Batu sebagai objek, sama ada berbentuk batu besar (rock), batu kecil (stone) atau pasir (sand), dan "batu" (mile) sebagai ukuran jarak, banyak digunakan sama ada secara hurufiah atau secara tersirat.
Batu banyak digunakan sebagai nama tempat:
Batu Berendam (Melaka)
Batu Gajah (Perak dan Kelantan)
Batu Lembongan (Indonesia)
Batulicin (Indonesia)
Batu Nuri (Thailand)
Batununggal (Indonesia)
Batu Rakit (Terengganu)
Batu Raking (Terengganu)
Batu Punggul (Sabah)
Batu Batu (Johor)
Batu Lumbung (Indonesia)
Batu Melintang (Kelantan)
Batu Uban (Pulau Pinang)
Batu Cave (Selangor)
Batu Kurau (Perak)
Batu Maung (Pulau Pinang)
Batu Puteh (pulau, Johor)(Kedah)
Batu Pahat (Johor dan Perlis)
Batu Lanchang (Pulau Pinang)
Batu Kawan (Pulau Pinang)
Kuala Batu (Indonesia)
Batu Nabau (Sarawak)
Batu Hampar (Kedah)
Batu Nibong (Sarawak)
Anjung Batu (Johor)
Batu Niah (Sarawak)
Batu Muda (Kuala Lumpur)
Batu Feringhi (Pulau Pinang)
Batu Tangga (Pahang)
Batu Burok (Terengganu)
Tanjung Batu (Sabah)
Batu Bolong (Bali, Indonesia)
Batu Dam (Johor)
Batu Emas (Johor)
Batu Tiga (Selangor)
Kg. Batu 1, 2, 3, 4, 5, 6.......dan lain-lain (di seluruh negara)
Batu Gunung (Kedah)
Batu Gantung (Pulau Pinang)
Batu Karang (Selangor)
Batu Lintang (Sarawak)
Batu Muda (Kuala Lumpur)
Batu (Kuala Lumpur, dan Surabaya Indonesia))
Batu Nona (Indonesia)
Batu Road (Kuala Lumpur)
Batu Hampar (Pahang)
Batu June (Terengganu)
Batu Jong (Kelantan)
Bukit Batu (Johor)
Batu Tulug (Sabah)
Tangga Batu (Melaka)
Batu Papan (Kelantan)
Batu Kikir (Negeri Sembilan)
Dan,
Berapa batu jaraknya dari sini ke sana?
Zaman batu
Terdapat juga perkataan "batu" digunakan dalam perumpamaan, simpulan bahasa dan lain-lain, misalnya,
Berat macam batu
Keras macam batu
Hati batu
Batu loncatan
Batu api
Membatu
Lontar batu sembunyi tangan
Ada satu lagi perkataan "batu" yang dahulu banyak/kerap digunakan, tetapi kini semakin terhapus penggunaan perkataannya, iaitu
AIR BATU
kerana dah digantikan dengan perkataan "ais" (ice)
JADI, HATI-HATI BILA MENGGUNAKAN PERKATAAN "BATU", ATAU MENGGUNAKAN "BATU" ITU SENDIRI. GUNAKANLAH UNTUK YANG BERFAEDAH, ATAU TINGGALLAH DI "BATU" YANG BAIK-BAIK... he he he...
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Assalamualaikum Prof
ReplyDeleteBatu.
Teringat cerita lama waktu pengajian di USM dulu.
Kami lambat masuk ke kelas suatu petang dan pensyarah kelas tersebut mengarahkan kami duduk didepan-bersila atas lantai.
Dipanggilnya kami- 'Batu batu (sindiran untuk kami yang tak mendengar kata kerana lambat masuk kelas)'.
Sejak itu kami tak berapa rajin nak datang lambat. Agak berdisplin selepas kejadian.
Alaikummussalam
ReplyDeleteHe he he... kesiannn, kena "batu" macam tu yer. Saya tak pernah menggunakan perkataan tersebut terhadap pelajar saya, termasuk perkataan "kayu", "bengong", "hantu"....Kalau pelajar datang lewat, biasanya saya kan tanya, samaada dia/mereka ada komitmen sebelum masa kuliah saya. Jika ada, saya bersedia anjakkan sedikit (misalnya 15 minit atau setengah jam) lewat, jika munasabah. Jika sengaja lewat, saya tak akan tunggu mereka, dan saya kan teruskan kuliah, dan jika mereka masuk lewat, saya mengangap seolah-olah mereka tak wujud, he he he...(sebab mereka menyusahkan majoriti pelajar yang lain)