GERHANA BUKAN WAKTU BERSUKA RIA.
Reaksi nabi sallallahu 'alaihi wa sallam apabila berlaku
gerhana ..
عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ
خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم
Daripada Abu Musa radiallahu 'anhu, beliau berkata: Telah
berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.
فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى
أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى
أَتَى الْمَسْجِدَ
Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari
Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.
فَقَامَ
يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ
مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ
Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang
berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di
dalam solat.
ثُمَّ قَالَ " إِنَّ
هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ
لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ
وَلاَ لِحَيَاتِهِ
Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah
tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau
kehidupan seseorang.
وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ
بِهَا عِبَادَهُ
Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut
pada hambaNya.
فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا
شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ
وَاسْتِغْفَارِهِ "
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan
dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.