Mar 26, 2018

Kelebihan Bulan Rejab (Bulan ke 7 Dalam Kalender Hijriah)

 Apa Maksud ‘Rejab’?

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

Mengapa Bulan Ini Diagungkan?

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t (yang bermaksud);

“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”(Surah at-Taubah:36)

Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. 

Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Apa Keistimewaan Bulan Ini?

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi.)

Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk merebut keistimewaan bulan Rejab yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Mar 15, 2018

Majlis kenduri walimatulurus sempena perkahwinan anak sahabatku Zawawi Nor.

Pada 11 Mac 2018, bertempat di sebuah dewan di Putrajaya, diadakan majlis kenduri walimatulurus sempena perkahwinan anak sahabatku Zawawi Nor.

Saya diwakili 2 anak, 2 cucu dan menantu, kerana hajat saya untuk hadir tidak kesampaian kerana terseliuh ligamen betis beberapa hari sebelum majlis kenduri.

Apapun, semoga pasangan baru ini diberkati Allah SWT dan dimurahkan rezeki serta kekal bahagia hingga ke Jannah








Mar 7, 2018

11 BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG ISLAM YANG SUKA MENJEJAK KAKI MASJID/SURAU

Beruntunglah orang yang digelar "kaki masjid". Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan (bermaksud): "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda (bermaksud): "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda (bermaksud) : "Tiada seorang Muslimin yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda (bermaksud): "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda (bermaksud): "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda (bermaksud): "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik(bermaksud) : "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- Rasulullah bersabda (bermaksud) : "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda (bermaksud): "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9. Rasulullah bersabda (bermaksud): "Masjid adalah rumah setiap orang bertakwa. Allah telah menjamin sesiapa yang menjadikan masjid  ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju kpd keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah bersabda(bermaksud) : "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman (bermaksud): "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman (bermaksud): "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai AHLI UTAMA -Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Maksud hadis Riwayat Abu Dawud)

Mar 5, 2018

Pengemis (Penipu) Moden

Di mana: Dalam gerabak keretapi komuter Sentul ke Batu Cave.
Tarikh dan masa: 16 Februai 2018, sekitar jam 10.30 malam. Masa saya menunggu keretapi bergerak dari Stesyen Sentul ke Batu Cave, seorang lelaki sasa (India) mengangkat tangan kepada saya semasa dia berjalan masuk ke dalam gerabak yang saya naiki. Dia menyapa, "Wah abang hari ni santai jer...Biasa pagi pagi abang berpakaian kemas dan baca surat khabar dalam tren" Saya hairan, "Bila pula aku berulang alik di laluan ni? Aku kerja di Pulau Pinang". "Dia ni nak kelentong aku la ni.."
Saya cuma senyum, dan menjawab, "Aaaaa...aaah."
Dia terus memberitahu dia baru memeluk Islam, asal bangsa India, dan cuba minta bantuan organisasi kerajaan berkaitan Islam, tapi tak dilayan. Dia kata "Saya duit tak ada... rasa macam nak macam nak bunuh diri..."
Saya cuma merenung dia..dan mengambil gambarnya dari bayangan gelap cermin keretapi
"Abang, pinjam duit RM50 boleh? Nanti saya bayar> Abang amik no telefon saya"...
Saya cuma senyum... dan kemudian dia turun di Stesyen Batu Kentomen, 


The article below is relevant:


Beggars in JB found to be earning staggering RM10,000 monthly
https://s.yimg.com/ny/api/res/1.2/d69VXaDtXommvFtasVCBMw--/YXBwaWQ9aGlnaGxhbmRlcjtzbT0xO3c9ODQ7aD04NDtpbD1wbGFuZQ--/http:/l.yimg.com/os/creatr-images/GLB/2017-05-05/ef5e0ec0-3146-11e7-b877-8dd15ac06abf_nstlogo2.jpg
MARY VICTORIA DASS
New Straits Times11 March 2018
JOHOR BARU: The generosity of city folk here when approached by beggars has allowed some of them to earn as much as RM300 daily, and up to a staggering RM10,000 per month. Due to the lucrativeness of their activity, the beggars go all out to escape regular Social Welfare Department (JKM) crackdowns by staying one step ahead, always shifting their “place of business” or operating at erratic hours. Their main congregation point, however, appears to be traffic lights at busy intersections in the city. "They carry out their activities at traffic lights because they are able to earn more money (while the lights are red), and it is easier for them to flee when they see enforcement vehicles (which cannot reach them in time due to) traffic congestion,” said JKM Johor Baru officer Normawarni Mahat, adding that many rescued beggars are found to have been earning up to RM300 a day. Among beggars rescued in recent months here are two Rohingya women in their 30s, four children aged between 6 months and 3 years, and a disabled man from Vietnam.
Normawarni said they also managed to rescue three local men aged between 50 and 60. “The three (Malaysian men) were previously detained and charged under the Destitute Persons Act 1977 in 2016. “At that time, they were released with a warning not to commit the same offence. However, after being caught begging on numerous subsequent occasions, they were sent to a welfare institution last year to undergo rehabilitation,” she said. Investigations have revealed that beggars are driven by financial problems, unemployment, and alcohol and drug addiction. “Members of the public who wish to report begging activities in the Johor Baru district can contact the Johor Baru Social Welfare office at 07-2232 606 or Talian Nur at 15999. “We hope that the public will not give in easily to beggars, as this will only encourage them to choose the easy way to get money and carry on with their activities,” Normawarni added. © New Straits Times Press (M) Bhd

