga ditampal dengan lumpur.3
Semua pintu rumah tersebut ditutup dengan menggunakan kulit-kulit unta yang digantungkan pada bahagian atasnya.4
Tentang ukuran rumah-rumah tersebut pula, ia sebenarnya bolehlah dibandingkan sebagai sebuah rumah kotak kecil, yang menurut sumber berukuran sekitar lebih kurang 3 meter panjang dan 3 meter lebar.5
Terdapat sumber lain yang menghuraikan secara ringkas tentang bentuk rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w.. Sumber tersebut yang dipetik daripada Muhamad Ibn Umar dan Abdullah Ibn Yazid al-Hathli menyatakan bahawa seorang yang bernama Ibnu Sa’ad sempat melihat rumah-rumah itu pada tahun 88 Hijrah semasa pemerintahan Khalifah al-Walid Ibn Abdul Malik.
Menurut ulasan beliau:
“Aku melihat rumah isteri-isteri Nabi s.a.w. apabila Umar Ibn Abdul Aziz melaksanakan kerja-kerja menyambungnya dengan masjid (Masjid Nabawi). Rumah-rumah tersebut ialah rumah batu yang mempunyai satu pelepah yang diikat (ditampal) dengan lumpur.”
Tegasnya rumah-rumah tersebut telah bersambung dan berada di dalam lingkungan Masjid Nabawi pada tahun 88 Hijrah, iaitu semasa pemerintahan – Khalifah al-Walid Ibn Abdul Malik. Pada masa pemerintahan Umar Ibn Abdul Aziz beliau juga telah membuat tembok pada makam yang terdapat di dalam Masjid Nabawi.
Untuk tahun-tahun selepas Rasulullah s.a.w. wafat dan sehinggalah selepas kematian Khalifah Umar al-Khattab r.a. Siti Aishah masih mendiami rumah yang dibina oleh Rasulullah s.a.w.
1 Mohamad Husain Haekal, Sejarah Hidup Mohamad, terjemahan ASli `Audah, 1986, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Hlm. 193; Muhamad Tariq Ghazi, Prophet’s Mosque Through the Ages, Saudi Gazette, Isnin, 15 Jun 1992, hlm. 7.
2 Abbas Abdullah Fida’, 1402H, The Comprehensive Islamic Book, Mekah: Al-Haramein Trade Centre, hlm. 129. Rumah inilah yang akhirnya menjadi makam Rasulullah s.a.w., berdasarkan tulisan Hasan Affandi Kasim.
3 Syeikh Fadhlalla Haeri, 1992, The Pilgrimage of Islam, Kuala Lumpur ; Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd, hlm. 147; Abbas Abdullah Fida’, ibid, hlm. 130.
4 Prof. Mas’adul Hasan, May 1987, History of Islam, Vol. 1. Lahore ; Islamic Publications (prt) Ltd. Hlm. 65
5 Ada dikatakan ukurannya lebih kurang 7 x 6 hasta, ada pula yang mengatakan ukurannya lebih kurang 7 x 10 hasta.
Di atas adalah sedutan daripada, ABDUL AZIZ HUSSIN. 1997. Nostalgia Masjid Nabawi. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hlm. 50-52.
Berikut video yang berkaitan (kredit kepada sumber asalnya):
Jus Epal Teh O
1 biji epal hijau/epal merah yang masam (masam manis pun boleh..)(dibasuh bersih, dibelah dan buang bijinya, tetapi jangan dibuang kulitnya). Kisar/hancurkan lumat-lumat bersama satu cawan air sejuk, kemudian perah ambil hampas (ops, silap pulak, ambil airnya)(hampas dibuang)
Masukkan air panas setengah gelas (gelas tahan panas), dan masukkan 1 teh uncang, dan satu sudu besar gula. Biarkan sekitar 2 minit, kacau, dan masukkan air teh tadi ke dalam gelas/bekas lain. Masukkan pula air jus epal tadi. Kacau sebati. Tambah ais ketul (ikut suka sebanyak mana pun).
Boleh dihidangkan (dan diminum la. Takkan hidang dan pakat tengooook jer...)
