May 10, 2012

Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan

Pada 4-6 Mac 2012, saya menjalankan kajian berkaitan pelancongan di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar yang saya ingin kongsikan dengan pembaca.

Berikut adalah catatan daripada laman sesawang Majlis Daerah Tumpat:


MUNGKIN ramai tidak tahu Pantai Sri Tujoh di Jajahan Tumpat, Kelantan terhasil daripada pembentukan tujuh teluk. Keindahan semulajadinya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung. Duduk bersantai melihat pemandangan pantai ini juga mampu melenyapkan bebanan kerja yang bersarang di fikiran. Tambahan pula, apabila melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai.
Sumber pendapatan nelayan ini tidak terhad kepada tangkapan ikan malah menjalankan penternakan ikan dalam sangkar dan memproses ikan masin.
Keindahan pantai ini sudah lama dikenali pelancong asing menerusi penganjuran pertandingan wau peringkat antarabangsa tidak lama dulu. Tarikan utamanya bagaimanapun terletak pada fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain. Daripada sebuah pantai yang sebelum ini pernah diancam hakisan teruk, pemandangan semulajadinya berubah menjadi tarikan kepada pengunjung dari luar. Kedudukan pantai itu di kawasan teluk turut menjadikan perairannya begitu tenang dan sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan air termasuk bermain bola tampar, berenang atau berkhemah. Lebih menarik apabila melihat kesibukan bot nelayan yang berlepas ke laut dalam untuk mencari rezeki. Waktu malam di sini bagai bermandi cahaya dengan deruan bunyi bot nelayan yang berlabuh selepas beberapa hari di laut.
Hari minggu adalah waktu paling sesak di sini apabila pelawat membanjiri kawasan pantai. Kawasan pantainya yang luas juga membolehkan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka dan perhimpunan keluarga diadakan. Untuk mereka yang ingin menghayati keindahan pantai pada waktu malam tidak perlu risau kerana banyak chalet dengan kemudahan penginapan selesa didirikan di sekitar kawasan ini. Chalet terapung umpamanya memberikan anda pemandangan indah perkampungan nelayan berdekatan. Bayu laut yang bertiup lembut memberikan udara nyaman tanpa perlu menggunakan penghawa dingin.
Pantai Sri Tujoh yang asalnya terbentuk daripada tujuh teluk/ lagun. Pesisir pantai yang cantik dan tenang ini sangat sesuai untuk kawasan rekreasi keluarga, rombongan dan tempat kursus. Ia dibangunkan oleh pihak Majlis Daerah Tumpat dengan prasarana dan kemudahan seperti chalet, asrama, taman permainan, tandas awam, kedai makan, restoran, dewan serbaguna dan masjid. Pantai ini berada berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujoh yang teletak di Tumpat, 7 kilometer daripada Kota Bharu. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik.
Cuba teliti beberapa daripadanya yang ada mempunyai cerita yang boleh difikirkan dan manfaatkan



















Makan, makan dan makan.. di Medan

Semasa saya di Medan, Indonesia pada 25-28 April 2012, salah satu "agenda" saya adalah, makan, makan dan makan...he he.. Sebab utamanya adalah saya serasi dan berselera dengan kebanyakan makanan di Medan. Pssst..lagipun senang nak mendapatkan makanan halal...

Yang ini harganya 19,000 (rupiah la wey...)



Yang ini harganya 7,000 rupiah

Yang ini setiap satu berharga 1,000 rupiah

 Yang ini, itu dan itu, free jer....




 Yang ini, saya lupa harganya... Saya belanja minum Pak Irwin pemandu spedamotor (spedo) yang peramah

Yang ini, namanya "Nasi Ayam Batokok", yang dihidangkan bersama "Sup Kimio", dan semua ni harganya 20,000 rupiah. Teh o pula berharga 4500 rupiah



May 9, 2012

Bayaran Guna Tandas

Kita semua telah termaklum bahawa di kebanyakan tempat (kecuali di R & R lebuhraya), kalau kita hendak menggunakan tandas, caj yang dikenakan kepada pengguna yang ingin membuang air besar/kecil adalah lebih rendah berbanding dengan yang hendak menggunakan tandas bagi tujuan mandi. Perbezaan caj ini, seperti yang saya pernah tanyakan pengusahanya, adalah kerana, "orang biasanya menggunakan air yang lebih banyak untuk mandi, berbanding air yang digunakan untuk mencuci setelah membuang air kecil/besar". Cuba lihat pula di hentian di bawah:



Adalah jelas prinsip di atas juga turut digunakan. Kemudian saya bertanyakan pengusaha tandas tersebut:

"Wah, sejuk air di sini... Air dari mana puncanya?"
"Emm, sejuk la, sebab ia air tandak dari bukit"
"Jadi, saudara bayar bil air ni kepada siapa?"
"Air ni free jer. Tak ada bil pun..."

