May 16, 2012

Hari Guru... atau, HARI PENDIDIK?

Hari ini, rabu 16 Mei 2012, diisytiharkan sebagai "Hari Guru". Maka seperti lazimnya, setiap guru akan diraikan, termasuk dengan ucapan (ungkapan?) "Selamat Hari Guru" sama ada melalui telefon, sms, email, surat, radio, tv dan sebagainya. Majlis meraikan "Hari Guru" juga banyak diadakan. Pada sekitar jam 6.15 pagi tadi, anak perempuan bungsu saya yang berumur 11 tahun pun turut mengirimkan ucapan "Selamat Hari Guru" kepada saya, dan diikuti ibunya (isteri saya la tu..), dan anak perempuan yang seorang lagi. Ada juga segelintir murid dan bekas murid saya yang memberikan ucapan yang serupa. Namun ramai juga yang "segan" untuk mengucapkan "Hari Guru" kepada saya kerana kata mereka, saya ni "guru untuk murid dewasa". Saya kata, saya ni, "Guru tua untuk murid tua"..he he... Kalau di peringkat kebangsaan/negara pun, hanya Kementerian Pelajaran (Pendidikan?) yang memeriahkannya (termasuk ucapan daripada Menterinya). Namun, betulkah "Hari Guru" hanya untuk cikgu (yakni "Hari Cikgu"?) sahaja? Bagaimana pula dengan guru di Kolej, Universiti, Taman Asuhan Kanak-kanak, Sekolah Pondok/Maahad, TADIKA, Pusat Latihan Kemahiran (misalnya IKBN, IKM, ILP, Giat MARA, dll)? Adakah mereka tidak sesuai diraikan, diberikan ucapan "Selamat Hari Guru", menyambutnya, dan dianugerahkan pada "Hari Guru" dengan anugerah tertentu?

Cuba lihat peruntukan sebahagian undang-undang berikut (maaf, saya menyalinnya daripada Lawnet, dimana sebahagiannya tidak mempunyai versi Bahasa Malaysia):

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Perkara 2(1) JADUAL PERTAMA
"Guru" ertinya seseorang yang dilantik menjadi guru oleh Lembaga mengikut Perlembagaan ini, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, felow, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, pensyarah, penolong pensyarah, guru bahasa dan matrikulasi, dan tutor

Private Higher Educational Institutions Act 1996
Section 2
“teacher” means a person employed by a private higher educational institution to be a teacher and includes a senior professor, professor, assistant professor, senior lecturer, lecturer, assistant lecturer and tutor

Education Act 1996
Section 2
“teacher” means a person who—
(a) teaches pupils in an educational institution; or
(b) prepares or issues lessons or corrects returned answers in, for or through a distance education centre,
and includes a head teacher or principal

Nampaknya perkataan yang digunakan di dalam undang-undang di atas adalah sama, iaitu "guru".

Atau, adakah lebih sesuai kita menyambut "Hari Pendidik"? dan bukannya "Hari Guru"? Ini supaya lebih banyak kelompok pendidik yang dapat meraikannya (termasuk diraikan).

Apapun, saya tak kisah.. asalkan Allah memberikan saya kudrat dan dipermudahkanNya dalam saya memberikan dan menyebarluaskan ilmu yang berguna, dan saya mendapat rezeki yang halal daripadanya. Itupun sudah AMAT BAGUS. ALHAMDULILLAH....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.