Dec 30, 2011

Pangsapuri MISTERI

Ini gambar sebuah unit pangsapuri yang saya kerap memerhatikannya dengan penuh misteri...sebab saya tak pernah melihat kelibat penghuninya sejak sekian lama (bertahun-tahun), malam hari pula senantiasa bergelap (tanpa cahaya lampu di dalamnya), tetapi pokok berkenaan makin membesar... (dari mana sumber airnya????)


Shark Fing???

SHARK FING RESTORAN .... he he he...

"Shark Fin Restaurant" la kuit.....
Tapi kalu nak tulis dalam Bahasa Melayu, ia menjadi "RESTORAN SIRIP JERUNG"....Ops, takut ada yang tak lalu nak makan la pulak.... he he he...

Dec 29, 2011

NOTIS Mesyuarat

Apakah "Notis"?
Tujuan Notis
Intipati
Penyerahan Notis





Padang Besar, Kangar

Mencari pengalaman melalui kerja amal sambil mengembara di Padang Besar, dan ... di Kangar dalam tahun 1981




Kak Long...

Nie pulak, Kak Long (Nurul Asyqem)...



 Kak Long, Abang Ngah dan Abang Cik dan Ma...
Kak Long dan Tok Wan (Atok lelaki kepada isteri saya: Sudah meninggal dunia tahun 1997
Kak Long dan Nyang (Atuk perempuan isteri saya. Telah meninggal dunia tahun 2003
Kak Long didukung ibunya, dan Fatimah (ibu saudara Kak Long) yang mendokong anak perempuannya.
Kak Long didukung ibunya (isteri saya)
Kak Long dan ibunya, Rozain (sepupu Kak Long), Maksu Jam (ibu saudara isteri saya (meninggal dunia dalam tahum 1995)
Kak Long dan orang-orang yang dah dinyatakan di atas



Kak Long dan sepupunya
Kak Long dan abah

Kak Long, Abang Ngah, abang Cik dan Kak Lang...
 Kak Long, Abang Ngah, Abang Cik...
 Hari Perkahwinan Kak Long, 26 Januari 2009. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA MEREKA. Aamiin....






Dec 28, 2011

Kajian Kes Perumahan di Bandung dan Jakarta

Pada 19 - 23 April 2005 saya dan beberapa rakan seperjuangan daripada USM dan Universitas Indonesia mengadakan beberapa kunjungan dan perbincangan dengan pelbagai pihak di Jakarta dan Bandung, Indonesia, berkaitan isu penyediaan perumahan mampu milik (dengan menjadikan Indonesia sebagai salah satu kajian perbandingan)
















Dec 26, 2011

Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan


Tentang kedudukan (termasuk perlindungan)  Agama Islam dan kebebasan beragama, ia diperuntukkan masing-masing di bawah Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan
 
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.