Teori Keng?
Tahu apakah "keng"? Ia bukan berkaitan dengan Teori Keynes tu... "Keng" di sini, menurut istilah Dewan Bahasa dan Pustaka, bermasud, "keras kepala, tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar". Teori keng ini banyak juga digunakan di kalangan makhluk bernama "manusia". Namun, harapnya, kita sendiri tidaklah menggunakan teori keng ini (walaupun semasa budak-budak dahulu, mungkin kita pun pernah menggunakannya...). Asas teori keng ini adalah mudah: Kita buat kesimpulan atau keputusan atau pendirian, dan kita pertahankan habis-habisan, bermati-matian segala kesimpulan atau keputusan atau pendirian kita tadi tanpa mengira ianya telah terbukti salah, tidak betul, atau menyimpang.
Cerita 1: Pada suatu senja, dua pemuda (kita namakan mereka, A dan B) sedang berjalan di satu lorong berhampiran belukar. Perjalanan mereka terhenti apabila mereka terlihat terdapat pergerakan di suatu simpang di dalam semak, dimana lalang dan satu pokok kecil nampak bergoyang, menandakan kewujudan sesuatu di situ. A dengan spontan menyatakan bahawa. "Itu adalah babi hutan". B pula, kemudiannya, setelah melihat cara pokok bergoyang dan lalang berombak, menyatakan, "Itu besar kemungkinan seekor burung". Mereka mula bertekak. Akhirnya mereka membuat keputusan melontar seketul batu ke arah semak tadi. Setelah batu terjatuh di situ, maka tiba-tiba terbang lari seekor ayam hutan. Secara pantas A berkata, "Kan aku dah kata, tu babi hutan!". B cuma terdiam dan "mati akal". Dia tahu, A telah menggunakan teori keng.
Cerita 2: Pada suatu petang, Puan Y sedang memandu di suatu jalan Persekutuan. Tiba di suatu kawasan agak sunyi di luar bandar, dia mendapati di hadapannya ada sebuah kereta yang dipandu "agak perlahan". Puan Y terus memotong apabila didapati tiada kenderaan yang datang dari hadapan, dan kebetulan sebuah kereta yang megekori kereta Puan Y juga telah memotong serentak kereta Puan Y dan kereta di hadapannya. Tiba-tiba beberapa puluh meter di hadapan, seorang anggota polis trafik mengangkat bendera merah dan mengarahkannya berhenti. Puan Y berhenti, dan polis itu berkata, "Puan memotong di garisan berkembar" dan, "Minta lesen dan kad pengenalan". Sambil memberikan lesen memandu dan kad pengenalan, Puan Y berkata, "Betul, saya memotong di garisan berkembar, tetapi kenapa tuan tak menyaman kereta sebuah lagi yang memotong tadi? Lagipun, tiada kenderaan yang datang dari hadapan. Lagipun jalan di sini sunyi, tak ada kereta lain, bla..bla bla...". Polis tadi cuma terus menulis dan meminta Puan Y menandatangani borang saman, dan berkata, "Di mahkamah Puan boleh cerita", dan terus beredar. Tinggallah Puan Y dengan teori kengnya...
Cerita 2: Pada suatu petang, Puan Y sedang memandu di suatu jalan Persekutuan. Tiba di suatu kawasan agak sunyi di luar bandar, dia mendapati di hadapannya ada sebuah kereta yang dipandu "agak perlahan". Puan Y terus memotong apabila didapati tiada kenderaan yang datang dari hadapan, dan kebetulan sebuah kereta yang megekori kereta Puan Y juga telah memotong serentak kereta Puan Y dan kereta di hadapannya. Tiba-tiba beberapa puluh meter di hadapan, seorang anggota polis trafik mengangkat bendera merah dan mengarahkannya berhenti. Puan Y berhenti, dan polis itu berkata, "Puan memotong di garisan berkembar" dan, "Minta lesen dan kad pengenalan". Sambil memberikan lesen memandu dan kad pengenalan, Puan Y berkata, "Betul, saya memotong di garisan berkembar, tetapi kenapa tuan tak menyaman kereta sebuah lagi yang memotong tadi? Lagipun, tiada kenderaan yang datang dari hadapan. Lagipun jalan di sini sunyi, tak ada kereta lain, bla..bla bla...". Polis tadi cuma terus menulis dan meminta Puan Y menandatangani borang saman, dan berkata, "Di mahkamah Puan boleh cerita", dan terus beredar. Tinggallah Puan Y dengan teori kengnya...
