Apr 4, 2020

MUHASABAH DIRI & IKHTIAR KITA


Assalaamu’alaikum waroh matullaahi wabarokaatuh. Saya mengemukakan 2 cerita untuk kita sama-sama muhasabah diri:
Cerita 1: Cerita Seorang Pengusaha Kedai Makan
Zan dan suaminya menyewa sebuah gerai di pinggiran sebuah bandar. Mereka berniaga nasi dagang dan nasi kerabu, bermula sekitar tahun 2013. Mereka sungguh gigih berusaha dan perniagaan mereka cepat meningkat. Dari mulanya mereka dapat menhabiskan seperiuk nasi dagang dan seperiuk nasi kerabu (dan ada juga tak habis), namun 4 tahun kemudian perniagaan mereka meningkat dan nasi mereka sudah dengan beberapa periuk besar sehari. Pada awal 2017 mereka berpindah tapak dan menyewa dipinggir sebuah rumah. Mereka berpindah kerana mendapat tempat yang lebih besar, dan tempat pelanggan yang lebih selesa. Sebenarnya mereka menyewa daripada seorang penyewa. Pada masa itu, Zan telah menambah jenis jualan dengan menu tambahan iaitu laksam dan laksa. Mereka juga dapat menggaji 2 pekerja. Apa yang mereka tidak menjangkakan adalah kerenah dengan penyewa yang menyewakan tapak tersebut kepada mereka (saya namakan orang itu sebagai “YN”). YN menaikkan sewa sesuka hati dan jika tak setuju, YN menggertak supaya Zan pindah. Ada lagi pelbagai kerenah lain yang saya tak mahu dedahkan di sini. Pada 7 Ogos 2019, iaitu 4 hari sebelum Hari Raya Qurban, kedai mereka dilanda ribut, dan bumbung serta peralatan perniagaan musnah teruk. Zan meminta YN membaiki kerosakan namun setelah hampir dua bulan YN masih enggan membaikinya, dan kerana Zan terdesak akibat hilang sumber pendapatan, dia berusaha sendiri mencari tuanpunya sebenar rumah tersebut, yang akhirnya Zan berjaya, dan terbongkar cerita bahawa YN dah lama tidak membayar sewa. Akhirnya tuan rumah menamatkan sewaan YN dan terus membuat perjanjian sewaan dengan Zan, yang sewanya lebih rendah daripada sebelumnya, dan ini pula termasuk sewaan rumah. Jika kita baca facebook Zan, dia beberapa kali menyebut, antaranya, “Apa yang berlaku, ada hikmahnya” dan dia berdoa agar kesukaran itu berakhir. Alhamdulillah, akibat ribut, yang menjadi asbab terungkai masaalahnya, dan perniagaan Zan kini berkembang, dengan menambah lagi menunya dengan nasi budget, mihun sup dan nasi air. Pelannggan makin bertambah, sehingga kerap kena beratur untuk membuat pembelian. Bilangan pekerja juga telah bertambah menjadi 5 orang. Alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah..
Cerita 2: Cerita Covid-19 Melanda Dunia
Pada awal Mac 2020 Wabak  Covid-19 melanda dunia, dan Malaysia tidak terkecuali. Mulai 18 Mac  2020 Kerajaan mengenakan Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac, dan kemudiannya disambung pula hingga 14 April 2020. Maka bermulalah pelbagai “kesukaran dan cabaran” yang perlu diharungi oleh rakyat dan Pemerintah. Pemerintah  mula bertindak makin agresif untuk mengekang penularan wabak ini, dan meminimakan impak negatifnya semasa wabak dan selepas wabak, termasuk mempelkenalkan “bajet khas” yang diumumkam oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.. Majoriti rakyat berganding bahu menyokong ikhtiar ini (namun minoriti ada juga yang menentang dan “tidak ambil kesah”).  Bagi kita Orang Islam, wabak ini tentunya datang daripada kuasa Allah SWT, yang tujuannya, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Namun kita yakin dan percaya, atas nama Allah Yang Pemurah Lagi Amat Mengasihani, wabak ini akan berakhir: Dengan syarat kita berikhtiar, berdoa dan bertawakkal agar ia berakhir. Jangan lupa kita memohon keampunan dariNya.
Saya percaya, setelah berakhirnya wabak ini, InsyaAllah kita akan bertambah makmur. Lihatlah bukti “Cerita 1” yang saya paparkan. Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana. Kita jangan berputus asa, jangan tinggalkan solat dan lain-lain perintah Allah SWT, dan jangan sekali-kali melawan Allah SWT.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.