Mar 21, 2012

Nak Ke Mana? Pulau Pinang

Berikut ini adalah cerita daripada seorang sahabat saya yang menceritakan cerita hal seorang sahabat beliau. Cerita ini berlaku sekitar lebih 20 tahun dahulu. Sahabat saya ini, saya namakan dia "WJ" mempunyai seorang sahabat, yang saya namakan dia sebagai "MD". Pada suatu awal pagi, sekitar jam 9, MD dan WJ telah menyeberangi Selat Pulau Pinang (Nota: Selat Pulau Pinang ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dikenali sebagai "Selat Utara" dan "Selat Selatan") dari bandar Georgetown ke Butterworth dengan menaiki feri. Sampai di Butterwoth, WJ dan MD berpecah, kerana masing-masing ada urusan sendiri. MD berpesan kepada WJ bahawa dia (MD) akan pulang awal selepas kerjanya selesai. Sekitar jam 1 petang, WJ kembali ke pengkalan feri Butterwoth untuk pulang ke Balik Pulau (terletak di bahagian pulau, Pulau Pinang)
Dia terkejut kerana mendapati kawannya MD masih berada di pengkalan feri, dan belum pulang ke pulau. WJ bertanya MD, "Mu kata nak balik awal, tapi kenapa mu masih berada di sini"?
MD: Aku memang sampai di sini sekitar jam 10.30 lagi. Memang aku nak balik awal...
WJ: Jadi, kenapa tak naik feri lagi?
MD: Aku dah tunggu FERI PULAU PINANG hampir 2 jam setengah, tetapi tak ada FERI PULAU PINANG. Aku tengok feri yang sampai, bertulis, PULAU TUBA,... PULAU TIKUS,... PULAU ANGSA,... PULAU RIMAU...



WJ: Wooit, kawan!!! Tu nama feri la weeey...! Semua feri ni pergi ke Pulau Pinang la wey...!!!
MD: Aaaa?????

Tu cerita zaman dulu... Kini jika kita ke Pengkalan feri tu, memang dah ada pun feri yang namanya "FERI PULAU PINANG"....

Tapi jangan la pula dok tunggu dan berebut nak naik feri tu sahaja... Feri lain pun boleh naik juga kalau nak ke Pulau Pinang, he he he...
Apo kono eh jang....???


3 comments:

  1. Assalamualaikum Prof

    Saya masa awal awal di Penang dulu pun bila cuba cuba naik feri pun rasa agak keliru dengan nama feri feri tu.

    Kalau balik dari Johor ke Penang tak silap saya feri mula operasi jam 6 pagi tak silap saya.

    Agak jarang jarang juga naik feri ni kemudian sebab lebih senang dan cepat menyeberang jambatan. Tapi tetap kena merasa jugalah naik feri ni sebelum ia pupus, sama macam beca.

    ReplyDelete
  2. hihihihi...siapakah agaknya MD & WJ tu... tp ada skg pn ada sesetengah yg masih keliru dgn nama feri tu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Identiti MD dan WJ tu biarlah abah rahsiakan, he he he...sebab mereka tu sekarang ini diantara "orang yang hebat"...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.