Cerita 3: Pada suatu awal pagi, saya den seorang kawan (kita namakan dia HB), sedang berjalan-jalan makan angin sambil berjoging santai di kawasan pinggir pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Tiba-tiba pandangan kami terarah kepada satu rantaian tapak-tapak kaki yang bentuknya seperti tapak kaki lembu, tetapi menghala ke pinggir air, dan hilang di situ. Kami berpandangan, dan saya bertanya, "Eh, takkan tapak kaki lembu, sebab ia menghala ke laut. Tak kan lembu masuk laut?!". HB secara spontan menjawab, "Emm, aku rasa, ni lembu. Lembu laut". Eh, ada ker "lembu laut"? Kami masing-masing ketawa besar, sebab saya tahu, HB cuma melawak. Lawak antarabangsa karakataukarakatuatua! Apapun, itu pun ada ciri-ciri teori keng... "Lembu laut"..... Patut la ada "buaya darat", kan? Satu kroni la tu kuit...
Apapun, semoga kita dapat mengelak menggunakan "teori keng" secara "membabi-buta" (ops...!!!), dan secara serius, sebab kesan negatifnya adalah serius, dia ia boleh termasuk di dalam salah satu sifat munafik, dimana menurut Rasulullah (saw), antara sifat munafik ialah, "APABILA BERCAKAP DIA BERBOHONG"
Mar 22, 2011
Takrif "CEK"
The Random House Dictionary,1 mentakrif cek sebagai satu perintah bertulis yang mengarahkan sesebuah bank membayar wang. Takrif yang hampir serupa juga diberi oleh Little Oxford Dictionary2 yang mentakrif cek sebagai perintah bertulis kepada jurubank untuk membayar sejumlah wang. Takrif yang lebih lengkap diberi oleh Webster’s New World Dictionary,3 yang mentakrif cek sebagai satu perintah bertulis kepada sesebuah bank untuk membayar wang dari akaun seseorang mengikut amaun yang dinyatakan.
John W. Hardwicke dan Robert W. Emerson dalam buku mereka, Business Law4 mentakrif cek sebagai sejenis draf khas yang mana pesuruh bayar biasanya sebuah bank dan instrument adalah kena dibayar atas perintah. Encyclopedia Britanica5 mentakrif cek sebagai bil pertukaran yang dikeluarkan ke atas sesebuah bank dan kena dibayar apabila dituntut.
Anson’s Law of Contract6 memberi takrif yang lebih menyeluruh mengenai cek. Dikatakan7 bahawa sesuatu cek ialah suatu perintah tidak bersyarat, yang ditujukan oleh penyuruh bayar bagi cek itu kepada sesuatu jurubank yang mengarahkannya membayar atas perintah sesuatu jumlah wang tertentu kepada orang yang dinamakan pada cek itu atau kepada pembawa.
Takrif cek mengikut undang-undang bertulis ada diberi di bawah seksyen 73, Akta Bil Pertukaran, 1949.8 Seksyen 73 itu memperuntukkan seperti yang berikut:
73. “Suatu cek adalah suatu bil pertukaran yang dikeluarkan ke atas sesuatu jurubank yang kena dibayar bila dituntut”.
“Bil pertukaran” pula ialah satu perintah bertulis tidak bersyarat yang ditujukan oleh seseorang kepada yang lain ditandatangani oleh orang yang memberinya, yang memerlukan orang yang ditujukannya membayar apabila dituntut atau pada suatu masa yang ditetapkan atau masa hadapan yang boleh ditetapkan akan suatu jumlah wang tertentu kepada atau atas arahan seseorang yang dinyatakan, atau kepada pembawa.
