Nov 21, 2013

Meraikan "Sahabat"

Pada 20 November 2013, saya dan beberapa penyarah Program Pengurusan Binaan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, meraikan salah seorang penceramah yang saya hormati (orang yang masih muda, ramah, kelakar, namun banyak pengetahuan dan seorang "orang kaya" dalam pelaburan hartanah), iaitu sdra Ahyat Ishak. Ia sempena "Hari Pengurusan Projek Antarabangsa", yang diadakan pada 21 November 2013, dimana beliau salah seorang penceramahanya.







Nov 17, 2013

Larian Jambatan Pulau Pinang 17 November 2013

Ini gambar yang saya rakam pada awal-awal pagi 17 Nov. 2013, dimana sebahagian besar peserta telah mula turun dari jambatan. Peserta mula kelihatan menuju jambatan sekitar jam 1.30 pagi lagi...





GEORGE TOWN, Nov 18 — The 2013 edition of the Penang Bridge International Marathon was a special occasion for two different reasons.
First, the annual event saw a record participation of 47,000 runners and second, it is said to be the last edition held at the Penang Bridge before shifting to the Second Penang Bridge next year. ...
Besides the full marathon (42.2km), the event also featured other categories such as the half marathon (21km) and the 10km and 5km fun runs.
The Malay Mail Online

Bermacam-macam "Larian", "Berjalanan", "Berkayuhan", "Berenangan", "Berbasikalan", dan sebagainya yang dilakukan dengan pelbagai tujuan, termasuk "mencari nama" (publisiti, dan sebagainya). Cuma, kadangkala terlintas di benak saya, "Jika yang melakukan itu orang Islam, masa mana mereka melaksanakan ibadat solat?"

Kita ambil analogi berikut: 
Katakan yang menyertai larian Jambatan Pulau Pinang tu berjumlah 40, 000 orang. Katakan, jumlah orang Islam yang menyertainya, 20,000 orang, dan 10,000 daripadanya tidak dapat/mampu menunaikan solat atas alasan "uzur syarii" dan sebagainya yang sah. Bagaimana dengan baki orang Islam seramai 10,000 lagi tu? Kat mana mereka bersolat subuh? Acara bermula sekitar jam 1.30 pagi dan tamat sekitar jam 9.30 pagi (pukul rata). Mungkin separuh daripada 10,000 tu menyertai larian selepas solat subuh (tu pun kena ambil yang larian terpendek 5 km la, baru sempat tamat sebelum jam 9.30 pagi). Saya tidak temui "Tempat Muslim Bersolat" sementara yang disediakan, di mana-mana tempat sepanjang laluan (Maafkan saya jika sebenarnya "ada"). Baki 5000 orang lagi tu tak bersolat ker? Jangan la kerana "larian", maka kita lari daripada mengerjakan solat. 
Hal ini berlaku juga kepada jenis aktiviti yang hampir sama yang namanya seperti, "Berjalanan", "Berkayuhan", "Berenangan", "Berbasikalan", Berkonvoian", "Berenangan", "Berdakian", "Berjelajahan", dan sebagainya, yang dibuat secara solo atau berkumpulan. Pihak penganjur dan/atau peserta Islam sepatutnya (?)(mesti!!!) mengambilkira perkara penting ini: iaitu bersolat. Tidak dapat dinafikan memang ada acara sedemikian yang saya tahu, menyediakan waktu dan/atau tempat bagi menunaikan ibadat solat, namun jumlah atau bilangan aktiviti atau acara yang melaksanakan hal sedemikian (melaksanakan solat), (dengan meminjam kata P.Ramlee dalam filem "Nujum Pak Belalang"), ianya dalam kategori, "jarang-jarang" atau "kadang-kadang".

Makan Pagi...

Sekitar jam 7.10 pagi, 16 November 2013, saya turun makan di sebuah hotel di Alor Setar. Saya lihat ...emm..saya seorang sahaja yang makan di restoran yang agak besar juga tu... Mungkin yang lain makan lewat la kuit, sebab saya lihat malam tu ramai juga yang mnginap di hotel tersebut...

