May 18, 2012

Pantai Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan

Pada 1 dan 2 Mei 2012, saya berada di Pantai Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, bagi satu projek penyelidikan berkaitan pelancongan. Berikut sebahagian daripada gambar-gambar tempat berkenaan, yang mempunyai ceritanya yang tersendiri:







Ehemmm...dok bercanda yer... Mungkin mereka ni pasangan baru kawin...atau sedang memerhati anak mereka bermain ombak..



Berikut sebahagian daripada maklumat tentang Pantai Tok Bali yang dipetik daripada laman sesawang Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan:

Pantai Tok Bali terletak lebih kurang 16 km dari bandar Pasir Puteh. Pantai ini telah dibuka sekali dengan pembinaan terusan Semerak, yang telah dibangunkan oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa). Pantai ini mendapat nama jolokan dari Kg.Tok Bali itu sendiri. Kawasan tepi pantai yang sesuai untuk mandi-manda dan memancing serta aktiviti berkelah dan berkhemah secara berkeluarga ini menjadi tumpuan orang ramai setelah selesai pembinaan ‘coastal highway’ yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Bharu melalui jalan pantai. Di samping itu juga pantai ini juga menyediakan tempat penginapan yang selesa. Pengangkutan untuk sampai di sini ialah bas dan teksi. Pantai Tok Bali menyajikan ketenangan dan kedamaian dengan belaian dan hembusan angin Laut China Selatan. Kemudahan seperti surau, tandas dan tong sampah juga disediakan. Kawasan berdekatan pantai menyediakan chalet murah untuk penunjung yang ingin menikmati suasana malam di Tok Bali atau memancing ikan di muara sungai atau terusan Tok Bali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.