May 7, 2012

Mempelam..Penjual Mempelam..

Ini adalah sejenis mempelam siam yang sedap (manis dan harum baunya). Saiznya hampir sama. Saya membelinya pada 30 April 2012 di salah satu gerai buahan di Bukit Bunga, Kelantan. Saya membelinya 3 kilogram dengan harga RM12 (yang saya bilang ianya berjumlah 10 biji). Ini bermakna sebiji sekitar RM1.20 sahaja. Murah, kan?


Nak dijadikan cerita, saya meminta penjualnya (seorang lelaki berumur 50an) menimbang 3 kilogram. Dia segera meletakkan beberapa biji buah mempelam tersebut di atas alat penimbang, sambil saya menyeluk saku saya mengira wang RM12 untuk harga mempelam tersebut. Semasa saya asyik mengira wang, saya terjeling alat penimbang yang berada sedikit di belakang saya, dimana penjual tadi telah mengambil kembali sebiji buah mempelam yang berada di atas alat penimbang tersebut, yang menjadikan beratnya kurang daripada 3 kilogram. Apabila dia terpandang saya sedang memerhatikan gelagatnya, dia dengan segera dan sedikit menggelabah telah mengambil sebiji buah mempelam yang lain, yang sekitar sama saiznya juga, dan meletakkannya di atas alat timbangan tadi, dan beratnya kembali  hampir-hampir 3 kilogram (tapi masih kurang sekitar 10 gram!). Saya menghulurkan wang, dan dia menghulurkan tangan bersalam dengan saya dan berkata lebih kurang, "Saya jual ya". Saya cuma mengangguk dan sedikit tersenyum. Hati saya berdetik, "Malang sungguh penjual buah ini, demi mendapatkan untung sekitar RM1.20, dia sanggup menipu berat buah... Rezeki yang halal hasil titik peluh mencari rezeki melalui perniagaan, tiba-tiba dicemari penipuan..."

Tak mengapa la... Saya halalkan beliau...sebab mungkin persepsi saya salah dengan perbuatannya tadi. Cuma pesan saya, jika anda membeli apa-apa yang ditimbang, eloklah diperhatikan hasil timbangannya...

2 comments:

  1. Assalamualaikum Prof.


    Em. Kalau peniaga Cina, kita faham depa tak ada konsep halal haram, cuma sebangsa seagama kita kalau berbuat perkara sama, kita yang rasa sedih. Terkilan tak dapat cerita.

    Mungkin niat asal kita menyokong perniagaan sesama bangsa seagama, dan kebiasaannya kita kecewa dengan layanan orang kita.

    Pengalaman sayalah.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Tu la, saya pun macam tu juga. Rasa sedikit sedih dan terkilan. Apa la sangat RM1.20 bagi kita, kan? Tapi apa pula kesannya kepada "rezeki yang halal"? Kejadian tu sebenarnya menjadi peringatan kepada kita juga, dalam banyak perkara yang serupa, kan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.