Saya minta staf restoran berkenaan mengambil gambar saya...
Nota: Kadang-kadang "rasa sepi dalam keramaian orang.."



Nov 15, 2013

Anai-anai berhijrah...

Pada awal pagi selasa 5 November 2013 (1 Muharam 1435 Hijrah), sewaktu kita, Uamat Islam diseru "menghijrahkan" diri, antaranya kepada yang lebih baik, maka sekumpulan anai-anai ini juga turut berhijrah... Mungkin kerana tempat tinggalnya ditenggelami air (kerana musim hujan kerap sekarang ni) dan dengan itu mereka terpaksa berhijrah demi keselamatan diri dan "keluarga" mereka.





Anai-anai ialah kelompok serangga sosial yang termasuk dalam kumpulan dikenali “order Isoptera”. Pada kebiasaannya, anai-anai membuat sarang dalam tanah (rumahnya dipanggil “pungsu”) atau pada kayu reput. Ada juga yang memilih untuk mengurumi (membuat sarang) pada batang atau perdu pokok, dan di rumah kayu.

Terdapat satu ayat (ayat 14) di dalam Al-Qur'an (Surah Saba'), yang menyebut hal anai-anai, yang antaranya, ada kaitannya dengan sejarah/cerita penghujung kewafatan Nabi Sulaiman (a.s):


Saba’(34): 14
Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia (mayat Nabi Sulaiman) tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.
(And when We decreed for Solomon death, nothing indicated to the jinn his death except a creature of the earth (termites) eating his staff. But when he fell, it became clear to the jinn that if they had known the unseen, they would not have remained in humiliating punishment).
 
Berikut ini satu penemuan tentang "kehebatan" anai-anai:



Ants deploy brain as well as muscle power
Wednesday July 29, 2015
07:53 AM GMT+8
Ants are not mindless insects. A study shows that if a group is off-course, the 'scout' ant subtly signals a needed change in direction and the rest follow. — File picPARIS, July 29 — Ants have an astonishing ability to mix collective muscle with individual initiative for heavy lifting, a study published yesterday has revealed.
In experiments, researchers showed how a dozen or more ants working in unison to haul, say, a large insect can adjust their course based on intelligence provided by a single ant joining the effort.
Realising somehow that the group is off-course or headed for trouble, the “scout” subtly signalled a needed change in direction by tugging at a different angle. 
Rather than resisting, the others fell into line. 
“The individual ant has the idea of how to pass an obstacle but lacks the muscle power to move the load,” explained Ofer Feinerman, the study's main architect and a researcher at the Weizmann Institute of Science in Israel.
“The group is there to amplify the leader's strength so that she can actually implement her idea,” he told AFP.
Just as surprising, the same ant that took the lead will, 10 to 20 seconds later, yield that role to another new arrival with more up-to-date information.
“As far as we can tell, the scout is no different than the other ants,” Feinerman said by email.
“No one designates the leader, she — not he — designates herself because she has current knowledge about the correct direction.”
Rowing in unison 
Ants are among the very few animals, besides humans, that organise among themselves to collectively carry loads far heavier than an individual member of their species.
One of the challenges, for ants or humans, is finding a balance between synchronised action, or conformity, on the one hand, and the flexibility needed to adapt, on the other.
Animals living in groups — a school of fish, a flock of sheep — have evolved to act in concert, a quality needed for coordinated movement. 
This is what allows the ants to pull together, rather than apart, Feinerman said. 
But sometimes this so-called “behaviour conformism” is a drawback, which is where the information-bearing scouts come in.
The interplay of group and individual effort can be compared to the relationship between a eight-person team rowing in unison and their coxswain, who steers the boat and keeps an eye on the competition.
“One difference, though, is that to guide the load the [lead] ant must pull as well,” Feinerman said. 
“While all the ants 'row' in the same direction that the boat is moving, the leader rows in the direction she knows to be correct.”   
The researchers speculate that an ant temporarily assumes leadership simply by showing up, and that “she does not need to communicate her presence,” Feinerman added. 
The ant chosen for the experiments, Paratrechina longicornis, is an invasive species found worldwide. In summer, they typically transport large — at least compared to their three-millimetre bodies — insects to their nests for consumption.
The study, published in Nature Communications, also discovered that there is an optimal number of ants — about 15 — for reaching maximum speed when hauling.
For the experiments, the scientists used Cheerio cereal that had been stored in a bag of cat food overnight to make it attractive to the ants. — AFP

