Nov 3, 2015

Taman Negara Pulau Pinang

Pada 2 November 2015, saya, Dr Zul Zakiyudin dan 12 pelajar kursus Sarjana Sains Pembangunan Pelancongan (MSc Tourism Development) USM mengadakan lawatan sehari ke Taman Negara Pulau Pinang, bagi tujuanl awatan kajian kes di tapak bagi membolehkan para pelajar melaksanakan satu tugasan berkaitan kursus "Tourim Policy and Organization" yang dikendalikan oleh Dr Zul Zakiyudin dan saya.






















Oct 28, 2015

NBOS PILS Langkawi 23-25 Oktober 2015

Berikut rakaman aktiviti National Blue Ocean Strategy (NBOS) Program Inisatif Libat Sama (PILS) yang melibatkan pihak Kementerian Pendidikan, beberapa universiti tempatan dan Politeknik, berkaitan aktiviti membantu pembangunan sekolah. Aktiviti ini berjalan di Langkawi Lagoon Resort pada 23-25 Oktober 2015:









Oct 27, 2015

Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit.

Berikut beberapa maklumat berkaitan buku Abdul Aziz Hussin. 2015. Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Edisi Ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka:








 Cabutan daripada manuskrip buku ini, di halaman 11-12:

Apakah yang Dikatakan Lesen Pendudukan Sementara?

Dalam kes Papoo lwn Veeriah,[1] Hakim Good ada menyebut, antara lain: [2]

“Suatu Lesen Pendudukan Sementara adalah tepat tersirat seperti namanya. Ia suatu lesen untuk menduduki dan tidak lebih daripada itu.”

            Nampaknya apa yang ditekankan oleh Hakim Good itu adalah mengenai taraf pendudukan orang atau badan atas sesuatu tanah yang diberikan lesen pendudukannya yang bersifat sementara, dan disebabkan itulah lesen itu digelar Lesen Pendudukan Sementara. Penulis David Wong[3] pula menyebut bahawa disebabkan tempoh sahnya yang singkat dan tidak boleh serahhak itulah mungkin menyebabkan ia dipanggil lesen. Walau apa pun, kedua-dua pemahaman iaitu mengenai ‘lesen’ dan ‘sementara’ adalah betul dan menggambarkan atau menberi takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’.
            Nik Abdul Rashid[4] mentakrif Lesen Pendudukan Sementara (beliau menggunakan istilah ‘Lesen Tumpangan Sementara’) sebagai suatu kebenaran yang diberi oleh pihak berkuasa negeri kepada mana-mana orang atau badan untuk melakukan sesuatu aktiviti di atas tanah; tanpa kebenaran sedemikian itu, pelaku itu akan dianggap sebagai penceroboh.
            Kedua-dua perkataan iaitu ‘lesen’ dan ‘sementara’ adalah penting dalam memberikan takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’. Dalam the Random House Dictionary,[5] perkataan ‘lesen’ bermaksud, antara lain, suatu kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa yang sah untuk melakukan sesuatu perkataan yang khusus; dan perkataan ‘sementara’ pula bermaksud menyediakan atau terpakai atau berkuat kuasa untuk sesuatu tempoh masa sahaja. Jadi, bolehlah disampulkan bahawa Lesen Pendudukan Sementara adalah suatu kebenaran daripada pihak berkuasa negeri yang diberi kepada orang atau melakukan sesuatu perkara khususbagi suatu tempoh masa yang tertentu.
            Hakim Suffian dalam kes Fatimah lwn Moideen Kutty[6] menyebut mengenai status tanah itu dan status orang yang diberi Lesen Pendudukan Sementara. Beliau menekankan, antara lain,

“Sebelum sahaja tanah itu diberi Lesen Pendudukan Sementara …, tanah berkenaan adalah tanah negeri. Selepas diberi Lesen Pendudukan Sementara, tanah itu masih tanah negeri tetapi… (orang itu) … ada suatu lessen untuk mendudukinya secara sementara.”[7]  




[1] [1965] M.L.J. 127 (Mahkamah Tinggi).

[2] Ibid., hlm. 12. Telah dirujuk juga penghakiman oleh hakim Seah dalam kes Cheo Lean  lwn Fock Fong Looi [1985]2 M.L.J.440.

[3] David Wong Tenure and Land Dealings in Malay State, 1975. Singapura: Singapore  University Press.

[4] [1978] J.M.C.L.85.

[5] Jess Stein, 1980. New York: Ballataine Books.

[6] [1969] 1 M.L.J. 72.

[7] Ibid ., hlm. 72.

Oct 7, 2015

Kebakaran Pondok Di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan

Satu kebakaran besar melibatkan 60 pondok di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan, telah berlaku pada kira-kira pukul 8.15 malam, 5 Oktober 2015 (21 ZulHijjah 1436):






 Berikut ini adalah kesan kemusnahan akibat kebakaran tersebut:









Sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah disampaikan ke akaun berikut:

Sep 28, 2015

SUSTAINABILITY OF WATER SUPPLY SYSTEM



The issue with sustainable development became a subject of debate around 1970’s. It is a concept that was mainly allied within the interest of protecting the environment by Safeguarding natural resources and ecological system. The United Nations (1987) defined sustainable development as that development that meets the present generation without compromising the ability of the future generations to meet their own needs. In the same vein Sustainable water supply system has been define by different authors from different perspective, and almost all the definitions are relatively based on same factors such as financing, cost of operations and maintenance, external assistance and continued flow of benefits over a long period of time (Parry-Jones et al., 2001). Black (1998) posited that achieving sustainable water supply strongly defends on sources of fund for services delivery, the needs to make project self-sufficient, and cost sharing among users. In their own study Tadess et al. (2013) argued that the grasp of sustainability in water supply enthrals the realization of enduring beneficial services in urbanite water supply services. Accordingly adopting a dedicated concept as a framework is very crucial in order to paved ground for accomplishing sustainable water supply scheme. Ample researchers have either developed or adopted similar conceptual framework purposely to show-case the significance of sustainability in water supply system. Over the years this conceptualized framework has been shared by many other scholars since it has five key dimensions which are financial, technical, environmental, social, and organizational (Abrams, 1998). By this framework sustainable water supply is subject to changes over a long period of time since all the listed factors are collaborative and they also defend on one another. In addition all stakeholders must be willing to work together, stakeholders here includes communities, government, non-governmental organization (NGO) and most importantly private sector partners in form of partnerships (Harvey et al., 2002).

NOTE:
The above statements are abstracts of an article, Abdelnaser Omran, Abdullahi Nafiu Zadawa, Auwalu Sani Shehu & Abdul Aziz Hussin, APPLICATION OF PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIPS PROCUREMENT OPTION FOR SUSTAINABLE  DEVELOPMENT OF WATER SUPPLY PROJECT IN BAUCHI CITY METROPOLIS, NIGERIA, INTERNATIONAL JOURNAL of ACADEMIC RESEARCH Vol. 7. No. 2. Iss.1. March, 2015, pp. 218-226.

Sep 20, 2015

Run For Peace USM Induk

Bermula seawal jam 6 pagi, ahad 20 September 2015, kampus induk USM Pulau pinang telah mula sibuk...banyak kenderaan, terutama bas yang masuk...Dan bermula jam 7 pagi, acara RUN FOR PEACE pun bermula....


 Dua gambar di atas, Acara Perasmian Larian di Padang Minden.







Eh, yang seorang tu, naper pelik pulak? Dia jer berbaju kuning... Baru balik makan di Restoran Subaidah kampus...