https://sg.news.yahoo.com/beggars-jb-found-earning-staggering-080140068.html

Mar 1, 2018

General Yamashita, Sultan Terengganu & Raja-Raja Melayu Pada 11 April 1942




11 April 1942 Sultan-Sultan Melayu menerima undangan buat pertama kali bagi bertemu dengan Jeneral Tomoyuki Yamashita ataupun di kenali sebagai Harimau Malaya - Tentera Imperialis Jepun yang berjaya menawan Singapura dan Tanah Melayu dalam masa 70 hari dari British. Pertemuan ini di aturkan bagi memaklumkan secara rasmi Singapura dan Tanah Melayu kini telah menjadi Tanah Jajahan kepada Kerajaan Imprealis Jepun.

Berdiri dari Kiri : Marquis Yoshichika Tokugawa (Penterjemah serta Penasihat Jepun bagi Raja-Raja Melayu), Jeneral Tomoyuki Yamashita, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu), Tengku Ibrahim Petra Sultan Muhammad IV (Tengku Mahkota Kelantan), Tunku Badlishah Sultan Abdul Hamid (Raja Muda Kedah), Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), Sultan Abdul Aziz Al Mutasim Billah Shah Raja Muda Musa (Sultan Perak) dan Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (Yang Dipertuan Negeri Sembilan).

Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur (bersongkok) mengenakan pingat “Order Of The Rising Sun” 1st Class (Grand Cordon) yang dikurniakan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1934.

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Sultan Abdullah (Sultan Pahang) dan Raja Syed Alwi Syed Saffi (Perlis) tiada dalam foto berkumpulan.

Rujukan Text & Gambar:
Asahi Shimbun
Izmal Karim Archivist Tranung

Insiden Syahidnya Al Imam as Syeikh Hassan Al Banna

Sekitar jam 8.30 malam, Sabtu, 12 Februari 1949, as Syeikh Hasan AlBanna bersama abang iparnya al Ustaz Abdul Karim Mansur (seorang peguam) meninggalkan pejabat agung jamaah Al Ikhwan di Jalan Malikah Nazili, Kaherah, Mesir. Beliau memanggil sebuah kereta dan kemudian menaikinya bersama iparnya itu. Semasa kereta itu memusing untuk membawa as Syeikh AlBanna dan iparnya ke suatu destinasi dari pintu jamaah Al Ikhwan menuju ke Jalan Malikah Nazili, tiba-tiba seorang pemuda yang bersongkok putih, mengacukan sepucuk pistol dan terus melepaskan tembakan kepada orang-orang yang ada di dalam kereta itu. Tembakan pertama menembusi dada kanan as syeikh Hasan Al Banna. Apabila beliau cuba menoleh ke arah tembakan dilepaskan, penyerang itu menembak lagi sebanyak lima das di belakangnya, Beliau cuba berdiri kerana terkejut tetapi ditembak lagi di paha kirinya. Pemandu kereta itu sempat membaringkan dirinya di atas kusyen tempat duduknya. Sejurus kemudian setelah tersedar dari kebingungannya, pemandu itu bersegera memecut keretanya ke sebuah klinik. Doktor yang merawat dapat melihat betapa parahnya keadaan as syeikh Hasan Al Banna, telah mengarahkan supaya as syeikh Hasan Al Banna dipindahkan ke Hospital ‘Qasru al Aini’. Di sana ternyatalah bahawa Hasan Al Banna telah ditembak dengan pistol, di mana sebanyak dua das menembusi dadanya dan memecahkan sebatang dari tulang rusuknya sekaligus merosakkan bahagian dalam tubuhnya"  





10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1.   Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu
2.   Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
3.   Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
4.   Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
5.   Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
6.   Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
7.   Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8.   Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
9.   Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
10.   Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya


Majlis Pertunangan Anak saudara Di Kampung Chenulang, Kuala Krai

Pada 17 Februari 2018, telah berlangsung Majlis Pertunangan di antara anak saudara saya (anak abang saya), iaitu Nurul Izuwana bt Mat Nawi dengan Solahudin bin Jasmani, yang diadakan di rumah abang saya di Kampung Chenulang, Kuala Krai, Kelantan. Majlis tersebut berjalan meriah. Alhamdulillah. Semoga Majlis Pertunangan tersebut disusuli dengan Majlis Akad Nikah pula, dan semoga pasangan ini menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat, murah rezeki dan dikurniakan zuriat sebaiknya. InsyaAllah..













NOTA: Malangnya saya sendiri tak dapat hadir kerana ada urusan di Subang Jaya dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.