Jan 28, 2014

Sotong Masak Serai

Ni satu lagi lauk mudah untuk kita. Saya kongsikan cara menyadiakannya.

10 ekor sotong (kalau boleh yang ada telor)(dibersihkan)
Sebatang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar
3 biji cili kering.
10 biji cili hijau
Sedikit garam
Sedikit gula melaka
Secubit lada hitam
Sekeping asam gelugor (boleh juga diganti dengan sedikit asam jawa)
Secawan/segelas air

Caranya:
Bawang putih, cili, bawang merah dan serai dikisar lumat.
Masukkan semua bahan dan sotong ke dalam periuk (kuali pun boleh..), dan masaklah sampai empuk, dan setelah hampir diangkat, masukkan bawang besar yang telah dipotong.


Jan 14, 2014

'Jangan tipu isi borang'



 Saya tertarik dengan berita dan kenyataan berikut:

'Jangan tipu isi borang'

23 Disember 2013

PERAK - Sikap pemohon bantuan yang menipu maklumat ketika memohon bantuan tanpa memikirkan implikasi perbuatan itu daripada segi haram serta halal ditegur oleh Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Beliau berkata, perbuatan itu disedarinya baru-baru ini, ketika pihaknya menerima zakat yang diminta diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan Dun Sungai Manik.
Katanya, pihaknya mengedarkan borang kepada golongan yang berhak menerima bantuan itu namun ada beberapa pemohon didapati memalsukan maklumat diri mereka.
“Ini hasil semakan pegawai-pegawai khas saya yang meneliti semula permohonan yang mereka terima. Terdapat pemohon dikesan  memalsukan maklumat.
“Bagi memastikan maklumat dalam borang diterima tepat, pegawai saya turun padang bagi memeriksa kembali sama ada penerima benar-benar layak untuk diberikan bantuan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 100 beg sekolah kepada murid kurang berkemampuan dan dermasiswa kepada sembilan penerima di kawasan Dun Sungai Manik, di Pusat Khidmat Dun Sungai Manik, di sini.
Zainol Fadzi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, pihaknya mendapati tiga pemohon cuba memalsukan maklumat pendapatan mereka.
"Masih ada ibu bapa menipu pendapatan untuk mendapatkan bantuan tanpa memikirkan halal dan haram daripada segi syarak.
“Mereka (pemohon) ini mahu dapat bantuan seperti orang lain walaupun sebenarnya tidak layak menerimanya,” katanya.


Perkara yang sama juga berlaku kepada yang mengisi lain-lain borang, termasuk BRIM, PPRT, Biasiswa/pinjaman, bantuan banjir, PERKESO, Kebajikan Masyarakat, dan sebagainya.
Kita biasa melihat orang yang telah sembuh daripada kesakitan, tetapi masih mendapat bantuan kebajikan. Kita pernah melihat orang sudah "bebas" daripada kemiskinan, tetapi masih mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat, Baitul Mal, Zakat. Kita pernah melihat banyak kes "orang kaya" (tapi kerana bisnes sendiri dan tidak membayar cukai)(memiliki kereta baru) yang mendapat bantuan PPRT, yang memohon pula (dan mendapat) BRIM (walhal pendapatannya lebih RM5000 sebulan)(tapi ada orang yang jujur yang pendapatannya cuma RM3010 tidak mendapat bantuan), dan mendapat bantuan khas persekolahan anak-anak (dengan cara menipu fakta semasa mengisi borang permohonan). JIKA KITA DITIMPA BALA, ANAK MENDAPAT MUSIBAT, KELUARGA DITIMPA MALANG, MAKA MASA ITULAH BARU KITA MERINTIH...WALHAL, KITA YANG "MENEMPAH" BALA, MUSIBAT DAN MALANG TERSEBUT. Jadi, sama-samalah kita insafi....

Jan 1, 2014

Taugeh Goreng Kampung

Nak cuba sayur ringkas tapi menyelerakan ni?

Bahan-bahan:
Semangkuk taugeh yang dibersihkan
Daun bawang (dipotong sekitar 3sm)
Sebiji bawang besar (dipotong besar)
Sedikit garam
Sedikit minyak
2 ulas bawang merah (dimayang kasar)
3 ulas bawang putih (dimayang kasar)
4 biji cili merah (dipotong kecil
2 sudu kicap manis
Sepotong limau nipis

Caranya:
Tumis bawang putih dan bawang merah sampai wangi dengan minyak. Kemudian masukkan semua bahan di atas (kecuali limau nipis). Apabila taugeh telah layu, matikan api dan perah limau nipis, dan angkat.


Dec 26, 2013

“Ayat 1000 Dinar‎”



Sejarah Dinamakan “Ayat 1000 Dinar‎”

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki di sebuah negara di Timur Tengah yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Ayat tersebut adalah seperti berikut:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya (daripada sumber) yang tidak di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (dalam segalanya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.


Maka beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎ Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir. Kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak dengan kuatnya. Namun pedagang  tidak putus-putus membaca ayat tersebut, sehingga sampai satu ketika kapal itu pun karam dan semua anak kapal mati lemas, kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎ Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar “Ayat ‎‎1000 dinar”.‎

Dec 23, 2013

Sahabat lama... Halim Daud

Ini gambar sahabat saya HALIM DAUD dan isterinya, yang kini "berhijrah" dan menetap di satu kampung di Perlis. Setelah berpencen, dan semua anak telah berkeluarga/mencari kehidupan sendiri, maka mereka kini tingal berdua dengan bertemankan sebidang tanah pertanian yang terletak di tepi sebuah sungai yang kecil.... Sunggguh menarik tempatmu, wahai sahabat. tenang dan menenangkan jiwa...

Saudara Halim, ini saya hadiahkan sebuah lagu, nyanyian Abiet G. Ade, berjodol "BERITA KEPADA KAWAN"..

Yang TERSEMBUNYI dan TERSIRAT

Perhatikan gambar berikut: Apakah yang TERSEMBUNYI dan TERSIRAT disebaliknya?