May 22, 2012

Sahabat dan "sahabat" Baru...

Semasa saya "meronda-ronda" di dalam kawasan satu resort di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, pada awal pagi 1 Mei 2012, saya bertemu dan berbual-bual (sambil temubual untuk penyelidikan saya, he he he..) dengan sahabat baru, abang Mohd. Nor, 60an. Petah cara abang Nor berborak dan banyak pengalaman yang dikongsikan dengan saya. Kami berbual di satu meja batu...


Tiba-tiba seekor "sahabat baru" seperti berikut telah terbang dan singgah di meja batu tersebut...


Adakah ini, "kerengga terbang"?

Selepas itu, pada awal pagi 2 Mei 2012, semasa saya bersiap-siap untuk mendaftar-keluar (check-out) dari sebuah resort di pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, saya "dikunjungi" pula oleh seekor lagi "sahabat baru"...


Sebelum itu, pada awal pagi 28 Mac 2012, saya "disambut" seekor lagi "sahabat baru" di tepi jalan utama dekat perkarangan pintu utama di Gunung Stong State Park Resort.... Ni dia, yang "ditemani" salah seorang staf resort berkenaan...


Sebelum itu lagi, iaitu pada 8 Mac 2012, saya terjumpa pula seekor lagi "sahabat baru" yang ini, di sebuah kandang di Melor, Kota Bharu, Kelantan...

Isssh..ish...iiissshhh... Tak kan la pakai macam tu nak masuk jumpa "sahabat baru" ni???. Ops, sebenarnya ia berlaku secara spontan jer. Saya baru habis memberikan ceramah kepada para pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, yang di adakan di Kota Bharu. Selepas itu saya terus berkunjungziarah ke kilang makanan haiwan sahabat saya, Tuan Haji Ismail di Melor. Dia ajak saya ke kandang kambing kepunyaannya yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut. Saya tertarik dengan salah satu kambingnya yang berwarna putih ini, yang datang manjer-manjer gensel-gensel saya.  


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.