Dengan itu, suatu cek ialah suatu perintah bertulis tidak bersyarat yang ditandatangani oleh orang yang memberinya yang dikeluarkan ke atas sesuatu jurubank9 yang memerlukan jurubank itu membayar10 sejumlah wang tertentu yang dinyatakan, atau membayarnya kepada pembawa.11 Jurubank itu pula akan membayar apabila dituntut atau pada suatu tarikh yang dinyatakan di dalam perintah bertulis itu atau pada masa hadapan yang ditetapkan.
Dengan takrif yang sedemikian, maka dapatlah disimpulkan bahawa sesuatu cek akan mempunyai perkara-perkara yang berikut:
1. Ia suatu perintah bertulis.12 Jadi ia tidak boleh dibuat secara lisan.
2. Perintah bertulis itu tidak bersyarat. Sesuatu perintah itu dikatakan bersyarat jika ia bergantung pada perkara atau syarat atau perihal lain atau ia tertakluk kepada perkara atau syarat perihal lain yang perlu dipenuhi atau dipatuhi dahulu.
3. Ia mesti ditandatangani13 oleh orang yang membuat perintah itu.
4. Perintah bertulis itu ditujukan kepada jurubank14 tertentu.
5. Perintah bertulis itu mengandungi arahan kepada jurubank untuk membayar amaun atau nilai wang tertentu yang dinyatakan di dalamnya.
6. Wang itu dibayar kepada:
(a) Orang yang dinyatakan15 dalam perintah bertulis itu, atau orang yang diarah oleh orang berkenaan; atau
(b) Pembawanya.16
Salah satu perbezaan nyata di antara cek dengan bil pertukaran ialah cek merupakan satu jenis bil pertukaran, manakala sesuatu bil pertukaran tidak semestinya cek. Selain itu, cek dikeluarkan atas sesuatu jurubank. Cek itu sendiri (iaitu cek kosong) dikeluarkan oleh bank dan cek itu apabila dikeluarkan oleh penyuruh bank akan berkait dengan bank, sama ada sebagai bank pemungut atau bank penerima dan juga bank yang membayar nilai bagi nilai cek itu.
--------------------------------
1 Jesse Stein (ed.), 1980. The Random House Dictionary. The Random House Inc.
2 Jessie Coulson (ed.), 1969. Little Oxford Dictionary. Edisi ke-4, Oxford University Press.
3 David B. Guralnik (ed.), 1986. Webster’s New World Dictionary. Edisi ke-2 Kolej. Prentice Hall Press.
4 John W. Hardwicke dan Robert W. Emerson, 1987. Business Law. Barren’s Educational Series Inc.
5 The New Encyclopaedia Britanica, 1978. Edisi ke-5, Helen Hemingway Benton. Vol. II, hlm. 786.
6 A.G. Guest (ed.), 1979. Anson’s Law of Contract, Edisi ke-24. Oxford University Press, hlm. 440.
7 Ibid., hlm. 440.
8 Akta 204. Dahulunya dikenali sebagai Ordinan Bil Pertukaran 1949, iaitu Ordinan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu No. 75 Tahun 1949. Ia telah disemak dan diwartakan pada 13 April 1978 (dan berkuatkuasa pada 13 April 1978). Ia kini menjadi Akta No. 204. Ordinan Bil Pertukaran 1949 berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Selangor pada 31 Disember 1949, di Melaka dan Pulau Pinang pada 1 Ogos 1959, dan di Sabah serta Sarawak pada 1 Julai 1965.
9 Takrif dan perbincangan mengenai “jurubank” dibincangkan dalam Bab Dua.
10 Walau bagaimanapun, bayaran ini tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Lihat Bab Dua.
11 Takrif “pembawa” ialah seseorang yang ada dalam milikannya sesuatu bil atau nota yang kena dibayar kepadanya. Seksyen 2, Akta Bil Pertukaran, 1949. Lihat perbincangan mengenainya dalam Bab Dua.
