Secara purata setiap orang menghasilkan ½
liter gas kentut setiap hari. Para Penyelidik Ohio State University[1] mendapati
purata manusia kentut 10-20 kali sehari,
yang mengeluarkan bau kuat atau sedikit. Ketika mencerna makanan, bakteria dalam
usus akan dengan cepat mengambil protein dalam makanan dan menghasilkan
belerang. Ini menghasilkan gas methanethiol Menurut Dr Patricia Raymond, American
College of Gastroenterology[2]
menyatakan kuantiti kentut dipengaruhi oleh banyaknya udara dalam badan (biasanya
apabila makan terlalu cepat, mengunyah gula-gula getah (chewing gum) atau minum
banyak air karbonat bergas), memakan makanan sihat (kentut busuk sebab
buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran, bijirin, kekacang bawang, brokoli, kobis,
dll), atau kerana badan mempunyai masalah menyerap nutrien tertentu, terutama
gula dari karbohidrat dan laktosa. Seterusnya, kajian menunjukkan semakin
tinggi ketinggian (altitude) di udara, semakin menyebabkan gas dalam badan kita
mengembang, dan berkentut. Jika kekerapan kentut dan kembung yang disusuli rasa
sakit atau ada simptom lain seperti cirit-birit atau sembelit, wajarlah bertemu
doktor, kerana ia mungkin simptom penyakit berkaitan BS (bloom syndrome) dan
celiac (tubuh tidak dapat menghadam gluten).
Menurut Nick McDermott[3],
jika bau kentut menghasilkan aroma tak sedap, mungkin ia dominasi gas hidrogen
sulfida yang menjadi indikator rusak lapisan usus, dan berpotensi terkena
penyakit inflamasi usus, termasuk kanser usus. Selain itu, jika terlalu banyak menghasilkan
gas kentut berupa hidrogen dan metana, itu artinya kandungan gula dalam makanan
yang dimakan tidak tercerna dengan baik.
Di sisi Islam, jumhur ulama’ bersepakat bahawa salah satu penyebab
terbatalnya wudhu’ adalah apabila keluar
apa sahaja daripada qubul (urethra) atau dubur (rectum), daripada najis, air mani mahupun,
angin (kentut). Terdapat hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki
mengadu kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada
sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda:
Maksudnya: Janganlah lelaki
itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia
mendengar bunyi (kentut) atau
mendapati ada bau.
Hadis riwayat Imam Bukhari (137)
Justeru, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was
semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur
semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung
tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di
bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di
bahagian hujung. Itu juga bukan kentut. Berdasarkan dalil hadis: HR at-Termidzi
dari Abu Hurairah RA, "tidak wajib
wudhu' kecuali kerana kedengaran bunyi atau bau."
Menurut Imam an-Nawawi[4],
kentut itu membatalkan wudhu bila seseorang yakin memang dia benar-benar
kentut. Karena itu, orang ragu kentut atau tidak, maka wudhunya tidak batal. An-Nawawi
mengatakan,
Bermaksud, yang keluar dari
qubul atau dubur lelaki dan wanita, menyebabkan
batal wudhu. Baik
bentuknya fases, air kencing, angin, cacing, nanah, darah, kerikil
atau benda apapun lainnya.
Tidak dibedakan antara yang sering mengalaminya
atau yang jarang-jarang. Dan
tidak dibedakan antara yang keluar dari qubul wanita
atau lelaki atau yang
keluar melalui duburnya. Demikian yang ditegaskan
as-Syafii – rahimahullah – dalam al-Umm dan
disepakati oleh
ulama madzhab Syafiiyah.
(al-Majmu’, 2/4).
Dengan itu yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa jika memang
ada hadas yang keluar, maka membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka
kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci berwuduk.
Cara mengelakkan was-was akibat kentut
ialah berwudhu' dan solat dengan segera dan tetap yakin hingga anda dengar
bunyi atau bau sahaja. maka ketika itu anda dikehendaki berwudhu' (bila dengar
bunyi atau bau) (al-Sayyid Sābiq 1945. Fiqh
As-Sunnah (Fiqh Sunnah).
Menurut Dr. Wahbah Az-Zuhaili[5], seseorang
yang yakin bahawa dia telah kentut maka wudhu’nya akan terbatal serta merta
sama ada angin tersebut mengeluarkan
bunyi atau tidak, berbau ataupun tidak.
Sebagai salah satu ikhtiar lain, eloklah
kita berdoa agar kita dilindungi daripada wujud was-was bisikan syaitan
tentang, “Aku ni terkentut atau tidak?”
Doanya ialah:
Yang
membawa maksud: Aku
perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa
daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad.
Dan tiada daya dan
kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah
yang
Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung.
Namun demikian, walaupun kentut merupakan nikmat Allah, seorang muslim sebaiknya tidak kentut di sembarang tempat. Hal ini dilakukan untuk menjaga etika dan tertib adab pada orang lain. Dalam hadis riwayat Aisyah, Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي
صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ – رواه أبو داود
Maksudnya:
Ketika kamu kentut ketika sedang solat,
maka tutuplah hidung kamu
dan kemudian beranjak keluar (dari
jamaah solat) (H.R
Abu Daud).
Persoalan tambahan yang
tidak kurang pentingnya adalah, apakah kita yakin kentut kita itu jenis kering
atau mungkin basah (iaitu bercampur cecair atau bendasing lain)? Ini kerana
agak kerap juga ianya kentut basah. Dengan sedemikian, nasihat terbaik yang
boleh diberikan adalah: Jika anda terkentut, dan bercadang berwuduk, maka
basuhlah (berinstinja’) dubur atau qubul terlebih dahulu.
NOTA:
Artikel pendek ini
adalah kompilasi pelbagai sumber yang diperolehi oleh Dr Abdul Aziz Hussin
[1] Tina
Comston. 7 Julai 2010, Farting – how much is normal and what can I do about it?
https://u.osu.edu/buckmdblog/2010/07/07/farting-how-much-is-normal-and-what-can-i-do-about-it/
[2]
Patricia Raymond, MD, HealthyWomenwww.healthywomen.org medical-expert. dalam
jurnal “Refinery29/MSN”
[3] Nick
McDermott “Top Trumps: Smelling farts
may be good for your heart”. Thesun.co.uk
11 Julai 2016
[4] Imam
Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi. 676 H. Al-Majmu' sharh al-Muhadhdhab المهذب شرح المجموع.
[5] Dr.
Wahbah Az-Zuhaili, 2017, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.