Oct 26, 2013

Ayam bakar berempah bermadu

Kadangkala semasa makan ayam bakar di warung, restoran dan lain-lain, rasa sedeaaap jer ayamnya. Resepi tu adalah ayam bakar berempah bermadu. Nak cuba buat sendiri?

Bahan-bahan
Tiga ketul ayam (yer la, nama lagi ayam bakar.. tapi boleh digantikan dengan angsa, itik, puyuh, burung unta dan lain-lain)

Bahan-bahan untuk dikisar halus:
Sedikit halia
Sebatang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Kemudian,
Sesudu besar madu
Sesusu besar santan
Sesudu garam

Caranya:
Perap ayam dengan semua bahan di atas sekitar satu atau dua jam
Kemudian dibakar....



Oct 22, 2013

Tumbang juga akhirnya...

Pada sekitar jam 9 pagi, ahad 20 Oktober 2013, semasa sya memandu masuk ke kampus induk USM di Pualu Pinang, saya terpandang satu pokok besar (yang dikenali "brown heart" atau nama saintifiknya, "andira inermis leguminosae")(yang biasa menjadi tumpuan saya sebab dia besar, nampak gagah, dan agak "bersendirian" daripada jajaran pokok-pokok lain), telah tumbang. Saya memberhentikan kenderaan saya dan memeriksa serta mengambil gambar.



Sedang asyik melihat-lihat untuk menjawab soalan di benak saya, "Kenapa pokoko ni tumbang..", tiba-tiba saya terpandang Abang Mat, tukang kebun yang sedang memandang saya dari arah tebing bukit. Lalu saya ajukan soalan tersebut kepadanya, dan spontan jer dia jawab, "Mungkin ujan lebat sejak dua tiga hari ni kuit, dan tanah jadi lembut..."
Ya la juga, sebab saya lihat pokok ini segar dan tak ada la pula akarnya rosak berpenyakit dan lain-lain.

Begitulah berakhirnya riwayat satu pokok yang gah besar berdiri, namun akhirnya menyembah bumi, hanya kerana tanah yang menyokong akarnya telah tidak lagi dapat bertahan.

Begitulah juga kita...
Rasa gah, memang nampak gah, hebat, kaya, rasa diri berilmu tinggi, disanjung orang, digeruni orang, semuanya tidak akan bertahan. Jika Allah telah menghendaki kita jatuh, maka kita akan jatuh juga, walaupun atas sebab yang amat kecil, yang tak terlintas pun difikiran kita.
Jadi, kenapa perlu bersifat dan bersikap riak, ajib dan sombong pada diri dan orang? Itu soalan untuk diri saya sendiri sebagai "peringatan" bertapa kerdilnya saya (dan kita semua).

KITA JUGA AKAN "TUMBANG" satu hari nanti.
ITU ADALAH YANG PASTI AKAN BERLAKU...

Oct 16, 2013

Suasana Di Tempat Kurban

Berikut adalah suasana di temapt pelaksanaan aktiviti kurban di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan pada pagi 15 Oktober 2013. Perhatikan aktiviti berjual-beli bahagian lembu, diikuti gotong-royong melaksanakan penyembelihan, dan diakhiri bergotong-royong melapah dan mengagehkn daging kurban...