Ini saya bergambar bersama 3 sahabat di hadapan Masjid Taqwa di parapat, Danao Toba, Indonesia. Saya dan beberapa sahabat sempat bersolat Jumaat pada 26 April 2013 di masjid ini. Masjidnya tidak la besar, dan saya agak ia cuma dapat memuatkan sekitar tak lebih 500 jemaah di ruang utamanya.
Nak dijadikan cerita, saya berada di saf kedua. Semasa semua jemaah berdiri untuk memulakan solat, saya perasan terdapat ruang kosong di kiri saya, dan oleh kerana memikirkan lebih afdhal makmum "memberatkan" ke kanan saf, maka saya memegang perlahan pergelangan tangan makmum di kiri saya untuk merapatkan saf,... tetapi saya terkejut juga kerana dia pula yang kemudiannya memegang kiri saya dengan agak kuat dan menarik saya supaya berada di sisnya....
Apapun, saya maafkan dia atas "kekesarannya" itu..... Itu cuma sedikit pengalaman bermusafir.... Banyak lagi dugaan yang lebih besar, kan? Yang penting, ingatkan diri sendiri dan para sahabat kita agar jangan tinggalkan solat, walau di mana kita berada, dan pohonlah pertolongan Allah setiap masa....
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.