12 Lihat perbincangan dalam Bab Dua mengenai apa yang dimaksudkan dengan “perintah bertulis”.
13 Perbincangan mengenai “tandatangan” terdapat dalam Bab Dua.
14 Op. cit., n. 9.
15 Lihat Bab Dua yang membincangkan hal ini dengan terperinci.
16 Op. cit., n. 11.
Di atas adalah cabutan daripada, Abdul Aziz Hussin. 1996. Undang-Undang Berkaitan Cek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 2-4. Harga RM13.
Bapa
Dalam sejarah kemunculan manusia, "bapa" yang wujud dahulu, iaitu Nabi Adam (a.s). Hanya dia seorang sahaja yang "dilahirkan" tanpa ibu. Namun, disebaliknya pula, terdapat juga seorang sahaja lelaki (bapa) yang dilahirkan ibunya tanpa bapa, iaitu Nabi Isa (a.s). Serilah jadinya, sebab seorang lelaki wujud tanpa ibu, dan seorang lagi lelaki wujud tanpa bapa.
Dalam sesuatu keluarga pula, biasanya ketua keluarga adalah bapa. Beliau diamanahkan mencari rezeki untuk keluarganya. Dia juga bertindak dan diamanahkan sebagai pelindung kepada keluarga itu.
Jika kita menonton iklan-iklan, ucapan-ucapan, upacara-upacara dan seumpamanya, kebanyakan (majoriti) iklan-iklan, ucapan-ucapan, upacara-upacara itu memberikan lebih penghormatan kepada ibu, termasuk, "Terima kasih ibu", "Sayang, mak". Malah ditunjukkan jika anak tersebut memperolehi sesuatu kejayaan, maka ibulah yang terlebih dahulu dipeluk. Jika pula anak menalipon keluarga, maka dia akan bercakap dengan ibu dahulu. Bapa cuma berdiri/duduk berhampiran, sambil tersenyum. Malah jika anak tinggal berjauhan, misalnya menjalani sesuatu latihan, maka orang yang akan anak itu hubungi dahulu adalah ibunya. Mungkin anak lebih rapat dengan ibu. Mungkin ibu lebih mesra dengan anak. Mungkin juga ibu mempunyai sifat dan naluri yang lebih "indah dan lembut" dengan anaknya, berbanding dengan bapa. Namun tak dapat dinafikan terdapat juga segelintir dimana anak lebih rapat dengan bapa berbanding dengan ibu.
Barulah keluarganya amat terasa kehilangan bapa
Ahli keluarga tiba-tiba mendapati kehilangan tempat bergantung
Ibu dan anak-anak akan mendapati tiada lagi tempat untuk dirujuk, dibuat keputusan
Mereka juga mendapati rezeki juga terjejas
Dalam kehidupan harian. bapa biasanya akan akan membisikkan kepada hatinya sendiri, "Aku tak mengaharapkan disanjungi, dihargai. Cuma cukuplah setakat aku dihormati, dan tidak dihina... Aku tidak mengharapkan balasan atas 'jasa' yang aku lakukan, sebab itu tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku". Cuma bapa mengharapkan
Ahli keluarga berada dalam kebaikan kesejahteraan terbaik
dan
Sentiasa berbuat kebaikan, serta menjadi orang yang terbaik
Dan sentiasa mendoakan semoga bapa yang telah pergi, yang berada 'di sana', berada dalam perlindungan terbaik Allah (swt)
Namun, apapun
Semasa hayatnya masih ada,
Bapa masih mengharapkan sokongan dan tanda kasih daripada ibu (isterinya) dan anak-anak...
Minuman asam jawa plus
1 sudu besar pes/pati asam jawa
2 sudu besar gula
2 gelas air
10 biji khurma/tamar (dibuang biji, sebab kalu tak dibuang biji, ia akan berbunyi "klong klong klong" semasa dikisar, dan silap haribulan mata/pisau pengisar boleh patah) ATAU, 5 biji buah prun (juga dibuang bijinya).
Masukkan semua tadi ke dalam mesin pengisar, dan kisar hingga sebati.
Hidangkan dengan ais (atau, boleh juga dihidangkan panas).
Subscribe to:
Posts (Atom)

