Ungkapan, atau catatan yang mengandungi perkataan "50:50" kerap juga kita jumpa, kan? Misalnya:
"Pesakit tersebut ditempatkan dalam wad ICU, peluang untuk pulih adalah 50:50"
"Saya berpendapat, peluang calun ini untuk menang adalah 50:50"
"Saya letakkan kadar 50:50 untuk dia berjaya dalam pertandingan tersebut"
"... menolak andaian bahawa Parti ... mempunyai peluang 50-50 untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang..."
"Pelan damai ini mempunyai peluang 50:50 untuk berjaya diimplementasikan"
Malah terdapat filem drama komedi 50/50 yang diterbitkan dalam tahun 2011 yang diarahkan oleh Jonathan Levine, ditulis oleh Will Reiser, dan dibintangi antaranya Joseph Gordon-Levitt dan Seth Rogen.
Apakah maksud sebenar orang yang mengemukakan pandangan, ide, atau cadangan tersebut? Pada pandangan saya, orang yang mengungkapkan ayat tersebut tidak yakin diri, atau, dalam kes yang lain, dia sendiri tidak pasti tentang hujung pangkalnya, atau, cerita/berita tersebut belum muktamad, atau, menggambarkan situasi yang tidak menentu, atau, adakah itu gambaran orang yang penakut?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.