Jan 30, 2020

PERISTIWA lenggong


Blog PERISTIWA lenggong
Description: https://www.google.com/s2/u/0/photos/public/AIbEiAIAAABDCLDegJWamOy7JyILdmNhcmRfcGhvdG8qKDA4ZTI0OGZmYWIxNTg4NzNjMWY5MGM4MzNmODNmZTkyMzk1MDQ3NzQwAbf84QW_am7M2T1m_lsbxPBOWhHN?sz=40
Dr. ABDUL AZIZ Hussin <abdaziz2002@gmail.com>
Fri, Nov 29, 2019, 4:36 AM
Description: https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gif
Description: https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gif
to abdaziz2002

Description: https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gif
Perut ditoreh, isi perut sengaja diburaikan, kemaluan dipotong, mata dicungkil, kepala hancur dek peluru yang bersarang, jenazah dilelaskan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain.  7 orang perajurit terkorban dan jenazah mereka dizalimi sezalim-zalimnya.  Serang hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas komunis?  Adakah mereka memerangi kemerdekaan atau manusia berhati jahat dan berjiwa binatang?

Seperti yang diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;

Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada wira roda wira.  Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup.  Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cig.  Kejam!

Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru.  Apabila diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-tidak ada pinggang.  Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi.  Otaknya terabur di atas jalan.  Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana.  Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan.  Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya.  Zalim!

Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok;  terlungkup dan seluarnya dilondehkan.  Mayatnya disula dengan ranting-ranting pokok senduduk.  Kedua-dua daging punggungnya dibanci dek tembakan bertubi-tubi.  Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan.  Binatang!

Sumber:


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.