Awal pagi tadi, sekitar jam 7.15, 18 Mei 2012, saya sudah pun bersiap untuk memulakan makan (menyuap makanan) di Restoran Subaidah, kampus USM Pulau Pinang. Saya orang yang pertama disediakan capati 2 keping, dan saya pesan juga segelas teh halia tarik kurang manis. Semasa itu cuma terdapat 6 pelanggan lain iaitu 5 pekerja am tukang pembersihan dan seorang pensyarah USM berasal daripada eropah timur. Saya duduk bersendirian berjauhan daripada yang lain. Tiba-tiba seekor burung gembala kerbau terbang dan singgah di penyandar kerusi yang terletak betul-betul di hadapan saya, dan menelengkan kepalanya melihat saya dan menelengkan pula melihat makanan saya. Dia membunyikan bahasa burungnya, tetapi saya bukannya Nabi Sulaiman (a.s) yang memahami bahasa burung, tetapi saya rasa saya faham maksudnya, iaitu lebihkurang, "Saya lapar, saya nak minta sedikit makanan kamu..". Lalu saya potong sedikit capati dan meletakkannya di hadapannya. Dia mematuk dan membawanya agak jauh sedikit daripada saya. Mungkin dia kurang yakin, adakah saya cuma mengumpan untuk menangkapnya, atau mungkin dia juga segan makan dekat saya... Apapun, saya lihat dia berhempas-pulas memecahkan capati tadi kepada cebisan demi cebisan kecil sebelum menelannya. Saya memerhatikannya dengan senyum sendirian, sambil saya juga menyuap capati. Selepas menghabiskan cebisan-cebisan capati tadi, dia berhenti sekejap dan menelengkan kepalanya memerhatikan saya dan membunyikan suaranya dan terus terbang, beredar menghilangkan diri.... Mungkin dia mengucapkan terima kasih kerana menyedekahkan cebisan capati kepadanya... Kesian dia, terpaksa menempuh risiko (mungkin ditangkap manusia) dengan meminta makanan daripada manusia kerana lapar, dan tak dapat mencari makanan sendiri ditempat lain kerana tika itu hujan sedang lebat...
Disertakan lagu nyanyian Sudirman Hj. Arshad, "Anak Dagang"...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.