Nak dijadikan cerita, awal pagi tadi, 6 April 2012, seorang "pendatang baru" (saya namakan dia "Y") ke kafe yang kerap saya kunjungi untuk bersarapan pagi, telah duduk semeja dengan saya, dan seorang sahabat. Sambil kami makan, Y yang berbual rancak dengan kami telah, antara lain, menyebut, "Kalu nak buat baik, berpada-pada la, dan buat jahat jangan sekali". Kami pakat-pakat gelak, tetapi terdetik di hati saya..."Eh, biar betul orang ni...!!!!". Sebab:
Buat baik berpada-pada = Buat baik tu jangan banyak-banyak, sekadar yang sepatut sahaja.
Betul ker?
Buat jahat jangan sekali = Buat jahat hendaklah banyak kali!!!, dan jangan buat cuma sekali???
Betul ker?
Y ni buat kelakar, atau kelakaukarakatau???
Atau dia tersilap atau tersasul?
Assalamualaikum Prof. Moga sihat selalu bersama keluarga.
ReplyDeleteKalau kena pada orang lurus buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali- memang agak hillarious membacanya. Hmm.Mungkin peningkatan kadar jenayah ada kaitan dengan pernyataan tak habis diatas?Hehe.
Teringat satu cerita saya baca- seorang ketua memberi perintah kepada seorang wakil berkenaan seorang tawanan untuk dilepaskan. Cuma perintah diberi tersilap yang ditulis begini- Gantung, jangan lepaskan.
Sebenarnya tanda koma tersalah (,)letak. Ia patut begini- Gantung jangan, lepaskan.
Tamatlah riwayat seorang anak Adam, kemudiannya.
Haha.
Salam... he he he... Cerita yang saudara catatkan tu popular juga dikalangan peguam, sebab ia ada kaitan dengan penghakiman, he he... Tu belum lagi cerita berkenaan "rahsia kehidupan", yang beberapa peguam kenakan saya semasa kami berehat di Bilik Peguam (Bar Room) di Mahkamah Tinggi Kota Bharu beberapa tahun lepas...
Delete'Rahsia kehidupan'?
DeleteKalau tak ada masalah buatlah posting berkaitan rahsia tu Prof.