Sekitar jam 8.30 malam, Sabtu, 12 Februari 1949, as Syeikh Hasan AlBanna bersama abang iparnya al Ustaz Abdul Karim Mansur (seorang peguam) meninggalkan pejabat agung jamaah Al Ikhwan di Jalan Malikah Nazili, Kaherah, Mesir. Beliau memanggil sebuah kereta dan kemudian menaikinya bersama iparnya itu. Semasa kereta itu memusing untuk membawa as Syeikh AlBanna dan iparnya ke suatu destinasi dari pintu jamaah Al Ikhwan menuju ke Jalan Malikah Nazili, tiba-tiba seorang pemuda yang bersongkok putih, mengacukan sepucuk pistol dan terus melepaskan tembakan kepada orang-orang yang ada di dalam kereta itu. Tembakan pertama menembusi dada kanan as syeikh Hasan Al Banna. Apabila beliau cuba menoleh ke arah tembakan dilepaskan, penyerang itu menembak lagi sebanyak lima das di belakangnya, Beliau cuba berdiri kerana terkejut tetapi ditembak lagi di paha kirinya. Pemandu kereta itu sempat membaringkan dirinya di atas kusyen tempat duduknya. Sejurus kemudian setelah tersedar dari kebingungannya, pemandu itu bersegera memecut keretanya ke sebuah klinik. Doktor yang merawat dapat melihat betapa parahnya keadaan as syeikh Hasan Al Banna, telah mengarahkan supaya as syeikh Hasan Al Banna dipindahkan ke Hospital ‘Qasru al Aini’. Di sana ternyatalah bahawa Hasan Al Banna telah ditembak dengan pistol, di mana sebanyak dua das menembusi dadanya dan memecahkan sebatang dari tulang rusuknya sekaligus merosakkan bahagian dalam tubuhnya"
10
Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1.
Dirikan
solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu
2.
Bacalah
al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau
zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk
hal-hal yang tidak berfaedah.
3.
Bercakaplah
dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
4.
Jangan
banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan
sebarang kebaikan.
5.
Jangan
banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan
mantap.
6.
Jangan
suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang
lain selain kesungguhan.
7.
Jangan
engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan
dan menyakitkan.
8.
Jauhi
menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan
yang baik.
9.
Perkenalkan
dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu,
sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
10.
Kewajipan
selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain
untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah
dalam waktu sesingkat-singkatnya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.