Kita semua telah termaklum bahawa di kebanyakan tempat (kecuali di R & R lebuhraya), kalau kita hendak menggunakan tandas, caj yang dikenakan kepada pengguna yang ingin membuang air besar/kecil adalah lebih rendah berbanding dengan yang hendak menggunakan tandas bagi tujuan mandi. Perbezaan caj ini, seperti yang saya pernah tanyakan pengusahanya, adalah kerana, "orang biasanya menggunakan air yang lebih banyak untuk mandi, berbanding air yang digunakan untuk mencuci setelah membuang air kecil/besar". Cuba lihat pula di hentian di bawah:
Adalah jelas prinsip di atas juga turut digunakan. Kemudian saya bertanyakan pengusaha tandas tersebut:
"Wah, sejuk air di sini... Air dari mana puncanya?"
"Emm, sejuk la, sebab ia air tandak dari bukit"
"Jadi, saudara bayar bil air ni kepada siapa?"
"Air ni free jer. Tak ada bil pun..."
Kalau air diperolehi percuma, kenapa caj pengguna berbeza???? Adakah kerana kos mencuci tandas yang digunakan oleh orang yang mandi lebih mahal daripada kos mencuci tandas yang digunakan oleh orang yang membuang air kecil/besar???? Saya berpendapat sebaliknya. Kan? kan? Kan? he he he... Saja mencabar minda para pembaca untuk sama-sama bersumbangsaran....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.