May 31, 2018

Kemalangan Jalanraya Jam 11 malam 7 Mei 2018

Sekitar jam 11 malam, 7 Mei 2018, sekitar 3 km selepas R$R Bukit Beruntung, menuju ke Selatan, berlaku kemalangan jalanraya melibatkan sebuah treler yang melanggar sisi kanan belakang sebuah lagi treler yang berhenti di tepi lebuhraya akibat rosak (yang tidak dipasang kon dan amaran kecemasan).
Treler yang melanggar tersebut dipandu oleh, Saiful, anak saudara saya (di sebelah isteri), dan kelendannya juga adik beliau. Beliau tidak cedera, namun adiknya, Fitri, cedera parah, dan semasa berita ini ditulis, masih dirawat dalam wad ICU, Hospital Sungai Buloh... Semoga Fitri sihat pulih seperti sediakala, InsyaAllah...

NOTA: Itulah pentingnya menyediakan langkah kecemasan (termasuk siap sedia ada kon merah di atas kenderaan)







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.