Jun 17, 2012

Kailan Goreng

Bahan-bahan:
2 batang kailan (ambil daunnya sahaja)(potong sekitar 2sm atau 3sm setiap potongan)
5 ulas bawang merah
5 ulas/biji bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula 
4 potong ikan masin lembab (ikan tenggiri jeruk, atau lain-lain ikan pun boleh)
3 biji cili jeruk (potong sedang)
Beberapa ulas bawang puteh jeruk (dipotong kasar)
2 sudu besar minyak makan 
Sedikit air

Caranya:
Letak kuali atas api, dan masukkan minyak masak, dan panaskan, dan masukkan bawang merah, bawang puteh. Apabila dah berbau harum, masukkan ikan masin tersebut seketika, dan masukkan baang puteh jeruk, dan cili jeruk, dan biarkan seketika, dan masukkan kailan, sos tiram, garam, gula dan sedikit air tadi. Tunggu sehingga kailan layu, dan angkat. 





2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.