Mar 10, 2011

Solok Petola/Ketola Ular (trichosanthes anguina)

10 potong ketola/petola ular (dipotong sepanjang sekitar 6sm setiap satu, dikorek dan di asingkan isinya, tetapi ditinggalkan tidak dikorek habis di salah satu hujungnya)
5 ranting pucuk ubi kayu (tidak wajib)

10 sudu besar kelapa goreng (dikisar separuh lumat)
5 sudu besar kelapa parut (dikisar separuh lumat)
1 ekor ikan (seeloknya ikan kembung, atau sardin)(direbus separuh masak, tanpa air)(boleh juga dibakar)(ambil isinya sahaja dan dikisar lumat)
Satu sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar garam
3 sudu besar gula
Secawan santan pekat
5 ulas bawang merah (dikisar lumat)
5 biji cili padi (dikisar lumat)(atas pilihan, jika suka pedas)
1 cawan santan cair.

Gaulkan sehingga sebati semua bahan tadi (kelapa goreng, kelapa, ikan, lada hitam, garam, gula, santan pekat, cili, bawang merah, dan isi petola yang dikorek). Sumbatkan semua bahan tadi ke dalam setiap petola tadi.

Lapikkan pucuk ubi kayu di bahagian bawah periuk (tapi di sebelah dalam periuk, bukan di luar periuk la wey...). Susun semua petola berdiri (dengan bahagian tidak dikorek terletak di bahagian bawah). Masukkan santan cair, dan letakkan di atas dapur. Tutup periuk. Masaklah dengan api sederhana. Biarkan sekadar 5-7 minit sahaja, dan angkat. Boleh dihidangkan. Jangan lupa, pucuk ubi itu juga sedap dimakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.