Jan 15, 2018

Kaedah Menarik Menggunakan Lagu "NEGARAKU"

Kaedah Menarik...

‘Kena nyanyi lagu Negaraku’
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
8 JANUARI 2018


FacebookTwitterWhatsAppEmailMore197

Antara warga asing yang ditahan.

SHAH ALAM - Terpaksa menyanyikan lagu Negaraku untuk membuktikan diri adalah warga tempatan.
Itu yang dihadapi dua lelaki berasal Sabah ketika ditahan Jabatan Imigresen Selangor apabila gagal mengemukakan kad pengenalan dalam operasi kira-kira jam 2 petang di Seksyen 25, Sri Muda, di sini, hari ini.
Ketika diminta pengenalan diri, salah seorang daripada mereka hanya menunjukkan satu laporan polis yang telah koyak dan mendakwa itu adalah laporan yang dibuatnya selepas kad pengenalannya hilang. Manakala seorang lagi pula mengatakan kad pengenalannya tertinggal di rumah.
Curiga dengan perkara itu, kedua-dua mereka diarah untuk menyanyikan lagu Negaraku.
Pihak berkuasa kemudian turut meminta nombor kad pengenalan kedua-dua mereka dan selepas diperiksa dengan Jabatan Pendaftaran Negara, disahkan lelaki berusia lingkungan 20 dan 30-an itu adalah rakyat tempatan.
Dalam operasi yang sama, seorang lelaki yang turut mendakwa dirinya warga tempatan terpaksa ditahan imigresen selepas kegagalannya mengemukakan nombor kad pengenalannya.
Selain gagal menyanyikan lagu Negaraku, lelaki berusia lingkungan 20-an ini turut ‘lupa’ nombor kad pengenalannya sebelum terpaksa ditahan dan dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jabatan Imigresen Selangor untuk proses dokumentasi.
Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar berkata, operasi ini melibatkan seramai 66 anggota dan pegawai Imigresen Selangor dan Putrajaya dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Lebih 40 buah premis diperiksa dan 123 individu diperiksa. Hasilnya seramai 69 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun yang terdiri daripada 53 lelaki dan 16 wanita telah ditangkap.
“Semakan kita mendapati kesemua Pati ini membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Filipina yang rata-rata bekerja sebagai pembantu kedai,” katanya kepada pemberita di Jabatan Imigresen Selangor, di sini, hari ini.
Katanya, operasi sedemikian akan diteruskan daripada semasa ke semasa.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kena-nyanyi-lagu-negaraku-1.780848

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.