Jul 25, 2012

Kegigihan Warga Kota Surabaya: 2

Lihatlah kegigihan penduduk Kota Surabaya mencari pendapatan, demi rezeki yang halal... Kita patut mengkagumi mereka, dan mencontohi mereka yang melakukan apa sahaja yang terdaya demi kelangsungan kehidupan mereka dan keluarga... Yang PENTING, sumbernya HALAL...

1. Budak perempuan ini menaiki bas yang sedang menunggu penumpang di Terminal Bas Bungurasih, Surabaya. Dia mengedarkan sekeping kertas kepada setiap penumpang bas....

Kemudian dia akan bermain gitar sambil bernyanyi...


Kemudiannya dia kan mengutip kertas yang diedarkan tadi, sambil mengutip "derma" daripada para penumpang...


Ada juga yang terus menyanyi "ala kadar" jer...


2. Ada juga para peniaga lain yang menggunakan bermacam teknik jualan, untuk menjual barangan mereka (terdiri daripada bahan bacaan, makanan, alat kelengkapan diri, dan seumpamanya), sebelum bas bertolak. Ini juga di Terminal Bas Bungurasih, Surabaya.







3. Ada juga segelintir yang "menagih simpati" dengan pelbagai aksi, permintaan dan ragam... Yang ini di Terminal Bas...

4. "Bengkel bergerak" ini amat menarik minat saya. Bengkel ini terletak di tepi Jln Manyar Kertoarjo 44, Surabaya. Dia dan 4 pekerjanya (2 orang dalam satu syif), akan memberikan perkhidmatan membaiki motosikal dan kereta (pam angin, menukar tiub, dan membaiki kenderaan)...di tepi jalan...


Saya bertanya Mujib (tuanpunya "bengkel bergerak" ini) dan Yusuf (salah seorang pekerjanya). Mujib memberitahu modal permulaan melengkapkan bengkel ini adalah RP75 juta (sekitar RM25,500), dan menyewa tempat daripada tuanpunya premis berhampiran (?) RP1 juta setahun), dan juga termasuk sekali-sekala membersihkan sekitar premis (sebuah rumah bunglo). Elektrik saya nampak disambung terus daripada talian elektrik di tepi jalan tersebut. Pssst, saya tak berani tanya dia mendapat kebenaran atau tidak, tetapi saya percaya, tentunya ada kebenaran. Yusuf dan Mujib memberitahu mereka boleh mendapat hasil sekitar RP500,000 (sekitar RM170) sehari.



4. Ibu ini saya temui sedang menyusun hasil kutipan barang plastik terpakai di tepi jalan, di hadapan sebuah hotel mewah. Dia memberitahu dia menjual bahan plastik tersebut dengan harga RP4000 (sekitar RM1.35) sekilogram. Tapi dalam sehari, dia cuma mendapat purata tak lebih 2 kilogram.... Suaminya juga melakukan kerja yang serupa. Mereka mempunyai seorang anak kecil... Selepas memberikan sedekah sedikit, saya terus berlalu....dengan sedikit airmata tergenang di kelopak mata...sebab terkenang kemiskinan yang serupa yang pernah saya lalui semasa kecil dahulu...


5. Bapak yang berdiri memakai topi itu adalah bapak beca... Yang bersila tu adalah pembuat dan pembekal patung, pakaian dan topeng bagi satu jenis permainan tradisional. Dia juga adalah pemainnya (jika dijemput). "Bengkel" bagi pembuatan topeng tersebut adalah di situ la...







6. Mereka ini pula mengail ikan di sungai berhampiran Stesyen Keretapi Gubeng, Surabaya. Mereka memberitahu saya, mereka mengail untuk dipelihara, dan juga dimakan




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.