Nov 8, 2019

Sudut Gelap Bandar Golok, Selatan Thailand

Pada sekitar petang 3 Disember 2018, semasa dalam perjalanan pulang dari rumah kakak saya di Kampung Banggol Bekko, Golok ke rumah seorang lagi kakak di Temesu, Buketa, saya "dihidangkan" dengan pemandangan berikut yang terletak di pinggiran Bandar Golok:







:
Saya bertanyakan hal ini kepada beberapa penduduk  tempatan. Berikut jawapan mereka:
1. Kawasan ini ingin dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan baru bandar Golok semasa pemerintahan Takhsin Sinatra, Perdana Menteri Thailand
2. Semasa pembinaan rancak berjalan, kerajaan Taksin tumbang
3. Pada masa itu pergolakan berdarah Selatan Thailand terutamanya melibatkan pasukan penentang kerajaan yang rata-rata beragama Islam dengan pasukan keselamatan Thailand, sampai ke tahap "merah"
4. Pemaju cuba menjual hartanah yang dalam pembinaan ini kepada pembeli tempatan dan yang dari tengah dan utara Thailand, tetapi amat kurang mendapat sambutan
5. Kebetulan pada masa itu, perkembangan ekonomi di tahap "merudum", dan sektor hartanah juga menerima tempiasnya
6. Kebetulan pelabur dan orang tempatan yang bukan beragama Islam sedang beransur-ansur meninggalkan selatan Thailand menuju bahagian tengah dan utara Thailand
Maka kawasan ini menjadi salah satu SUDUT GELAP bandar Golok. Sampai bila ia akan ditinggalkan? Atau, memang akan ditinggalkan terus (abandoned project)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.