Jan 12, 2018

UKURAN KEILMUAN


Berikut nukilan pendek penuh bermakna yang saya terima daripada seorang sahabat. Saya kongsikan kepada para pembaca blog ini.


UKURAN KEILMUAN

Keilmuan seseorang tidak diukur dengan berapa kitab yang dia baca, berapa guru yang dia jumpa, dan berapa certificates yang dia punya. Akan tetapi keilmuan seseorang diukur dengan kesannya dalam hati. Adakah ia semakin takut kepada tuhan ataukah semakin berani? Orang yang takut kepada tuhan dan hari akhirat adalah yang benar-benar berilmu. Sifat ini tercermin dalam ucapan dan perbuatan yang selalu dikawal dan dipastikan  tidak terjatuh dalam dosa.
ٍSuatu hari Imam Ahmad berbincang dan memuji  Ma'ruf al-Karkhi. Beliau adalah seorang tokoh zuhud yang mustajab doanya. Seseorang lalu berkata: "Beliau tidak memiliki banyak ilmu." Ahmad berkata: "Tahanlah lisanmu, wahai saudara. Apa lagi matlamat ilmu jika bukan yang telah dicapai oleh Ma'ruf?"
Abdullah bin Ahmad berkata: "Adakah Ma'ruf memiliki ilmu?" Imam Ahmad menjawab: "Wahai anakku, beliau memiliki kemuncak ilmu, iaitu takut kepada Allah." (Bahr al-Dam)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.