Kalau air diperolehi percuma, kenapa caj pengguna berbeza???? Adakah kerana kos mencuci tandas yang digunakan oleh orang yang mandi lebih mahal daripada kos mencuci tandas yang digunakan oleh orang yang membuang air kecil/besar???? Saya berpendapat sebaliknya. Kan? kan? Kan? he he he... Saja mencabar minda para pembaca untuk sama-sama bersumbangsaran....



Di Kota Medan, Indonesia

Pada 25-28 April 2012, saya dan beberapa sahabat berada di Kota Medan, Indonesia. Walaupun ini bukan kali pertama saya di sini, eloklah juga saya rakamkan beberapa pemandangan (dan ia menceritakan kisahnya sendiri) tentang sekitar Kota Raya ini.

1. Diluar Bandara (Bandar Udara) Polonia



 2. Di belakang Hotel Madani

 3. Notis di belakang pintu bilik Hotel Madani

 4. Salah satu jalan di Medan


 5. Stim (Sekolah Tinggi Management/Pengurusan) SUKMA

 6. Di hadapan Hotel Madani

 7. Di tingkat atas sebuah restoran klasik

 8. Di dalam kampus Universitas Medan Area (UMA)


 9. Sekitar Pajak Ikan Lama (tapi tak ada ikan pun, walaupun ikan kering)




 10. Sekitar Masjid Besar (Masjid Raya) Al-Mahsun




 11. Beberapa lokasi berdekatan USU kampus perubatan




 12. Berhampiran laman padang utama berdekatan Masjid Al-Mahsun



 13. Satu-satunya "kebun di dalam kota" yang saya temui


May 7, 2012

Mempelam..Penjual Mempelam..

Ini adalah sejenis mempelam siam yang sedap (manis dan harum baunya). Saiznya hampir sama. Saya membelinya pada 30 April 2012 di salah satu gerai buahan di Bukit Bunga, Kelantan. Saya membelinya 3 kilogram dengan harga RM12 (yang saya bilang ianya berjumlah 10 biji). Ini bermakna sebiji sekitar RM1.20 sahaja. Murah, kan?


Nak dijadikan cerita, saya meminta penjualnya (seorang lelaki berumur 50an) menimbang 3 kilogram. Dia segera meletakkan beberapa biji buah mempelam tersebut di atas alat penimbang, sambil saya menyeluk saku saya mengira wang RM12 untuk harga mempelam tersebut. Semasa saya asyik mengira wang, saya terjeling alat penimbang yang berada sedikit di belakang saya, dimana penjual tadi telah mengambil kembali sebiji buah mempelam yang berada di atas alat penimbang tersebut, yang menjadikan beratnya kurang daripada 3 kilogram. Apabila dia terpandang saya sedang memerhatikan gelagatnya, dia dengan segera dan sedikit menggelabah telah mengambil sebiji buah mempelam yang lain, yang sekitar sama saiznya juga, dan meletakkannya di atas alat timbangan tadi, dan beratnya kembali  hampir-hampir 3 kilogram (tapi masih kurang sekitar 10 gram!). Saya menghulurkan wang, dan dia menghulurkan tangan bersalam dengan saya dan berkata lebih kurang, "Saya jual ya". Saya cuma mengangguk dan sedikit tersenyum. Hati saya berdetik, "Malang sungguh penjual buah ini, demi mendapatkan untung sekitar RM1.20, dia sanggup menipu berat buah... Rezeki yang halal hasil titik peluh mencari rezeki melalui perniagaan, tiba-tiba dicemari penipuan..."

Tak mengapa la... Saya halalkan beliau...sebab mungkin persepsi saya salah dengan perbuatannya tadi. Cuma pesan saya, jika anda membeli apa-apa yang ditimbang, eloklah diperhatikan hasil timbangannya...