Jan 30, 2020

GURU YANG TIDAK MEMALUKAN MURIDNYA


Dr. ABDUL AZIZ Hussin <abdaziz2002@gmail.com>
Wed, Nov 27, 2019, 11:03 AM
to abdaziz2002

*CERITA SANG GURU YANG TIDAK MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN*

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.
Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.
Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:
*"Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”*
Gurunya menjawab: *“Tidak.”*
Murid itu hairan dan bertanya lagi, *"Eh, cikgu tak ingat saya?"*
"Saya kan... murid yang *mencuri jam tangan* salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.
"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua  berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.
"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya *"pencuri"* dan saya pasti akan hancur sepanjang hidup.
"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.
"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.
"Setelah selesai, cikgu  suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.
*Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.*
Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.
*"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.*
"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 😢
*"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?*
*😪 😢😢 Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.*
*🙌🏼 Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.*
*Guru itu menjawab:*
*Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya.*
_"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, *Sebab saya sangat mencintai murid-murid saya"*._
Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.
Hikmah yg dapat diambil:
  *Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.*
*Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.*
_*Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.*_
Semoga bermanfaat.




Siasat sebelum menghukum

Dr. ABDUL AZIZ Hussin <abdaziz2002@gmail.com>
Wed, Nov 27, 2019, 11:02 AM
to abdaziz2002

Bagus la cerita ni. Namun ia amat berbeza dgn apa yg saya (Abdul Aziz Hussin) alami pada Januari 1970). Apabila buka sekolah (sekolah saya di Meranti Pasir Mas, dan rumah ibubapa saya di Chenulang Kuala Krai), ada beberapa orang murid yg tak hadir sekolah. Saya tak dapat hadir kerana Sungai Pertang, Kuala Krai, masih besar dan perahu tambang tak dapat angkut penumpang.

 (Nota: Kebiasaan saya berjalan kaki dari Chenulang ke Kuala Pertang  (sekitar 5km) dan naik perahu menyeberangi Sungai Pertang sebelum naik prebet sapu ke Keroh, dan baik bas ke Kota Bharu untuk balik ke Meranti Pasir Mas, rumah abang saya).

Berbalik kepada insiden awal Januari 1970 tu, maka saya lewat hadir sekolah 2 hari. Tak dapat hadir sekolah kerana memang tak dapat hadir, kerana sungai tak dapat diseberangi.

Saya dipanggil oleh Guru Besar (kini disebut Pengetua), dan terus dirotan 3 kali, sebab, _"mu ponteng kelas"_. Saya tak dapat, dan tak sempat beri penjelasan 😪

Tahun 1982, semasa saya menuntut di Universiti Malaya, jurusan undang undang, saya terserempak dgn dia di Foyer Fakulti itu. Saya menyapa dan memberi salam, dan bersalaman mesra. Dia beritahu saya, dia jadi Guru Bahasa di UM. Selepas itu kami tak bertemu dan terputus hubungan.

NOTA: Walaupun saya dah memaafkan beliau, tetapi peristiwa itu menusuk meluka hati, dan menjadi pengajaran kepada saya (dan kita semua): *JANGAN MENGHUKUM SEBELUM USUL PERIKSA*.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.