BERITA | MALAYSIA
Tiga lelaki nyaris maut,
ribut landa Bachok
Vivi Sumanti, Astro Awani | Ogos
12, 2018 23:01 MYT
BACHOK: Tiga lelaki nyaris maut apabila
kenderaan yang dipandu mereka dihempap pokok dalam kejadian ribut di dua lokasi
berasingan di sini, petang tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Mohd Rohni berkata, ketiga-tiga pemandu berusia antara 20 ke 30an yang sedang memandu kenderaan masing-masing ketika ribut melanda.
Katanya, lokasi pertama membabitkan dua kereta di jambatan pekan Jelawat dan lokasi kedua membabitkan sebuah kereta di Tangok sekitar jam 5 petang tadi.

"Dalam
kejadian ribut petang tadi, kenderaan di sekitar Jelawat bergerak perlahan
namun dua kereta jenis Proton Wira dan Proton Satria dihempap pokok yang
tumbang merintangi jalan di Pekan Jelawat," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, satu lagi kereta jenis Perodua Kancil dihempap pokok di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tangok.
Katanya, ketiga-tiga mangsa yang memandu seorang diri sempat keluar menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong pokok yang tumbang membabitkan sembila anggota dan satu jentera, manakala di Tangok hanya beberapa minit bagi membolehkan kesemua pemandu meneruskan perjalanan," katanya.
Ibrahim berkata, ini kejadian ribut kali kedua berlaku di Bachok membabitkan pokok tumbang.

Sementara
itu, kejadian ribut dipercayai mengganas di Jelawat jam 5 petang tadi turut
mengakibatkan kerosakan beberapa kedai dan menakutkan penduduk.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.